Mar 9, 2010

Di antara hela nafas....

Blog ni sepi sekian lama,minggu lepas menyaksikan kemuncak kesepian blog ni.... sebelum ni,walau tak ada sebaris ayat pun... aku masih menjengah tapi minggu lepas betul-betul sepi.... semua yang menjadi rutin berubah....
Tengok tajuk pun saspens kan?bermula dengan demam selsema 2 hari pertama bln ni, diikuti berita mengejut kepulangan bapa mertua ke rahmatullah, kami sekeluarga merantau sana sini.... lepas dpt berita kematian, terus bergegas ke Perlis,kampung arwah abah. OTW sms sana sini to spread the news, informed parents schoolmates anak(yang selalu tumpangkan Haziq dr sek pagi ke tempat mengaji), babysitter,bos,officemates,etc.....

Arwah abah dgn anak sulung & his fifth(dear hubby) masa raya 2008.

Alhamdulillah,semua urusan jenazah berjalan lancar,dear hubby dpt tunaikan tanggungjawab sebagai anak buat kali terakhir utk abahnya.... yang tinggal hanya nama.... dan terputuslah semua hubungan dunia. Yang ada selepas ini adalah hadiah dari sang anak dlm bentuk doa'. Amiin... semoga rohnya ditempatkan bersama org-org yang beriman....

Sesungguhnya, kematian adalah pasti bagi semua yang bernyawa dan menjadi peringatan yang baik kepada kita yang masih hidup. Semoga kita mendapat iktibar dan membykkan amalan baik kita,InsyaAllah.
Usai urusan pengkebumian, kami berkumpul ptg itu, berbincang bersama untuk uruskan pusaka arwah abah. Selama ni hanya dengar cerita saja, bila sendiri mengalami barulah tau susah senangnya. Nampak macam kalut nak discuss bab harta kan? Tapi sebenarnya tu lah masa terbaik memandangkan semua anak arwah abah berkumpul. Kakak sulung dr Johor ada, yang Sabah pun balik walaupun tak sempat tgk jenazah. See, mmg elok sangat lah nak discuss. Walaupun tak dpt selesaikan semua, part of it dah berjaya diurus,alhamdulillah. Betapa criticalnya urusan pusaka ni, even 10 sen pun tak boleh dibuat mudah, kalau ada 6 anak, kena bahagi 6 lah.ikutlah faraid ke, bahagi sama byk ke...tak sanggup nak menanggung beban termakan hasil pusaka,mintak simpang.
To add to the long story, last week jugaklah mid term test utk 1 lagi paper,the other 2 dah selesai sebelum tu. Konon masa mc nak take opportunity study, tp dah demam tido aje sepanjang hari.Luckily, dpt cover 1 chapter second day mc tu. Balik penang on friday sebab malam tu ada test,hentam sajalah labu. Petang sebelum exam tu, browse gitu-gitu aja buku.

Haziq dgn Batrisyia biasalah, at their age mana lah faham sgt apa yang jadi. Cuma asyik tanya saja,tok abah pi mana mama? tok abah mati? tok abah mati pasal sakit jantung ke mama? tok abah duduk rumah baru ke mama?tok abah lena ka mama? adoi.... penat menjawab dibuatnya.... hai anak, macam tu lah kita semua nak... one day ke situlah kita....
Masa dpt berita tu, diantara maghrib dan isyak hari selasa, Haziq tgh siapkan homework dan practice spelling. Disebabkan ada hal, dia ponteng straight 3 hari and he missed his spelling test.sayang jugak, kalau tak, dah bole collect another star. tak apa lah dah ada hal nak buat macam mana kan.
Hari jumaat tu memandangkan balik sebelum solat jumaat, sempat singgah sekolah dia ambil homework drpd cikgu dia. Mak aiii, bertimbun.letih anak dgn mak bapak sekali,heheh. Moral, jangan ponteng tanpa sebab kukuh. :)
Comes monday this week which is yesterday, kena eja 12 perkataan, macam nak pengsan mak!semua bulan Masihi, drpd Januari sampai Disember. Mak dia dah pasrah dah, dgn tak sempat nak ajar, dengan letih tak habis lagi....tapi pak lang dia kebetulan singgah rumah on the way balik ke rumah mak hari ahad malam tu tolong ajarkan. Thank you pak lang!
And guess what? Haziq dpt star yesterday. dah la tu, bukan 1 tapi 2 nok!yes!yes!alhamdulillah. Teacher dia buat revision and test him on the 6 english words (triangle, rectangle, square, circle, oval & cone) yang dia missed last wed. Mak dia mmg surprise lah,"mama, haziq dpt star 12!" dia mmg bagitau macam tu, dia kira total setiap kali bagitau.Congratulations sayang,luv u!
Itula yang berlaku lebih kurang last week,oh! lupa nak bagitau, last Thursday (4/3/2010) was Batrisyia 3rd birthday.Happy Birthday sayang! Mama dah hampir terlupa nak tulis kat sini... tak de celeb besar-besaran memandangkan tok abah baru meninggal but we had a small feast among our family,beli kek sebiji,budak-budak ni makan dgn cousins diaorg especially anak kakak dr johor. Kita hold sekejap ye sayang,nanti kita buat simple one. Tapi hadiah byk jugak dpt, tok bagi basikal, pak lang dan pak ngah bagi RM, mak ngah bagi baju... erm sakan dah tu :)
Birthday girl on her big day,senyum sampai telinga. Dibelakang: Cik Na,pak long dan abg syamil.(gambar kurang memuaskan drpd E71)

Tu je entry panjang lebar kali ni,yang mana baik kita ambil buat iktibar. Semoga ada manfaat,amiin.

2 comments:

farahnazim said...

Salam Takziah dr aku & suami...
& Happy Belated Bday to budak cute..Batrisyia..semoga menjadi anak yg solehah,membanggakan mama&abah dunia&akhirat

Manggapintu said...

Zeb,
Tqvm my fren. Hidup mesti diteruskan,kan?
Wei,anak2 aku suka cheese tart hang.Nak order lagilah.Nanti nak buat makan2 skit belated b'day Batrisyia,hehe.Aku call hang nanti!

pregnancy

..::Ceriteraku::.. Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon Template