Dec 11, 2009

Haziq & Rifa'at

Remember this post?Yesterday, after a week of telling Haziq that he's gonna have new frens, he finally met one of them, Rifa'at :-)

Lepas pick up diaorg drpd rumah babysitter tetiba ter pop-up idea nak bawa diaorg ronda-ronda... lepas tu better idea came in... rather than makan angin without fixed destination, better mama bawak anak-anak mama pegi tgk school baru abang. Adik biasalah, tanpa melengahkan masa dgn happy nya,
"yey!nak ronda-ronda... pi Jusco ka mama?" <--favourite spot dia,menurun genetic mama...huhu :P
"tak....kita ronda-ronda tgk school baru abang,ok!"
Haziq memula tu reluctant... tapi lepas pujuk kata kita just lalu depan school aje, he agreed....
bila dah sampai depan school tu... tanyalah dia, jom kita masuk dlm jumpa Cikgu Sheena nak?
Tak nak... (sambil muka dah sebek(sedih))
Haih... frust jugak memula tuh... tapi mama cuba rasional... rileks lah,baru first time kan... :) nanti ok la tu... utk tidak buat dia sedih... kitaorg pun berlalu pergi cam tu aje....
Since ada masa lagi.... ajak diaorg pegi sekolah petang pulak....
"ok... jom kita pi kelas iqra' pulak nak?"
"tak mau.... jom la kita balik mama...."
"ok...ok... kita lalu kat situ sat ja... ok?nanti Haziq mesti suka... :)"
....... sepi......
3 minit lepas tu sampaila kitaorg depan sekolah tu...
Kebetulan anak member/ Rifa'at ada!
"Haziq!Rifa'at ada la... jom kita berkenalan dgn Rifa'at nak?"
"tak nak... jom la balik mama"
(aiseh... habis hancur program.... :( tak pa cuba dulu...)
-mama kuatkan diri matikan enjin dan keluar dr kereta...Batrisyia biasala... excited... dia yg lebih-lebih... hehe-
luckily Haziq ikut keluar... :)
Rifa'at being friendly terus terpa ke gate,greet Haziq.... wah!bagusla Rifa'at....
"ok boys.... salam-salam.... Rifa'at, ni la Haziq"
"Hai Haziq.... "(bagus tul la Rifa'at ni... mudahkan kerja auntie Liza... :)
-Haziq jawab slow je.... "Hai.... " macam sedih je,huhu :P
Pastu Rifa'at memainkan peranan dgn sungguh baiknya....
"Haziq,jom!... "ajak main le ape lagi.heheh One of the good way to make frens :P
Elok diaorg main-main tak sampai 5 minit,mama Rifa'at pun sampai.... maka bersembanglah mak-mak ni sampai nak dekat maghrib.... bila sampai time nak balik.... dah budak-budak ni seronok main pulak.... tak nak baliklah pulak....
Ha,sudah!Rifa'at siap nak ikut balik lagi.... "jom la mama pegi rumah Haziq...." hehe,jom-jom... :)
"ok-ok... nanti kita pegi.... hari ni tak boleh"
bila masing-masing dah masuk kereta,siap ada sessi jerit-jerit macam hindustan lagi,hoho!
"Haziq!tunggu...."
"Ok,kami tunggu....." hoho... :P
.......
on the way back home, Haziq senyum riang ria and commented"Bestla mama... Haziq nak sekolah dengan Rifa'at"
Sigh..... lega mama.... harap-harap semuanya baik-baik lah :)
On top of that, Haziq kata " Bleh Haziq main game Ben 10 dgn Rifa'at!mesti best!" hoho... bukan suka-suka aja nak oooiii... belajar kena lebih nak.... :)

Dec 4, 2009

Planning for kids early education

Semalam ada borak-borak dgn customer yang dah jadi member sebab selalu jumpa dan buat kerja yg ada kena mengena dengan dia. Memula mmg sembang pasal kerja, pas tu melalut pasal personal matter, kids especially.
So, kalau dah sembang pasal anak ni,mmg lama lah jadinya.... mula tu lebih kepada sharing is caring tapi lepas tu tu lebih kepada motivational talk lah pulak.
Pada saya yang mmg terpikir-pikir solution terbaik untuk Haziq since next year dia 6 thn, discussion semalam mmg lah eye opening session. Menurut cust aka kawan saya tu, anak dia masa 4 yrs pegi sekolah malay based tapi progress slow. Bila anak dia 5 yrs, dia pindahkan ke kindy yg managed by chinese. Alhamdulillah, anak dia improve gila2, exam untuk budak std 1 dia senang-senang aje boleh buat. Half day session aje, petang terus hantar ke kelas iqra' which yang ni pun menurut dia superb!
So, macam mana dengan my dear Haziq? Alhamdulillah, anak saya berada dilandasan yang betul. A-Z dah kenal, numbers boleh count from 1 till 100. Doa-doa harian dah hafal.Surah-surah lazim yang biasa dibaca waktu solat dah hafal. Rukun-rukun dlm solat pun dah bole baca,alhamdulillah. FYI, Haziq sekolah malay based dgn rangkaian paling besar di seberang perai,penang ni. Kalau sebut aje nama sekolah dia tu, parents yg ada anak umur 3-6 years mesti tau punya lah. Cuma, cuma..... saya mengharapkan yang lebih baik untuk anak sulung saya tu. Yelah kan, anak sulung mesti hebat, kan nak jadi contoh teladan adik-adik nanti.
Jadinya, lepas sembang dgn kawan tu, saya conclude yang saya akan buat sedikit perubahan pada jadual harian Haziq (itupun lepas dpt persetujuan abahnya lah). So, without further delay, saya pun discuss dgn dear hubby tentang next step yang akan kami ambil utk Haziq. Luckily hubby agree cuma dia worry bab angkut mengangkut Haziq dari kindy ke kelas iqra' aje. Yang tu akan diclarify betul-betul dgn kawan tu since dia willingly offer nak angkut sekali masa dia angkut anak dia nanti.
Sebelum ni saya terpikir jugak tentang enroll dia di tadika managed by chinese cuma kengkangan paling dahsyat ialah kerisauan saya tentang makan minum anak semasa di kindy. Tapi kawan saya yakinkan saya tentang hal tu. Katanya anak-anak kita tak akan diberi makan oleh cikgu tadika sebab not included, parents kena sediakan food. Moga Allah pelihara anak saya.
Seriously saya takut sangat ni, betul ke tindakan saya ni? Saya masih berdoa mengharap petunjuk Allah, kalau ini yang terbaik untuk kami, permudahkanlah. Petang ni saya akan ke kindy itu ditemani kawan yang bersungguh-sungguh nak tolong. Kira site survey lah ni,tapi sebenarnya kelmarin petang on the way balik rumah dari office saya dah pegi tgk dah,nampak ok, rumah semi-d 4 unit ditukar jadi kindy.
Let me clarify, so far saya berpuas hati dengan tadika yg Haziq dah attend 2 thn. Saya berterima kasih sgt dekat cikgu-cikgu yang didik anak saya tu.Cuma, saya nak berikan yg lebih baik. Jgn salah faham ye,semua yg saya buat ni demi masa depan Haziq.Saya harap by the time dia masuk std 1, semuanya mudah bagi dia. Saya tak mahu dia merangkak-rangkak sedang kawan-kawan lain dah bergerak pantas. Pada saya, kalau dari awal dia ok,insyaAllah dia akan maintain progress macam tu dengan syarat close monitoring from the parents. After all, cuma sethn ni je dia struggle sebelum std 1.
Bila std 1 nanti, semua sama je.Syllabus,ko-ku lebih kurang aje,InsyaAllah tak susah lagi,amiin...
So frens out there, anak korang macam mana?Dah plan ke? :)

Dec 1, 2009

Hari Raya Haji dan cerita sekitarnya

Sighs... walaupun sekarang ni cuti semester, kerja lain pulak yang berlambak.

Di office, kami dilambakkan dengan wang melampau untuk dihabiskan dlm tempoh sebulan sebelum end of the year. Huh!hebatkan? org sibuk berjimat sana sini, kami punya lebihan wang untuk dihora horey!sampai nak bercuti bersenang lenang pun tak boleh,cis!

Makanya, bermula la episod menyiapkan proposal paper untuk macam-macam aktiviti hujung thn kami. Anyway,masih dlm proses,tidaklah semudah yang disangka ye kawan-kawan,kena justify itu dan ini.... herm... enuff about work!

Family matters, last weekend yang hectic, traveling sana sini. Walaupun hanya raya haji, kami boleh dikategorikan beraya sakan. Berarak ke sana sini bagai.Penat mak, nyah! Anak-anak siap bersampin songkok berbaju kurung bagai tau!dapat duit raya lagi :P

Yang paling penting last week was the engagement of my brother! Alhamdulillah.... :) insyaAllah tambah sorang lagi ahli keluarga,heheh.... nanti tambah budak kecik lagi...hoho :P

Majlis simple aje,after all baru nak letak tanda aje,nak cop le kate org kan... tak yah lah grand benau... kos pun idok le tinggi sangat.... nasib baik adik ipar yang sorang itu kreatif tangannya... menjadi la hantaran yang tidak kurang gempaknye :) dpt kredit berlebihan le dari mak mentuanya :P kakak ipar tangan tidak kreatif tapi mulut boleh tahan,hehehe... I can do the coordination, logistic and accomodation.... bole la tu kan.... :P

So people, ni ade gambar-gambar sekitar majlis utk tatapan.Enjoice!
Barang bukti paling penting pada hari kejadian,cincin tunang!

Dayang-dayang dgn hantarans,:P

Hantaran teruna dan dara bergandingan,hoho :P Scene paling syahdu hari tu,kita sorok dulu wajah bakal pengantin,kasi saspen, nanti dah kawin baru tampal sini,barulah sukses!hehe

Nov 18, 2009

Freedom!


I'm jumping like this bebeh!


Finally!!! Semester yang huru hara siap nangis bagai dah habis!!! Oh! Dunia! Tengok lah aku yg dah bebas ni……ngeeeeeheheheh

Model kecil bergaya dgn gugel baru dan water gun nye :-)


Sangat bahagia ok, rasa macam dah lama sangat tak rasa free macam sekarang, sampai rasa macam eh banyak lak masa aku,nak buat apa nih?ahahah (rasa macam mengada-ngada lak kan,dulu kan main tensen :P)

So, how was the exam?erm,bole la… so-so aje. Cuma aku harap ada yang akan buat aku meloncat gembira especially statistic. Lecturer yg best membuatkan aku rasa sayang kat subject tu…. See how lah nanti,bila dah dpt result hujung bulan depan kita announce okeh.

Right after the last paper last Friday, we headed to TM Resort Tjg Bungah untuk enjoy!bersungguh-sungguh nak enjoy ok….check in sabtu, the next day check out… splashing time for the kids! Suka budak-budak tu…. Let the pictures tell the stories lah yek…. Siap dgn water gun bagai… kebetulan pak ngah and the clan pun join, barulah happening.
Model siap menunjukkan cara menggunakan water gun mereka.

Everybody enjoying the pool

Bakal ratu renang negara tgh prektis dgn wan :-)


Other than splashing time, the parents being the young parents on Saturday night pegi merewang ke Bt Ferringhi… mana bole dah sampai that area tak pegi night market Bt Ferringhi yg glamer tuh kan? So, mama yg dah merdeka sebab dah abis exam telah membeli belah dvd dgn meriah nye… hehehe… Cuma spoilt sebab tak prepare the list of movies yg nak beli…. Jadinya beli mana yang ingat aje la…. Tapikan… tapikan… next month nak pegi stay TM Resort lagi,weihiiiii… so,leh pegi beli dvd lagik…. Best best…. And this time,satu list yg panjang akan disediakan utk must watch movies…. And oh! By the way my genre is romantic and romantic comedy (sungguh seronok berangan-angan dan tak yah tensen atau takut macam tgk cerita thriller ke action ke… :D)

Hasil beli-belah malam itu :P

Seriously rasa lega sangat lepas last paper corporate finance hari jumaat lepas. Sungguh tak tipu….. now I appreciate every single moments I have with family especially dear hubby and kids….. last 2 weeks was a nightmare…. Counting days before the exam and to add to the tension, I have to memorize the formula for both papers. Aiyark! dulu masa degree bab hafal menghafal ni kacang la,sekarang ni? Aiyoh! Dah berusia ni… macam selowwww la sikit.huh! tekanan perasaan okeh! Dan hasilnya, masa paper stat hari tu bole aku tersilap formula,nasib baik satu je,yg lain tu harapnya betullah….

Haih!... ok… saya sungguh addicted to this mba thingy kan? Saya mengaku… I’m so into this….. konon tajuk freedom... tapi cerita asyik-asyik pasal study...hoho!

Ok people…. I’m so happy with my life and enjoying every precious moments with family while still can (before another nightmare next semester) and I want to just jot a note here that I have completed half of the mba journey!! thank you Allah…..
Enjoy the pictures peeps! Tada!

Oct 28, 2009

Happy belated birthday!

Disebabkan sibuk sangat kebelakangan ni, tak sempat nak post apa-apa entry di blog ni.Lagipun mmg dah cakap siang-siang ku akan sibuk amat sampai pertengahan november.



Alkisahnya, last monday was my birthday!I'm now officially with my BIG 3!
Macam tak nak percaya,dah tua!



Alahai, anak baru 2, nak tambah pun belum boleh lagi. Mamanya dah tua, lambat-lambat nanti lagi rasa tak larat,ada byk benda nak settle dulu.
(Gambar hiasan: anak-anak dengan gaya tersendiri,adik baru nak belajar dgn abg buat sign peace masa bergambar! :P)

So,kami hanya makan-makan for close famili only.Nothing much sebab on the very same day mama sibuk di office dan kena hantar 2 assignment.Hari tu kelam kabut dgn assignment aje!

On the other hand, rasa bersyukur Allah beri umur panjang, kesihatan yg baik, suami yg penyayang dan understanding, anak-anak yg comel dan bijak, pekerjaan yg baik, peluang sambung pengajian, keluarga yang sentiasa menyokong dlm semua hal dan byk lagi nikmat yang tak tersenarai disini,Alhamdulillah!

Tak lupa kawan-kawan yang sentiasa ada utk share the happiness and the sorrow,dlm semua keadaan, baik di alam nyata mahupun di alam maya!thanks korang!

To those yang wish happy birthday last monday, terima kasih byk atas ingatan! sorry tak sempat reply sms, note kat facebook,etc sebab bz sangat :-)
(bukan main lagi korang ye, bila dah tiga p*l*h ni bukan main ingat ye!)hehehe

Ok people, have to stop now.To be continued. Next week I'll be seating for my final exam and another paper the following week,pray for me pls. This blog will be left unattended again,sorry!

Till then,bye!

Oct 7, 2009

Blog, maafkan aku!

Blog,aku mau minta ampun sama kamu. Aku bz banget masa ini. Setiap kali aku rasa nak update kau,aku mesti tak sempat nak post apa-apa entry. Jadinya, hanya entry gambar raya aje yg ada tertera diblog ini. Harap yang ini berjaya dipublish!

Aku akan terus bz sampai hujung bulan ini. Bulan ni aku sibuk nak siapkan presentation, assignments, report dan proposal.

Jumaat -2/10: quiz RM
Jumaat -9/10: presentation conceptual paper RM
Jumaat - 9/10: last date for stoktrak online trading
Selasa - 13/10: hantar assignment II corp finance
Jumaat - 16/10: submit proposal RM worth 50%
Selasa - 20/10: submit stoktrak report
Khamis - 22/10:submit assignment II buss stat

Tengokla blog betapa byknya kerja aku blog. Aku pun dah rasa sakit-sakit badan dek risaukan kerja yg banyak ni. Sampai aku nak enjoy open house sana sini pun shushah!

So, blog kau bare je la dengan aku yang bz ni.Aku hanya boleh update beria-ia dan enjoy bersungguh lepas aku bersungguh-sungguh siapkan kerja aku dan jawab final exam aku dengan bagus. Exam bulan depan,macam tak percaya aku dah nak habis semester ni.

Ok,tu aje nak type,nanti cerita lagi.

Sep 28, 2009

Post Raya 2009

Alhamdulillah,dah selamat seminggu lebih berhari raya. Penat belum habis lagi travelling sana sini. Bermula dgn Penang, then ke kampung dear hubby di Kedah, then ke kampung FIL di Perlis dan patah balik ke Penang dan berakhir di Seb Jaya. Phew!hampir habis seluruh utara kami lawati.

Hari ni dah masuk opis semula. No more lepak-lepak, kerja dah menunggu!

Ok, ni ada gambar edisi raya kami utk thn ni.
Family photo dipagi 1 Syawal 1430H
The 4 of us,anak-anak tgh sibuk makan tempeyek masa ni,boleh? tak pedulilah org nak snap gambar ke ape ke,pening maknya,haih ni jela yg termampu nok!
Budak kecik ni tak peduli panas terik tgh rembang ke,kalau dah syiok,sengih aje!

Oh! I like this one very much, Haziq with his cousins. Susunan sgt cantik okeh! :-)

..::Ceriteraku::.. Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon Template