Nov 11, 2010

Hui,lamanya tak apdet...

sampai dah hampir terlupa url blog ni?bole mcm tu?hahah... bukti kesibukan tahap maksima konon-kononnya,hehe. tapi sebenarnya dah divert minat ke FB,sbb lebih mudah, tak yah nak cerita panjang,letak status simple2 je,bile frens komen atau like, tambah je la lagi cerita kalau ada,fuh life made easy with FB,ngeh ngeh *ayat pro FB la tu, mementang dah rajin FB.dulu sini la semua nak cerita,huhu*

tapi sesekali rindu gak blog ni, ada gak nak post cerita ceriti tapi masa lak takde. ni pun kalau nak ikutkan tak sempat tapi taip jelah apa yg terlintas kat kepala ni.

sebenarnya nak note kat blog ni that I have officially compeleted my nite classes and exams,yahoo! alhamdulillah.... no more nite classes and exams bebeh!hanya thesis memisahkan ku dgn graduation day,chewah! *yes, I'm so eager to stand on the stage receive my scroll,recall my last convocation was suck,huhu,sgt x best konvo mmu dulu,uwek!pesta konvo pun comel kecil-kecilan aje,huhu*

harap2 result exam baru ni pun akan spt diharapkan,kebaboom gitu,hahah,dah last2 ni baru beria2,maklumlah senior katakan,idea lebih gempak :P haruslah result makin baguskan,tak gitu ;P

cerita lain, cerita thesis ler,ape lagi.... w/pun dah abis exam dan cik abg kata bleh gembira kejap tapi ku tak rasa nak bersuka ria knowing that my thesis is still behind schedule,yaks!nasib baiklah dah x de kelas, bleh la fokus satu benda tu je.

lagi?batrisyia dah x sabar nak jadi kakak,haih! letih mak dia nak jawab belum bole lagi... kena tunggu mama habiskan thesis dulu... dah le iklan celcom 5+1 tu asyik tayang je skang nih... asal tgk iklan tu dia pun mula la tanya, "mama,bila kami nak dpt adik baby ni?cepatla mama,nak banyak2,kaler pink2" hadoyai.... biar betul nak, satu pun payah,kamu nak banyak2, igt buat dadih ke nak? bancuh2, lepas tu letak dlm bekas,tunggu sat dah siap? :P
kalau mcm tu mmg tak de hal :P

tu cerita mama dia,cerita anak plak ah!
Haziq dah nak grad,alhamdulillah! next weekend ada graduation day and guess what? haziq dpt anugerah,siap dgn trophy lagi,weihuu!best-best,cayalah anak mama, i'm so proud of you baby.
tu duniawi, hak akhirat jgn lupa ye, ngaji pun progress bagus,alhamdulillah. ustazah kata he's doing well..... iqra' yg dulu iqra' satu pun tak abis kat sekolah lama, sekarang dah iqra' 5,caiyok,kamu hebat anak!*kami x push sgt sbb nak dia hayati dan lakukan dlm hati yg rela,paksa2 tak main, janji belajar dapat,insyaAllah :)

adik?dah cerita tadi,asyik mintak adik baby aje :P
cik abg?my best fren,my shoulder to cry on,my supporter!
*bleh kerap fishing lepas ni sbb bini dia dah nak abis belajo,hehe*

ok tu je nak note sini,tak tau la bila lagi nak hapdet ni :P

Aug 16, 2010

Ramadhan

Lagi quick update sebab mama sgt sibuk sekarang ni.

Alhamdulillah Allah beri peluang bertemu dgn Ramadhan lagi thn ini.
Apa beza Ramadhan kali ini dgn Ramadhan sebelum ini?

Yg paling utama: Haziq dah mula berpuasa, Alhamdulillah. This year Haziq 6 thn jadi kami decide dia patut try puasa sbb ada kawan2 sebaya dia yg dah mula berpuasa as early as 5 yrs old. So, kami dah inform dia awal2, thn ni dia kena belajar puasa so that dia can be mentally ready and physically ready *pyhsical?ready buat mende? senaman? hehehe*mental tu yg penting, nak dia set kat dlm diri dia yg dia kena berpuasa. After all, dia bukan budak yg kaki makan, so no big deal lah kalau tak leh makan. Dia lagi happy mama tak bagi bekal so that later in the evening mama tak soal dia, "Haziq, kenapa tak habiskan bekal?"hehe.

So, what happened during the last 5 days? Alhamdulillah, Haziq berjaya!! *clap clap* :-)
Unbelievable jugak.A day before puasa mama dah pesan kat ustazah dia suruh bagi makan tgh hari since Haziq tak pernah berpuasa sebelum ni. Tak nak lah drastik sgt, takut terkejut.Slow and steady lah kata org kan :-)
Tapi Haziq berjaya since ada insiden yg menyebabkan he missed the time makan tghri 1 Ramadhan tu. Ok jugak ada insiden tu, at least Haziq leh continue puasa tapi hari first tu member mmg lembik lah.lunyai terus. Dah buka puasa pun still lembik lagi,sampai tak ikut abah gi terawih la which he did on the first night.Mana taknya, sahur dengan sebotol susu je,lain2 sume tak nak. Then kitaorg advise dia yg dia patut makan nasi so that he will feel better during the day. Alhamdulillah, mau dgr kata, hari kedua dan seterusnya bersahur dgn nasi, minum susu dan ambil vitamin. Tapi mama kena suapkan lah,manja tak habis lagi... layanz... as long as puasa... :-)

ok tu cerita Haziq, semoga berjaya sepanjang Ramadhan anak ku!

cerita mak bapak dia biasa2 je, cuma let's gandakan amalan kita.
As for me, alhamdulillah thn ni tak byk kelas dah, tinggal 1 kelas je seminggu. tu pun untuk Ramadhan thn ni, 3 hari je berbuka kat *sm,the rest dgn famili.thn depan kalau panjang umur dah tak yah buka posa kat kelas lagi,yahoo!

Ok, tu je nak cerita.

Hopefully masih belum terlewat utk wish dear readers,

"Selamat Berpuasa, semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik utk kita dan moga diberi peluang bertemu LailatulQadr nanti, insyaAllah. Maaf sekiranya ada tersalah kata terkasar bahasa :-)"

Aug 4, 2010

Quick update!

Fuh,lamanya tak update. As usual, bz is the reason.

Anyway, the 3rd year and final year journey(insyaAllah,amiin) of my MBA has officially start last month.Registered for 1 last core subject and also the tougest part of the MBA which is management project aka thesis! huwaaa.... nangis guling-guling ok sebab dah start tensen *ok,guling-guling tu exaggerate je,heheh*
-mcm nilah lebih kurang keadaannya bila urat tensen terbelit,huhu-

tapikan mmg tensen la thesis ni,mmg nangis pun cuma tak guling-guling la. just want to note here how many times i cried until the thesis over.

count 1: masa buat proposal during research method dulu. tapi result bole la.ok la nangis kot ek.
count 2: 2wks ago (21st July 2010), lepas 1st discussion dgn supervisor. bukan kena marah pun. supervisor baek gile tapi aku yang tensen.byk sgt benda kena buat,dah la malas,hahah,dah tu?tensen pk keje belambak,nangis la,huhu.nasib baik hubby supportive, selalu bagi encouragement and positive words,bini dia ni mudah sgt nak menangis.siap suruh imagine pakai robe lagi,huwaaa,lambat lagi la bang!

yg ke 3 dan seterusnya coming soon,heheh.

yesterday 2nd discussion (3rd Aug 2010),semua ok alhamdulillah. Supervisor punyalah helpful,alhamdulillah.theoretical framework dah ada,so bleh start LR dah, tinggal rajin dgn malas je nak siapkan cepat chapter 1 and 2.

dlm masa yg sama kena divide time utk 1 core subject tu,haih sabar jelah. ni kelas terakhir yg kena pegi balik *sm malam-malam. next sem dah tak de kelas, cuma nak siapkan thesis je.*ya Allah,mudahkanlah,amiin*

ok, tu je pasal study. oh ya, today is the convocation day for those graduating this year, congrates frens.i'm happy for you guys! let's huha huha tonite! *ceh! tak sedar diri keja byk,sibuk nak ber'dinner' dgn diaorg yg dah grad*ah,pedulik la... nak gak amik aura,tahun depan grad pulak katanya,hehe.

ops, tak lupa.esok birthday my big boy! 6 thn sudah!dah besar anak mama,luv u!and will always do forever! :-)

esok kalau sempat mama buat satu entry utk birthday boy,insyaAllah kalau sempat.

-ni pun gambar exaggerate lebih,baby BF tu tipu!anjen & kucen pun tipu, semua tadak. baby kecik soon,hehe, anjen dgn kucen is a BIG NO NO!ironing dgn jawab tepon tu betul,applicable to me,hehe-

*images:credit to google lah*

Jul 15, 2010

Argh Sejuk Giler....

kat office ni,bleh tak diaorg ni set tempeture 17'c aircond dlm office nih?adui, kulit hapa diaorg ni aa?tenggiling?tak rasa sejuk ke? aku dah mcam nak beku ni,gegegegege... jadi tak produktif ok,pakai jaket,pakai kot berlapis-lapis pun tak jadi hapa.... aduh,tensen!

*image: mr google lah!*

jgn lepas nih seme org kat opis nih ken*u* jadik mcm nih sudah,hahaha.lepas ni nak pi beli set baju cam igloo man ni lah.mesti glam dok dlm opis nih,hahah.

dah la merapu, otak kurang produktif ok sebab sejuk sgt,haruslah merepek kejap!

Jul 14, 2010

Rezeki...

datang dlm berbagai bentuk, yang bole dilihat dipegang malah ada yang tidak boleh dilihat dipegang tapi bole dirasai kewujudannya.

hari ni saya nak jadi ustazah sikit,heheh....
lately saya byk comes across situation yang buat saya terfikir tentang ciptaan tuhan yang maha kaya.

normally sebagai manusia biasa yang lemah dari segala segi, saya selalu membandingkan diri saya dengan orang yang lebih baik pencapaiannya which is necessary untuk sesetengah hal dan tidak perlu dlm hal yang lain pulak.

contohnya, dlm bidang pelajaran,mestilah kita bandingkan dengan kawan kita yang lebih baik kan?takkan nak compare dengan mereka yang kurang,ye tak? dan ini mmg taktik yang berhasil untuk diri sayalah,saya jadi jeles,saya akan cuba buat sehabis baik,setidak-tidaknya at par lah dengan kawan yang saya compare tu. *pat on my back,hehehe*

semester lepas baru ni, mr lecturer assigned each students with specific topic to be lectured,saya ulang, to be lectured ye kawan-kawan. mau berpeluh berpinau jadinya,heheh.yelah, selalu jadi audience mendengar saja,sekali kena bagi lecture dlm kelas daaa...tapi disebabkan saya dah tgk mcm mana kawan-kawan yang lain present, saya semat dlm hati nak buat yang terbaeekkk,and i work hard for it, i put my extra effort and alhamdulillah it turn out marbeles!*ayat syiok sendiri*kasi can lah,ni kan blog saya,hoho*

ok,tu contoh cemburu membawa kebaikan. berbalik pada topik rezeki ni, manusia biasanya membanding kan harta benda duniawi sebagai perbandingan,berapa besar gaji si polan si polan, berapa besar kereta si polan si polan and so on so forth.... byk lah kalau nak senarai kat sini. sedar atau tidak, harta benda kesenangan dunia juga satu ujian drpd Allah utk hambaNya which selalunya menjadi punca tertewasnya sang hamba dengan segala kesenangan dunia.yelah kan dah senang lenang, balik rumah semua tersedia, bibik dah siapkan, di office ada staff yang buatkan semua, cuma arah saja, kan ke senang tu, bole la buat hal sendiri, shopping ke, online shopping ke, browse sana sini ke,ah heaven! ni contoh je.... dan semakin lalailah dlm keindahan dunia yang sementara.....

alangkah baiknya jika gaji yang besar, kereta yang besar diguna ke jln Allah. gaji di infakkan kepada mereka yang memerlukan, kereta di bawa ke majlis-majlis ilmu.tentu berlipat ganda pahala dan rezeki bertambah murah kan,amiin.... :-)

nikmat yang tak boleh dilihat dipegang, ketenangan hati... jiwa yang tenteram,subhanallah.... indah hidup yang sementara,hati sentiasa mengingati mati supaya kita tak leka dgn keindahan dunia *ya Allah, golongkan lah aku dlm golongan yang sentiasa mengingati mati,tsk takutnya, amalan masih ciput*

contoh mudah rezeki yang lain ialah pekerjaan yang tetap, keluarga yang sempurna,anak-anak yang sihat,ah syukur alhamdulillah...Allah beri yang paling baik untuk kita pada masa dan ketika kita melalui sesuatu perkara,cuma mungkin kita belum nampak kenapa sesuatu perkara jadi begitu pada masa itu,wallahhualam.... semoga kita menjadi manusia yang lebih bersyukur,amiin.

sekian :-) peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang membaca entry ini.

Jul 8, 2010

Game Over!

for Germany and for me too!*tsk tsk*
i'm having a tough morning today to face the world that germany has lost to spain,cewah!
macam aku ni klose atau podolski je gaya sedihnya,hehe.

tapi.... saya mmg bebetul sedih ni.refer entry sebelum ni betapa konfidennya germany akan ke final and finally hug the world cup,sob sob.got to wait another 4 yrs in brasil!lama tuh!

to add to the sorrow, i will not have the chance to watch muller playing for germany again.haih,nasib tak baik betullah.agaknya, paul the octopus tu mmg betul-betul psikik ek,dia ramal betullah pulak!kebetulan yang memang kejadian*tsk* aku goreng ko paul baru ko tau!
hei paul the sotong, naper ko tak ramal germany menang wei? sia-sia aku bangun pagi tadi tgk match tu,sangat tak puas hati ok!

sayang lah pulak jersey germany dua beranak tu,kalau nak pakai kena tunggu WC fever ni off dulu lah kot, nak pakai sehari dua ni tak sesuai wei! *tsk*semalam beria la hero kecik saya menggayakan t-shirt germany dan cap germany abahnya sebagai tanda sokongan tak berbelah bahagi kepada germany :P tgk je lah gambar ni.
dear,our germany dah kalah la,tapi anak mama tetap hensem with the jersey and the cap!my boy is wearing number 3 which is belongs to Friedrich anyway.

whatever lah!tak yah la sedih sangat kan,tadak rezeki,buatlah macam mana pun mmg tak jadi. rasanya final nanti akan memihak spain kot.rasanyalah.cuba tanya paul the sotong,maybe dia leh bagi jawapan,ceh!

saya so-so je spain ni, earlier sebab diaorg dah beat portugal kan.kan dah kata, saya tgk pemain,bukan tgk bola,hahaha!bukanlah tak ada yang hensem, ada,xavi?villa?alonso?torres?.... cuma not to my liking!ekekek, yo-yo orr aje.muka ala-ala pakai skII gitu, tulus mulus,kurang macho lah pada mata saya :P
*pst intan,aku kuciwa germany kalah, aku cerita sekali harung dlm ni je lah bab lelaki hensem tuh!kalau tadi pagi germany menang kan,mmg aku dah set nak buat entry baik punya bab hensem tu,tapi melihat kekuciwaan muller,habih hilang mood aku,hehe,bole gitu?*

lawan diaorg si oren tu pulak, byk van van lah pulak,mmg holland suka nama van van ekkk! tak berapa jugak sebab diaorg beat brazil kan,sian la pulak kat brazil.*peminat wanita mmg emosi ok*

overall,rasanya spain lah kot paling layak to be crowned as the winner,we'll see lah nanti.

on the other note, my dear hubby beli 2 buah buku or kitab i would say yang sangat bagus early this week.dah lama dia cari especially the one written by ust ismail kamus as our family guideline kalau nak check it out apa-apa yang mustahil. bagus sebab kitab tu cover almost everything in our daily life,drpd beranak sampai mati, bersuci,ibadah,sunat wajib semua ada.highly recommended. yang satu lagi a complete version of riwayat hidup rasullullah SAW,tebalnya mak ai,taktau lah bila leh habis baca. gambar kitab-kitab kat bawah ni, dipegang oleh model kecil kami yang dah bole baca sikit-sikit :-)

Jul 4, 2010

World Cup & diriku

mmg tak bleh dinafikan lagi,mula follow sejak edisi thn 1994 lagi,time tu dah paham la selok belok semua ni,sebelum tu tak reti lagi.... thn 1994 tu bersungguh sokong itali sbb ada roberto baggio tapi bole dia amik penalti terlepas palang!dush!kuciwaaa,huwaaaa.....

thn 98 kat melaka tgh buat degree tak berapa follow sebab tak de tv, dgr jiran bebudak lelaki setaman menjerit je bila gol!hampeh!ikut gitu2 je,france juara masa tu.

thn 2002, dah kerja. masa tu kat kl. kebetulan korea/jepun tuan rumah so bole la tgk,time lebih kurang kita... menarik gak aaaa... sampai ada housemate yg pi dating tgk world cup kat screen besar di bangsar masa tuh,hehehe,tgh asyik masyuk bercinta la katakan,muahahaa.brazil juara kalahkan germany walaupun kesian gila kat ballack,hahaha.*tgk bola ke tgk pemain?muehehe*

thn 2006 pun so-so saja sebab team best kalah awal,ending penalties mmg hampeh!dapat kat itali masa tu.lagi sekali wa kesian sama itu ballack sebab last WC for him kan,sob sob.

TAPI TAPI......
cari gambar full team this year tarak, yag ni pun bole lah! *credit to google*
thn 2010 ni,dengan rasminya aku menyokong penuh germany!cuba tgk team lain,ada yg main bagus macam germany???? tadak,yillek!padanlah dgn brazil kena lenyek dgn belanda,adui,kalah kat belanda?!?!WTF???at least kalah la kat semi ke, final ke, ni quarter dah kena antar balik?apa kes? that's it!habis hilang seri WC,mmg tak berapa bekenan pun team brazil kali ni,tak de la best sgt....

next, argentina,sangat kesian kat messi.apalah nasib ko messi, sebiji pun tak bleh gol.... tapi masa group match dgn round of 16 mmg best la ARG main.... higuain pun kena tima kasih kat messi la, byk bola muntah messi yg dia dpt gol tuh.

TAPIIII.....

kalah kat Germany?they deserve that kekalahan ok.... dan germany deserve that kemenangan,rite?main macam ta*k,ada hati nak pegang WC,forget it!Argentina lagi teruk dr england ok, england ada gak sebiji masa round of 16(4-1), depa sebiji pun tarak.kesian... kesian... nasib la labu.... hahaha... don't cry for me Argentina!!!!!!!

hopefully kali ni Germany juara la.... antara sebab aku sokong sgt ialah, haziq dgn abah dia dah beli jersi germany mahal, jadi kena la germany menang,kalau idak rugi la beli jersi mahal,muahaha.bole reason mcm tu?lagipun mmg team diaorg bagus la,tak selfish tak macam team lain,beria nak gelecek sendiri,kedekut tanak pass kat member yg free,last2 padan muka,kalah!betullah kata wonderpets,"apa yang penting!kerjasama!"

lagi satu kan, budak muller tu hensem lah!hahaha. nak sokong cristiano ronaldo,dah out! eh tapi kan, haziq kenal ronaldo... menurun genetik mak dia, yang hensem aje kenal,hahaha,dia igt gol ronaldo masa kalahkan korea utara tu,cayalah anak mama :P

dah la cerita bab hensem,nanti kena tukar tajuk plak, lelaki hensem dlm world cup dan diriku,hahaha!

Jun 18, 2010

Cuti lagi

confirmed!7 Julai nanti Penang dpt public holiday lagi,yes!bagus-bagus,bole bersuka ria dengan famili, masa dengan anak-anak!

so, apa nak buat cuti satu hari? erm, since cuti tgh-tgh minggu maybe lepak rumah aje, temankan haziq buat homework,mama dia pun sedar diri masa tu dah start sem baru, thesis kena la belek-belek.

anyway, nak note pasal cuti tu aje,me so happy,got additional 1 day for this year public holiday,good good! bulan 9 nanti ada another 1 day extra.baguslah Malaysia,cuti banyak! yahoo!

Jun 14, 2010

2 minggu tak update!

lepas update dlm entry sebelum ini, cuti sekolah pun mula.jadinya, mak budak seronok sebab budak cuti sekolah,hehehe. walaupun tak de perancangan besar utk cuti sekolah kali ni, tapi tetap ada something utk anak-anak. since kakak-kakak ipar sungguh suka bercuti ke penang, ku turutkan jua walaupun semuanya dah biasa bagiku. spt biasa, diaorg request nak stay T* R*sort lah, so that is where we stayed for 2 nites. budak-budaklah yang happy dpt berendam, mak-mak bising anak-anak berendam tak hingat dunia, haih, tak takut langsung, si kecik batrisyia sampai ada line bikini kat belakang badan punyalah bersungguh-sungguh mandi kolam.Few pictures captured by my SIL's hubby.


































sempat meneman kakak ipar yang tinggal di sabah bershopping sakan utk baju raya anak-anak dia. dlm masa yang sama saya site surveylah, maklumlah tunggu duit *i* *m kan,huhu.walau macam mana teringin pun, insyaAllah saya bole sabar,saya tak suka guna kad plastik.yang ni mmg cik abang pun notice,dia tabik spring sebab bini dia bole tahan sabar bab bershopping. *ayat puji diri sendiri*hahahah!

masa stay kat resort tuh sempat ambil kek yang order online dr k.linda sg dua dan buat special delivery ke rumah mak sempena birthday abah. Happy 58th birthday abah!we luv u! kali ni order carrot walnut raisin cake with mild cheese frosting and glad he likes it!

elok je selesai sesi dgn keluarga sebelah cik abang tu, dptlah RM yang ditunggu-tunggu berbulan tuh,alhamdulillah,syukur atas nikmat yang Allah kurniakan.erm, apa lagi, dah lama cheq sabaq, sampai terketaq-ketaq dok tunggu, dah ada mmg teruih hilang sabaq,hahahaha.shopping sakan makcik nih!sampai la hajat apa yang nak beli tu.walaupun happy kena la beringat hari esok kan, simpan lah mana yang patut, bagi mak abah, cik abang,anak-anak, biar berkat rezeki tu kan.mudah-mudahan makin bertambah,amiin :-)

dlm masa yang sama results second sem yg exam bulan 4 hari tu keluar, alhamdulillah jugak,seperti dijangka, kita dapat apa yang kita usahalah kan.... :-) cik abang kata ok sgt tu, dgn kerja nya, dgn anak-anak lagi, padanlah dgn assignments buat last minutes, study seminggu dua sebelum exam saja, siap ada ponteng kelas lagi,hehehe,mmg nakal! akan buat lebih baik lagi short sem ni,insyaAllah. oh! ya, another exam next week people! pray for me pls. short sem yang mmg sgt short,dah nak exam pun,huhu!

ok, tu saja nak cerita kat sini. next entry maybe lepas exam next week.lepas exam bercuti dgn famili ku pula. venue sama,pool *M tu mmg ngam sungguh dgn bebudak tuh, kali ni nak layan maksu diaorg pulak, kasi can sebelum register buat degree awal july nanti :-)

Jun 3, 2010

Bila bos besar turun padang

muka sorang-sorang,bole jadi macam ni....

dan mula buat kerja macam ni......



TAPI......



dlm masa yang sama ada colleugues anda yang enjoying life coz everybodi else busy meeting the boss.... so... he/she is......




or....JANGAN MARAH :-))

Images: credit to google!

Nota Kaki: kerja kena rajin walaupun bos takde, sebab ada bos lagi besar tgh evaluate kita dari 'atas'.so,bos ade ke takde ke sama je. sekian :-)

Jun 2, 2010

Wondergirls?!!?!!?

Ape kes? takde kes.... :-) kes suka-suki saja walaupun masa sangat terbatas. Nak jugak tempek gambar Wondergirls ni kat sini,ahaks!

oh no no, bukan Wondergirls yang nyanyi lagu nobody gediks2 tuh!

Wondergirls yang ni baekkk punye, lg beh dr wondergirls yg tu, yang ni made in Malaysia, lebih gediks lagi,ahahaha :P

Kami(read:saya & the gang) telah bersatu hati satu malaysia membeli baju sama dan memakainya pada hari yang sama!Wow! (bak kata Husin Lempoyang dlm 3 Abdul) hahahaha

Bersungguh-sungguh okei! sampai ada among us beli tudung bagai nak completekan supaya pakai sedondon dan cantik, :D *mesti puji diri sendiri okei*
Oklah,oklah, cerita panjang tak guna, enjoy the pic beb ;)






<-----Cak,tgk tu, 4 orang mak budak yang comel :P








Bersungguh-sungguh,macam2 gaya ;P ---->
Cukup ah 2 keping,nnt kena marah,hahahah!

May 28, 2010

The best job vacancy advertisement ever!

when: 26th may 2010


where:kedai pengantin opposite klinik *run @ **lim


why:please scroll down and see the pic!


who:tokey kedai tu la,buat lawak antarabangsa sungguh,hahaha


how:do i need say anythin'?mmg lawak lah,sampai hari ni bila teringat rasa nak gelak,hahah


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.

see?lawak kan? sapa kata pon*dan tak laku? laku nyah oiii.... diutamakan lagi dlm kes ni! :-)

mmg tergelak-gelaklah kami masa tgk benda alah ni,sangat menghiburkan hati gue,heheh.

anyway, entry ini tidak berniat memburukkan sesiapa,tidak ada kena mengena sama ada hidup ataupun mati.

sekian. :-D

May 25, 2010

Mmg musim crocs ke sekarang nih?

dedulu (takle dulu sgt tpi mcm thn sblm ni) kalau pakai crocs kekononnye canggih la kan?itu cerita dulu lah kan. sekarang ni kalau pakai crocs org tak heran dah,heheh.

bersepah crocs merata-rata,doploh tigaploh hengget bleh dpt sepasang. dulu kalau takde duit 50hinggit paling kurang 2 keping jgn harap nak dpt crocs.betui kan?

buktinya,sekarang sorang bleh 2-3 pasang crocs.sebut je nak jenis macam mana,semua ada,macam-macam ada bak kata pakcik astro,hahaha.

range harga masa introduction phase dulu,beratus beb. pastu org stat jual online, saya pun terbeli lah 2 psg,dpt less than 100 per pair. latest price, doploh tiga hengget je.tiruan? ori? ada aku kesah?aiman tak kesah la beb,janji pakai ok,hahaha.bukan ada org dok pi belek baca ori ke tiruan ke,ye dak? setakat nak letak kat kaki je,heheh.

baru-baru ni memborong jibbit kat pasar malam(ni yang nak cerita sebenarnya,muahaha),dulu satu 5 hengget,latest 6 bijik seploh hengget,kecek adik pasar malam tu dpt lagi 2 bijik pree,dah la jadik 8 bijik seploh hengget.tak ke gila-gila punya price decrease tu :-)
anak-anak la yang bersungguh memilih jibbit sebab kebetulan angkut diaorg pi psr mlm.baru nak kenal pasar mlm,sebelum ni tak introduce sebab tak sesuai kecik lagi bersesak kat pasar mlm. so apa hasilnya?meh kita tgk gambar lah.









<--selipar crocs adik dgn abg yg dah siap dihias jibbit.sebelum ni haziq tak minat nak pakai selipar ni, bila ada jibbit ni terus nak pakai.






----->
zoom skit selipar abang,ganaz tuh!letak lizard sekor :P






<----
tak lupa koleksi mama dgn abah,yg brown tu mine,ala2 makcik sikit tapi sedap pakai. pakai dlm rumah je pun,yang tu beli online.canggih nok,selipar beli online std dlm rumah je,haha!







last but not least,kasut abah pakai memancing yg sebelah kanan tu yg dia dah tak berapa pakai sbb tak best,mementang dah ada yg baru(merah hitam kat gambar atas) dan kasut mama pakai pegi kelas,senang nak ganyang pakai amik wudhu'
insap-insap lah,kasut selipar berpasang-pasang,haruslah tak beli sampai thn depan pulak,hehe.



May 24, 2010

Brape punya lama daaaaa......

tak update daaaa..... standard la excuse biasa,bizi daaa..... hahaha

lepas sibuk dengan kenduri kawin awal bulan lepas, terus bz dgn final exam 2 minggu.demam kura dibuatnya,huhu tapi alhamdulillah dah berjaya tempoh musim getir tuh.mana taknya, fes time 3 paper sekali harung.elok aje habis exam dah kelam kabut dgn isu S** utk sales *M,ceh ketika semua org bergumbira dgn duit bonus melimpah ruah, kami kat sales tak habis-habis verification,mmg hampeh. masih menunggu dan menunggu.Allah!mudahkan lah!

lepas tu continue dengan short sem pulak.sekarang tgh mengharung short sem yang mencabar tapi menarik. mr lecturer drpd iran ni mmg sempoi,elok aje dia assign each chapter utk group pastu siap pesan each grup has to come out with questions.questions tu plak maybe akan appear masa final exam nanti. see!senang kerja diakan? haruslah buat betul-betul,mana tau kot rezeki soalan sendiri timbul masa exam nanti,ahaks!

anyway, walaupon bz dgn macam-macam hal, masa dgn anak-anak kena luangkan jugak. dah lama janji dgn diaorg nak bawa pegi zoo. so, lepas exam ujung bln lepas kitaorg pegi zoo taiping. bukan main seronok diaorg.especially batrisyia sebab fes time,haziq dah pernah pegi thn 2007 dulu,masa tu tgh preggie kan batrisyia. ni ada gambar-gambar masa pegi zoo arituh.








<--------
Gambar thn 2007.Haziq masa ni 2y5m.








------>
Ni pulak masa baru-baru ni.Budak dlm perut kat gambar atas dah besar panjang ;-)














<---------
2 org budak yang hepi dpt pegi zoo,hoho!


Lepas berjalan-jalan dlm zoo,kami piknik kejap kat taman tasik taiping tuh!amboi pakej olidey tuh,sebenarnya abah diaorg nak lepas gian memancing,dpt kejap pun jadikla. Mama plak amik kesempatan makan-makan kat tepi tasik,apa lagi bukak bekalan la. trip kali ni,mmg bajet baik punya,F&B semua homemade.jimat :-)





----->
Abah and his girl enjoying the meals! :-P
Air tangan mama, ;-P
<-------
Dah kenyang, abah melepas gian mengail.Haih!igt aje nak bawak fishing rod tu ye bang!sabo je lah!
Lepas tu kitaorg pun balik lah. Sempat solat zohor dirumah pun. Simple aje program hari tu tapi yang penting anak-anak hepi. :-D

Apr 15, 2010

Post wedding and other related issues

Kenduri kendara dah selesai weekend baru ni. Hari sabtu rumah sebelah perempuan dan hari ahad sebelah kami di Kompleks Tbg Haji. Walaupun dah 4 hari majlis selesai, penat menguruskan majlis masih terasa.... dah la cuti 1 hari je lepas majlis. Tak sampai hati nak cuti lebih-lebih sebab next week nak cuti whole week sebab exam... kenala consider team member kan, kasi chance diaorg cuti dulu... :-)

Talking about exam, herm... satu apa tak prepare lagi ni... bila pegang notes nak study, mata terus lalok... nak pejam aje. Letih tak habis lagi,huhu...

So, apa cerita kenduri hari tu? ok, alhamdulillah... gempak jugaklah... semua menjadi seperti dirancang... wedding of the year nok! akak jeles nok! ade ke patut kereta pengantin mercedes s class,ceh! macam hebat le pulak!

Oh ye... punya la bz sebab kakak pengantin la katakan,gambar pun tak berapa ambik... byk photographer rasmi yang amik... jadi tak dpt la nak share kat sini... paling terkilan, tak bergambar dengan ina yang datang jauh dengan famili drpd pahang... sorry la na, aku terlupa langsung.... patutnya masa kita makan sama2 tu dah sempat bergambar sama... mmg frust tak de kenangan ko dtg kenduri tu... :-(

tapi gambar pengantin ada kat FP photographer, boleh klik sini utk tgk gambar2 kawin diaorg.... tgk gambar diaorg rasa nak kawin sekali lagi,hahaha!siap kowtim dgn wife photographer nak buat outdoor session nanti... bila tu? eksaited dia nak ambil gambar, nanti la kak... saya bz lagi ni(sedar diri nak menghadap exam dulu kak) :-)

ok peeps, tu je nak jot kat sini for the time being, mari berdebar untuk exam minggu depan, haruslah cari-cari masa belek buku pulak ye!

Mar 30, 2010

Aku terima nikahnya...

Alhamdulillah... yang wajib sudah terlaksana... remember this post? Kini, tibalah masanya memperkenalkan adik ipar baruku,ehem :-)
Seperti dijanjikan dlm post terdahulu, setelah sah maka bolehlah broadcast ke seluruh dunia,hoho :P
Syukur jugak tempoh pertunangan spt dijanjikan singkat untuk elak masalah-masalah tak sepatutnya ie rindu,berjauhan,etc etc, :P .Diaorg bertunang 4 bulan sahaja,alhamdulillah :)
Dengan tersiarnya entry ini juga, saya mewakili keluarga saya ingin menjemput semua sahabat handai, rakan taulan ke majlis raja sehari (bertandang) di Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas pada 11 April 2010(next sunday). Jemput datang sekiranya ada kelapangan. (elok-elok seminggu sebelum final exam date diaorg kawin nih,sempat lah mak glamer dulu nok,haha :P)
Ok, jom kita layan gambar skit....
tara... presenting.... mak sedara baru Haziq & Batrisyia :-)

Ehem ehem,dah sah nok!bole pegang tangan nok!(tiru cara photographer profesional amik gambau nok!)

Hantaran 2 sajork sebab the grand one minggu depan kita antau, kita buat yg wajib dulu ok!


Kami sekeluarga on that day, wajib tempek sini ok :P


Last but not least, jemputan dan map,sila datang ye semua... :)




Mar 22, 2010

Harga yang perlu dibayar...

utk sekeping MBA cert ialah.....

ya,saya kena pakai mata bantuan sekarang... mata dah tak sharp macam dulu... rasa-rasa macam sharp lagi tapi sebenarnya saya force utk nampak apa-apa yang saya nak lihat.... sampailah last week sakit kepala almost 1 week. jumpa doktor, dia advise pegi check mata dan advise supaya reduce kan caffeine intake, to be exact, nescafe dan kopi. fine, saya tak minum kopi/nescafe 2 hari ok (lama tu), tapi sakit tak hilang jugak. kebetulan ke shopping complex malam ahad hari tu, masuk kedai spec, check kejap dan confirmed, "kak kena pakai spec la, dah ada power ni... selalu guna komputer ye?" "ye dik,mmg sentiasa guna...".... "12 jam sehari?" "lebih kurang la... kat office whole day,balik sambung kat rumah""erm,kalau macam tu elok pakai la kak"

That's it! pakai pun pakai la... dah tak tertahan sakit kepala... patut la tak kurang2 sakit ni... mata ni dah mogok asyik kena paksa kerja overtime... lately byk assignment kena buat,baca jurnal, focus... ni la bahananya,huhu


Dalam sengkek2 gaji belum masuk ni, terbang la RM268 utk spec baru ku... gambar kat atas tu spec lama beli dulu2 utk cover mata masa ngadap pc, pakai le kejap sebelum dpt spec baru... esok insyaAllah siap... dan ini le rupaku bila pakai spec, kawan2 kata macam pengetua sekolah menengah ahahah... tak kisah la labu.... janji kerja siap

kena jugak dpt MBA nih, geram dah ni.... sampai ter rabun skit sebab berjaga study dan buat assignments, baru berbaloi ok! huh!



Mar 13, 2010

Halimah Jongang

bole pulak dlm bz bz nih pegi you tube cari lagu nih!ahahah,mmg hampes!sebenarnya nak release tension buat assignment bertimbun nih. elok aje semalam school hantar schedule final xm,tensen tak? mmg tensen la... baru je abis mid term dah sebut final... dah le tu bulan depan lak tu... dah tak jauh dah nok... risau mmg risau tapi boleh blogging lagi,heheh.

korang suka tak lagu ni? sempoi je kan? sesuai unt santai2... tak de heavy mesej... simple lyrics... i like,bila dengar rasa nak gelak... so people... enjoy!

Halimah Jongang - Eddie Hamid

Berulang kali
Telah ku katakan
Diriku ini
Di waktu ini
Telah dimiliki

Tak usah lagi kau dekati
Tak mungkin aku jatuh cinta padamu
Usahlah engkau memaksa diri
Memuja diriku
Ku takut nanti
Kau gigit jari menangis sendiri
Janganlah engkau berangan-angan
Jadi buah hatiku
Walau dalam mimpi pun ku tidak sudi

Jangan jangan jangan ku digoda
Tengok bayangmu pun ku tak selera
Pergi pergilah cari yang lain
Jadi kekasihmu
Jangan jangan jangan ku dipaksa
Tengok mukamu pun aku tak suka
Jangan jangan jangan kau jadi perigi
Yang mencari timba

Halimah jongang
Halimah jongang
Halimah jongang
Halimah jongang
Ha... ha... Halimah jongang

Jongang jongang jongang
Kau halimah jongang
Jongang jongang jongang
Halimah gigi jongang

p/s: sian halimah kena rejek, tapi last2 halimah jadi cantik you!

Mar 9, 2010

Di antara hela nafas....

Blog ni sepi sekian lama,minggu lepas menyaksikan kemuncak kesepian blog ni.... sebelum ni,walau tak ada sebaris ayat pun... aku masih menjengah tapi minggu lepas betul-betul sepi.... semua yang menjadi rutin berubah....
Tengok tajuk pun saspens kan?bermula dengan demam selsema 2 hari pertama bln ni, diikuti berita mengejut kepulangan bapa mertua ke rahmatullah, kami sekeluarga merantau sana sini.... lepas dpt berita kematian, terus bergegas ke Perlis,kampung arwah abah. OTW sms sana sini to spread the news, informed parents schoolmates anak(yang selalu tumpangkan Haziq dr sek pagi ke tempat mengaji), babysitter,bos,officemates,etc.....

Arwah abah dgn anak sulung & his fifth(dear hubby) masa raya 2008.

Alhamdulillah,semua urusan jenazah berjalan lancar,dear hubby dpt tunaikan tanggungjawab sebagai anak buat kali terakhir utk abahnya.... yang tinggal hanya nama.... dan terputuslah semua hubungan dunia. Yang ada selepas ini adalah hadiah dari sang anak dlm bentuk doa'. Amiin... semoga rohnya ditempatkan bersama org-org yang beriman....

Sesungguhnya, kematian adalah pasti bagi semua yang bernyawa dan menjadi peringatan yang baik kepada kita yang masih hidup. Semoga kita mendapat iktibar dan membykkan amalan baik kita,InsyaAllah.
Usai urusan pengkebumian, kami berkumpul ptg itu, berbincang bersama untuk uruskan pusaka arwah abah. Selama ni hanya dengar cerita saja, bila sendiri mengalami barulah tau susah senangnya. Nampak macam kalut nak discuss bab harta kan? Tapi sebenarnya tu lah masa terbaik memandangkan semua anak arwah abah berkumpul. Kakak sulung dr Johor ada, yang Sabah pun balik walaupun tak sempat tgk jenazah. See, mmg elok sangat lah nak discuss. Walaupun tak dpt selesaikan semua, part of it dah berjaya diurus,alhamdulillah. Betapa criticalnya urusan pusaka ni, even 10 sen pun tak boleh dibuat mudah, kalau ada 6 anak, kena bahagi 6 lah.ikutlah faraid ke, bahagi sama byk ke...tak sanggup nak menanggung beban termakan hasil pusaka,mintak simpang.
To add to the long story, last week jugaklah mid term test utk 1 lagi paper,the other 2 dah selesai sebelum tu. Konon masa mc nak take opportunity study, tp dah demam tido aje sepanjang hari.Luckily, dpt cover 1 chapter second day mc tu. Balik penang on friday sebab malam tu ada test,hentam sajalah labu. Petang sebelum exam tu, browse gitu-gitu aja buku.

Haziq dgn Batrisyia biasalah, at their age mana lah faham sgt apa yang jadi. Cuma asyik tanya saja,tok abah pi mana mama? tok abah mati? tok abah mati pasal sakit jantung ke mama? tok abah duduk rumah baru ke mama?tok abah lena ka mama? adoi.... penat menjawab dibuatnya.... hai anak, macam tu lah kita semua nak... one day ke situlah kita....
Masa dpt berita tu, diantara maghrib dan isyak hari selasa, Haziq tgh siapkan homework dan practice spelling. Disebabkan ada hal, dia ponteng straight 3 hari and he missed his spelling test.sayang jugak, kalau tak, dah bole collect another star. tak apa lah dah ada hal nak buat macam mana kan.
Hari jumaat tu memandangkan balik sebelum solat jumaat, sempat singgah sekolah dia ambil homework drpd cikgu dia. Mak aiii, bertimbun.letih anak dgn mak bapak sekali,heheh. Moral, jangan ponteng tanpa sebab kukuh. :)
Comes monday this week which is yesterday, kena eja 12 perkataan, macam nak pengsan mak!semua bulan Masihi, drpd Januari sampai Disember. Mak dia dah pasrah dah, dgn tak sempat nak ajar, dengan letih tak habis lagi....tapi pak lang dia kebetulan singgah rumah on the way balik ke rumah mak hari ahad malam tu tolong ajarkan. Thank you pak lang!
And guess what? Haziq dpt star yesterday. dah la tu, bukan 1 tapi 2 nok!yes!yes!alhamdulillah. Teacher dia buat revision and test him on the 6 english words (triangle, rectangle, square, circle, oval & cone) yang dia missed last wed. Mak dia mmg surprise lah,"mama, haziq dpt star 12!" dia mmg bagitau macam tu, dia kira total setiap kali bagitau.Congratulations sayang,luv u!
Itula yang berlaku lebih kurang last week,oh! lupa nak bagitau, last Thursday (4/3/2010) was Batrisyia 3rd birthday.Happy Birthday sayang! Mama dah hampir terlupa nak tulis kat sini... tak de celeb besar-besaran memandangkan tok abah baru meninggal but we had a small feast among our family,beli kek sebiji,budak-budak ni makan dgn cousins diaorg especially anak kakak dr johor. Kita hold sekejap ye sayang,nanti kita buat simple one. Tapi hadiah byk jugak dpt, tok bagi basikal, pak lang dan pak ngah bagi RM, mak ngah bagi baju... erm sakan dah tu :)
Birthday girl on her big day,senyum sampai telinga. Dibelakang: Cik Na,pak long dan abg syamil.(gambar kurang memuaskan drpd E71)

Tu je entry panjang lebar kali ni,yang mana baik kita ambil buat iktibar. Semoga ada manfaat,amiin.

Feb 10, 2010

Mid term exams

pejam celik pejam celik dah hampir separuh semester... cepatnya masa berlalu.... ini bermakna, sekarang ni musim mid term exams... hish, aku masih terpinga-pinga lagi... sedar-sedar lecturer dah sebut mid term exams.. we will cover until chap 10...bla...bla..bla.... i was like, what ???? 10 chapters? seriously??? betul ke dah belajar 10 chapter?rasa macam tak tau apa-apa pun lagi....huhu... :P

malam esok ada satu paper. multiple choice,jadinya kerisauan kureng sebab jawapan dah ada depan mata,pandai-pandailah tembak. tapi takut jugak, so esok cutilah satu hari.... preparation nok!takkan la sampai poyo tak tau konsep pun,caner nak jawabnya,huhu... wish me luck!

next week joli katak pisang kejap sebab mid term break cum CNY,yahoo!kalau cuti bukan main seronok nok!happy tak igt!tapi... tapi... tapi.... lepas cuti ada lagi 2 paper.ceh,potong stim betul!mana nak gumbira lebih-lebih nok kalau tahu kat depan ada bala bencana menunggu... haruslah berhati-hati ketika bergumbira,igt-igt lah hari dukacita yang bakal mendatang,ahaks! jadinya, enjoy so-so sudah ye.... maklumlah, anak pun cuti sekolah seminggu,dpt lah mak bapak relaks skit.... tak yah buat kerahan tenaga mengajar anak secara marathon in order to collect stars, aiyak! sudah mula cerita stars,hahaha.

ok peeps, nak sign off dulu yek. doa-doa esok oklah hendaknya,amiin....

Feb 2, 2010

Post mortem selepas 1 bulan di sekolah baru

Satu lagi perkara di sekolah baru Haziq yang saya realize ialah diaorg bagi kids bawa balik satu beg buku pada hari terakhir bulan untuk parents review apa yang anak diaorg dah belajar dlm 1 bulan. saya mmg kagum lah. ada beg khas tu.

Ni beg yang Haziq bawa balik hari jumaat lepas. Siap ada nama tag nama tu.Mmg dedicated khas utk Haziq,saya suka :-D

Dalam beg tu ada buku untuk semua subjek, drpd bahasa melayu sampai la art book dia.Tak lupa buku ejaan dan spelling yang mak dia kecoh sangat,hehe. Dpt la peluang tengok apa yang Haziq dah buat dan senyum gumbira dengan hasil kerja si anak. Kalau dulu kena tunggu satu semester baru leh dpt chance tgk semua,sekarang tidak lagi.

Ok,remember pasal redemption card yang saya cerita hari tu? dan buku khas consists of date and words yang akan ditanya? haaa, ni dia.

Gambar kiri: words book,siap dgn date.Easy monitoring for parents.

Gambar kanan atas: redemption card yang dah siap ada 4 star,yey!

Gambar kanan bawah:ref book and redemption card front page,gambar blur la pulak.

Disebabkan mama dia syok sangat pasal bintang-bintang ni,gambar buku tulis dgn tulisan anak pun mama dia capture. Suka hatilah kan,janji happy.Mak mana tak seronok anak dia berjaya kan?

Gambar atas kiri: buku ejaan dan spelling

Gambar atas tengah:english words.

Gambar atas kanan:english words yang Haziq sangkut,siap dgn corrections.

Gambar bawah kiri:first group of malay words.

Gambar bawah tengah:second group of malay words.

Mesti Haziq seronok tgk mama dia beria-ia blogging pasal dia. Ye yang, mama mmg happy sgt kalau Haziq bagitau"Mama!Haziq dpt star hari ni!"syahdu nak,uhuk!
Semoga terus sukses anak ku,doa mama bersama mu.....

Feb 1, 2010

Selamat Hari Lahir Kekasih Hati

Hari ini birthday cik abang sorang. Isteri dia ni tak pandailah nak ber madah berhelah bagai bak kata ziana zain,hehehe. Cuma nak jugak amik kesempatan note kat blog ni hari bersejarah cik abang. :-)
Cik abang saya yang rajin tolong bini dia ;-) (matik la kalau dia tahu bini dia promo dia kat sini,haha)
Alkisahnya, kitaorg dah celebrate awal.Weekend baru ni dah berjalan sakan enjoy sana sini kebetulan gaji pun dah masuk,hoho... hiphip horay!Dah jamu anak-anak makan pizza (sebenarnya mak bapak yang nak makan,heheh) dan beli hadiah untuk abahnya.Oh ye,takde kek kali ni sebab nanti mak dia yang makan byk,huhu!

Aci tak gambar potret ni consider hadiah bang?tapi rupa you macam tak jadila,kurang encem :P tapi rupa I jadi,heheh

Doa kami(read:mama dan anak-anak) abang/abah dikurniakan umur yang panjang, sihat tubuh badan,mendpt rezeki yang melimpah ruah,berjaya dunia & akhirat dan mencapai semua impian,amiin.



Kami sayang abah!

Happy birthday abah ataupun hepi sebedey abah,bak kata Batrisyia!

pst:mak dia tak yah la cakap sayang-sayang kat sini,malulah(tutup muka!)hoho!

Jan 29, 2010

Happy birthday Mak & Happy anniversary! dan cerita sekitar Januari 2010.

Tengok tajuk kat atas tu? tu maknanya dah nak habis bulan Januari sebab birthday mak hari ni 29th Jan dan kebetulan anniversary mak dgn abah pun hari ni,pandai diaorg pilih tarikh.save bajet celebration!hehehe

Doa kami utk mak/tok/abah/wan:

Gambar hiasan: pagi Aidiladha baru-baru ni...
Wan macam King of Saudi daa.... hehe


Semoga Allah limpahkan kurnia dan rahmat dalam rahimNya kepada mak dan abah.

Semoga Allah berikan kesihatan yang baik untuk mak dan abah dan moga Allah makbulkan doa-doa mak dan abah,amiin.


Happy 58th Birthday & Happy 31st anniversary!


Seperti biasa, sibuk menjadi alasan blog ni tiada update tapi sesungguhnya mmg bz sangat tahun ni. Jadual kami anak beranak pack sejak Haziq ke sekolah baru. Mama dengan abah pun jadi student balik sebab nak sama-sama beriring dengan Haziq untuk pastikan dia ok dan seronok dengan sekolah baru nya. Alhamdulillah,setakat ini kami berpuas hati.Seperti entry sebelum ini, cerita star yang kecoh maknya dibuatnya... Haziq terus maju, dia dah berjaya collect 4 stars since last week. 2 stars each week. 1 star each for ejaan dan spelling.


This week words are: sawi,timun, terung, lobak merah, kubis & bendi. English: cupboard, computer,chalk,clock,broom, duster,desk & window.


English words minggu ni saya tak harap sangat sebab dia macam tak confident. Abahnya pun ckp"Haziq mcm gayat aja"hehehe, so we thought kalau dia tak dpt star pun tak pe tapi Haziq dpt,unbelievable!hebat la anak mama... selalu saya puji-puji dia,bukan main seronok lagi kawan tu,sengih aje,heheh. Masa on the way ke kelas hari rabu tu, kami calling lepas abah dia pick up to congratulate him sebab berjaya dpt star... dia dgn happy nya jawab, "Kan mama kata Haziq hebat, Haziq mesti dpt star... sebab tu Haziq dapat!" tengok tu, betapa berkesan nya ibubapa kepada anak-anak! dia tak sebut benda tu senang ke susah tapi kata-kata mamanya jadi azimat, Saya hampir menangis kawan-kawan... bahagia.. :-)



Lagi gambar hiasan, dua org budak nakal :-P yang melengkapkan hidup kami :-)

Rasa berbaloi-baloi usaha pindahkan sekolah dan bangun awal setiap pagi utk siapkan bekal. So far berjaya dengan air tangan sendiri,belum lagi pegi kedai bawa tupperware kosong isi nasi lemak beli... chaiyok!tahniah kepada diri sendiri!

Ok babe, kena stop sini..... ni kot last entry utk Jan 2010.... pencapaian blogger yang sangat tidak bagus. takpe, makcik tak kisah... yang ni not in my list of KPI,tak penting..... byk lagi yang nak dicapai... yang ni sekadar nota ringkas kalau-kalau ke depan nanti nak refer sini.... :-P

Jan 18, 2010

Yeay! Haziq dapat star!

Minggu ni 3rd week Haziq ke sekolah dan satu waktu hari ni di sekolah ialah ejaan. Yes,they have special time slot just to test whether kids bole eja ke tak words yang diaorg dah belajar last week. Out of many words, hanya beberapa yang terpilih untuk di test oleh cikgu. Words ni pulak mmg teacher dah print siap-siap dlm satu buku kecil complete dgn date bila kids akan di test.

Test pulak bukan main cakap aje, you have to write down correctly.Ada satu buku khas utk test ejaan.Satu huruf pun tak bole silap. Kalau silap tak leh dapat star!Star pulak akan dicop diatas satu redemption card! You have to collect all 10 stars to entitle for a prize! Canggih nok! Mak dia freak out ok because of this!Last week dah start dgn spelling english tapi Haziq tak dpt star, Rifat dapat. Frust mak, tapi rileks lah baru 2nd week kan.Last week english words nye: Good morning, good night, good afternoon & good bye! yang good tu confirm lah Haziq ok, tapi rasanya dia sangkut kat night dgn morning kot sebab bye dgn afternoon tu masa revision ok aje. Hujung bulan ni teacher bagi bawa balik buku spelling boleh mama dia check.

Mama rifat bagitau Haziq senyum meleret hari ni sebab berjaya dpt star!Mama dia pon! Now I know the feelings!rasa nak nangis, kecoh mak dia,huhu!
Just to keep a note here: words hari ni ialah pembaris, pemadam, meja, kipas dan papan tulis!
Petang ni kena reward dia dgn something! :-)

Hari rabu spelling: this week nye words: grandfather, grandmother, mother, father, sister & brother! Hurm, chaiyok!chaiyok!

So far, mama dia masih on track. Bangun seawal 5.30 pagi utk masak to ensure Haziq bawa food dari rumah. Harap-harap istiqamah!amiin...

Memang kena usaha lebih compared to parents yang anak diaorg dah senior kat sekolah tu... tapi tak apalah,better late than never kan! I want my Haziq to stand proud when he is std 1 nanti.Kecut perut dgr cerita mak ngah dia (cikgu sekolah rendah) ramai yang tak boleh membaca, mengeja pun merangkak masa std 1. Mula la kena basuh dgn cikgu. Std 1 hari ni bukan macam std 1 zaman kita dulu,baru mengenal A B C. Sekarang, cikgu expect you dah boleh baca, silibus macam kita std 3 dulu kot.

Dear Haziq sayang!mama bangga Haziq dpt star hari ni and you managed to beat your frens yang dah senior kat situ!You go boy!Luv you!

Jan 11, 2010

Tahun baru,azam baru dan rutin baru!

tahun lepas entry terakhir adalah mengenai haziq dan kawan barunya rifat. dan cerita tahun baru untuk 2010 berkisar kisah rutin baru anak sulungku.
bila kami confirmed tukar dia ke sekolah baru, macam-macam perkara yang harus diteliti demi menjamin semuanya dlm keadaan baik.

komitmen kami bukan sesuatu yang boleh dikompromi. jumlah RM yang bukan sedikit bukanlah topik yang perlu dibincangkan. jika mahu hasil yang baik, pelaburan juga mesti tinggi... dan selepas 5 hari Haziq ke sekolah baru, saya dpt lihat perubahan yang ketara dan saya bersyukur saya buat perubahan ini... :)

last week, saya cuti 2 hari pertama Haziq ke sekolah baru, wan & tok pun tak ketinggalan turut serta pada hari pertama. meriah!kawan yg suggest sekolah baru a.k.a mama rifat pun surprise tengok moral support tak berbelah bahagi tok & wan. kami suspense memikirkan cara Haziq adapt to the new environment. kalau dulu, medium bahasa melayu, kini semuanya english kecuali kelas bahasa melayu.

takut? ya, mmg saya takut... takut sangat... berdebar-debar.... macam manalah anak aku ni, boleh ke dia terima perubahan ni? macam-macam soalan berlegar difikiran.... hari pertama jam 9pagi, Haziq dah mula belajar... best kan? mmg bagus lah diaorg ni... no such thing as main-main ni.... 8.30 sharp dah mula kelas.... hari pertama saya dah dpt calendar a.k.a taqwim sekolah... so parents dah boleh plan family program if any... teratur sungguh, well planned.kagum!

homeworks? everyday ok,without fail... hari ketiga saya dah mula dapat feedback dari cikgu maths haziq. sampai naik tensen saya, tapi saya suka! diaorg betul-betul concern pasal Haziq... diaorg minta saya monitor Haziq dirumah... dalam masa yang sama diaorg berusaha di kindy.

silibus? mantop!bak kata shamsul ghau-ghau... hehehe.... saya dan suami sangat teruja.... hari pertama Haziq balik rumah bawa few books. ada buku tulisan dan siap dgn homework untuk dihabiskan di rumah....

doa saya tahun ini, saya dapat capai apa yang saya rancang:
-habiskan another 1 year of MBA yang mencabar dan grad tahun depan! yey!
-beri tumpuan yang lebih kepada Haziq
-bangun awal setiap pagi dan siapkan bekal untuk Haziq (semoga dgn berkat air tgn mama Haziq lebih mudah terima ilmu,amiin)

panjangnya tulisan saya utk pembukaan 2010 ni... sigh.....
pregnancy

..::Ceriteraku::.. Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon Template