Jul 15, 2009

Kenapa aku nak abiskan study cepat-cepat?

lately tensen memikirkan perihal mba nih.especially semenjak bukak sem baru nih. sem kali ni berbeza dgn sem-sem sebelum nih sebab aku dgn beraninye amik 3 subjek.selama nih 2 subjek aje. utk part timer macam aku, minimum 1 subjek dan max 3 subjek per sem, which aku tgh try yg paling extreme la ni.

ok,kenapa aku amik 3 subjek kalau dah tahu sukar? ada byk reasons yg memerlukan aku try 3 subjek sem ni.

1. aku dah tak larat ulang alik kelas malam.... kalau aku buat 2 subjek ajer, aku akan drag tempoh pengajian sampai max which is 4 years,means another 3 years to finish. mak aiih, lamanya lagi.... ini bermakna aku kena pegi kelas malam selama 3 thn lagi.sanggup?tak sanggupppppp!!! jadi,tu lah sebab nya aku amik 3 subjek sem ni dgn harapan boleh habiskan semuanya dlm masa 2 thn lagi... 2011 tu... chaiyok!chaiyok!

2. nak bagi perhatian kepada pelajaran anak-anak. haziq akan masuk std 1 by 2011.meaning elok2 aku abis aje(insyaAllah) bolehla aku concentrate kat dia pulak... sekarang ni kalau hari mama ada kelas, abah kena tgk homework dia.rasa ralat skit part tu.... masa dgn anak-anak pun kurang bila dah sibuk dgn kelas.kalau hari ada kelas tu,jumpa pagi masa diaorg celik mata, balik malam diaorg dah tido ataupun nak tido. :( tak sempat nak main-main pun,uhuk sedih mama.

3. reason ni macam malu la nak tulis sini,tapi nak tulis jugak,heheh. kami nak tambah ahli. :D tapi terpaksa KIV sebab tgh belajo. tak sanggup pulak nak go thru kelas malam assignments bagai dgn perut memboyot,hoho! tu kalau perut memboyot,belum cerita bab first trimester aku yg horror,ni pengalaman lalu la ni... mmg jenis muntah pening sampai lembik. dah tu? amacam mau pregnant? mmg tak sesuai kan! so, kena la abiskan cecepat,baru leh proceed,heheh.InsyaAllah kalau ada rezeki,amiin.

4. nak continue hobby baking. dah lama berhenti sebab sibuk sgtlah kononnya dgn study,huhu. mmg dah lama tak bake ape2.oven pun sepi aje,sebab bila ada keinginan nak buat,bahan lak tak cukup,nak beli utk sekali pakai rasa tak worth pulak,nanti belen bahan2 tu berkepuk berkulat pulak. so,kena abis study cecepat supaya boleh baking dgn happynyer,hehehe.

5.ada rezeki nak pindah rumah baru nanti.insyaAllah dalam pembinaan. rumah baru ni jauh drpd US*,so tak sesuai kalau aku masih study nak berulang malam-malam pegi balik. kena la abiskan study dulu kan, baru leh pikir nak masuk rumah and enjoy the new breeze in the new house without having to think of classes and exams!huh! heaven... insyaAllah panjang umur murah rezeki,amiin :)

ha,tu dia,tersenarai sudah sebab musabab kenapa aku gundah gulana sgt pasal study ni.byk benda kena KIV kan sebab MBA nih. betullah MBA ni bak kata org, about how much you are willing to sacrifice for a certificate.tak macam first degree semua nya tersedia. MBA?byk yg perlu dikorbankan,especially a part timer. please Allah,mudahkan.doakan aku ye kawan-kawan :)

Jul 8, 2009

What happened last week?

29th June: Mothers outing day.
mama and the gang bercuti-cuti di penang. sungguh meriah ok. agenda telah siap sedia seminggu sebelum tarikh kejadian. kami(read:mama & kawan2 opis) dah selamat apply cuti awal2 lagi sebab semangat sangat nak outing (macam terperangkap kat mana aje :P)
so, ke mana kita kawan2? okeh, memula kita gather2 dulu, pastu car pool ke pulau ye.jimat kos ye. destinasi pertama, jones road utk breakfast. kenapa jones road? sebab situ dekat dgn gurney plaza,hehehe.lagipun ada roti canai kuah taruh atas letak bawang, pergh! mmg best!yummylicious!

pastu terus ke gurney utk acara ronda2 window shopping dan sedikit acara beli belah(tgk word sedikit tu ye kawan2, tgkla karang sedikit yg macam mana,hahaha)

lepas ronda2,tak de yg berkenan,kedai yg diharap ada pun tadek,ampeh! terpaksa beli jugak sikit2 kat budak2 tu. adik dpt skirt overall jeans,sehelai gaun basahan,sepasang baju tido.abg dpt baju tido pooh!

tgk la pilihan kasut yg byk nih!mana la tak kena panahan,hahaha
mama? yg ni yg kagum nih. tak plan langsung sekali sudah bekenan la pulak. ada satu sandal yg telah menawan kalbuku. macam ada aliran letrik dlm saraf lepas terpandang kasut itu,buzzz gitu,hahaha. aduh!panahan asmara. asyik teringat2,maka terpaksa la beli.huhu.dah la RM100++ sib baik discount 20%.tapi saya sgt berpuas hati, best giler,sedap pakai.comel lak tu. bila pakai rasa muda 10thn,muahahah.

ibu-ibu yg bz shopping!

lepas dah berjaya terbangkan duit few hundreds kat gurney,solat zohor lunch bagai, kami teruskan perjalanan ke little india. hebat gitu,tadi ala2 mat salleh bunyi nya, sekarang bunyi cam hindustan pulak. ni ha, ada org nak cari kain sari cun2 nak buat baju kurung raya. dah habis kain melayu agaknya,kain india pun nak,hehehe. nasib baik tak merewang terus ke china town,baru habis pusing sungguh,hahah.
oh ya, kat little india ni aku baik ye.tak beli apa2,tgk2 je. sebab pening bau keling hehehe.hilang konsentrasi nak shopping.

somewhere near bazaar chowrasta!


next destination, bazaar chowrasta. macam pelancong betul. ada tour gitu,hahaha. okeh, kat sini kami spend sometime makan cucoq udang dgn sirap selasih. pergh,best!menu wajib kalau pi bazaar. nostalgia sungguh!

ni gambar cucoq udang dgn sirap selasih best!


lepas tu round jap.beli t-shirt transformer utk haziq. mama rembat 2 helai tudung utk dimatchkan dgn t-shirt hilyah.pakai hari jumaat ye :) dan sehelai blouse. nampaknya mmg shopping utk mama je,abah tak de langsung.sorry bang,next time ye. :)
sebelum balik petang tu tapau murtabak hameediyah utk dinner. settle!balik boleh belek brg baru beli aje,hehehe.

30th June: tak de ape special,lunch time pi makan kat sja je.

1st July:lunch time makan kat area opis je. petang main badminton dgn member opis. last la nampak gayanya sebab the following week dah start kelas. ada kelas hari rabu lak tu.balik drpd badminton game tu sempat singgah sunway carniv*l utk beli tiket transformers. tak lupa singgah speedy video beli dvd transformers 1. amboi, betul-betul nak enjoy sebelum sem baru ye. berhabisan tuh,setiap hari ada aje agenda. malam tu pulun tgk transformers 1 sebab member cakap better tgk yg 1st sbb ada continuity. huh! mmg best.paling suka part optimus prime transform first time & introduce kawan2 dia kat sam.kagum!

2nd July: tak masuk opis. kerja luar. petang dating dgn kawan baik ku. lepas tu sempat pi cari kawan lama classmate kami dr form 1 sampai form 3 yg dah jadi ustazah. baguih kawan aku,berjenih jugak! hahaha. ustazah cum director tupperware lagi.siap bagi hadiah tupperware lagi kat kawan2. saya suka!! :D

3rd July: malam lepas maghrib ke cinema kita weh. transformers,angkut haziq je. adik kena tinggal dgn babysitter. babysitter leh kowtim punye,tak de hal,bagi green light lagi. siap suruh tinggal tido dgn dia. mama aje yg tak sanggup. kul 12 tgh malam pun aku angkut jugak balik.

weekend spend together2 aje.duit dah byk habis. dok diam2 kat rumah!hehehe.tapi keluar jugak bawa anak2 shopping barang rumah skit kat Jusco. takkan la cuti 2 hari terperap aje ye tak?tak berkembang lak minda,hahaha,alasan nak pegi shopping complex.

So, itu rentetan seminggu. minggu ni saya jadi budak sekolah balik. kelas dah start effective semalam. no more lepak-lepak,shopping2,huha huha.

Ok dude, wish me luck. Saya nak belajar rajin2,nak maintain and improve pointer ;)

pregnancy

..::Ceriteraku::.. Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon Template