Mar 30, 2010

Aku terima nikahnya...

Alhamdulillah... yang wajib sudah terlaksana... remember this post? Kini, tibalah masanya memperkenalkan adik ipar baruku,ehem :-)
Seperti dijanjikan dlm post terdahulu, setelah sah maka bolehlah broadcast ke seluruh dunia,hoho :P
Syukur jugak tempoh pertunangan spt dijanjikan singkat untuk elak masalah-masalah tak sepatutnya ie rindu,berjauhan,etc etc, :P .Diaorg bertunang 4 bulan sahaja,alhamdulillah :)
Dengan tersiarnya entry ini juga, saya mewakili keluarga saya ingin menjemput semua sahabat handai, rakan taulan ke majlis raja sehari (bertandang) di Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas pada 11 April 2010(next sunday). Jemput datang sekiranya ada kelapangan. (elok-elok seminggu sebelum final exam date diaorg kawin nih,sempat lah mak glamer dulu nok,haha :P)
Ok, jom kita layan gambar skit....
tara... presenting.... mak sedara baru Haziq & Batrisyia :-)

Ehem ehem,dah sah nok!bole pegang tangan nok!(tiru cara photographer profesional amik gambau nok!)

Hantaran 2 sajork sebab the grand one minggu depan kita antau, kita buat yg wajib dulu ok!


Kami sekeluarga on that day, wajib tempek sini ok :P


Last but not least, jemputan dan map,sila datang ye semua... :)




Mar 22, 2010

Harga yang perlu dibayar...

utk sekeping MBA cert ialah.....

ya,saya kena pakai mata bantuan sekarang... mata dah tak sharp macam dulu... rasa-rasa macam sharp lagi tapi sebenarnya saya force utk nampak apa-apa yang saya nak lihat.... sampailah last week sakit kepala almost 1 week. jumpa doktor, dia advise pegi check mata dan advise supaya reduce kan caffeine intake, to be exact, nescafe dan kopi. fine, saya tak minum kopi/nescafe 2 hari ok (lama tu), tapi sakit tak hilang jugak. kebetulan ke shopping complex malam ahad hari tu, masuk kedai spec, check kejap dan confirmed, "kak kena pakai spec la, dah ada power ni... selalu guna komputer ye?" "ye dik,mmg sentiasa guna...".... "12 jam sehari?" "lebih kurang la... kat office whole day,balik sambung kat rumah""erm,kalau macam tu elok pakai la kak"

That's it! pakai pun pakai la... dah tak tertahan sakit kepala... patut la tak kurang2 sakit ni... mata ni dah mogok asyik kena paksa kerja overtime... lately byk assignment kena buat,baca jurnal, focus... ni la bahananya,huhu


Dalam sengkek2 gaji belum masuk ni, terbang la RM268 utk spec baru ku... gambar kat atas tu spec lama beli dulu2 utk cover mata masa ngadap pc, pakai le kejap sebelum dpt spec baru... esok insyaAllah siap... dan ini le rupaku bila pakai spec, kawan2 kata macam pengetua sekolah menengah ahahah... tak kisah la labu.... janji kerja siap

kena jugak dpt MBA nih, geram dah ni.... sampai ter rabun skit sebab berjaga study dan buat assignments, baru berbaloi ok! huh!



Mar 13, 2010

Halimah Jongang

bole pulak dlm bz bz nih pegi you tube cari lagu nih!ahahah,mmg hampes!sebenarnya nak release tension buat assignment bertimbun nih. elok aje semalam school hantar schedule final xm,tensen tak? mmg tensen la... baru je abis mid term dah sebut final... dah le tu bulan depan lak tu... dah tak jauh dah nok... risau mmg risau tapi boleh blogging lagi,heheh.

korang suka tak lagu ni? sempoi je kan? sesuai unt santai2... tak de heavy mesej... simple lyrics... i like,bila dengar rasa nak gelak... so people... enjoy!

Halimah Jongang - Eddie Hamid

Berulang kali
Telah ku katakan
Diriku ini
Di waktu ini
Telah dimiliki

Tak usah lagi kau dekati
Tak mungkin aku jatuh cinta padamu
Usahlah engkau memaksa diri
Memuja diriku
Ku takut nanti
Kau gigit jari menangis sendiri
Janganlah engkau berangan-angan
Jadi buah hatiku
Walau dalam mimpi pun ku tidak sudi

Jangan jangan jangan ku digoda
Tengok bayangmu pun ku tak selera
Pergi pergilah cari yang lain
Jadi kekasihmu
Jangan jangan jangan ku dipaksa
Tengok mukamu pun aku tak suka
Jangan jangan jangan kau jadi perigi
Yang mencari timba

Halimah jongang
Halimah jongang
Halimah jongang
Halimah jongang
Ha... ha... Halimah jongang

Jongang jongang jongang
Kau halimah jongang
Jongang jongang jongang
Halimah gigi jongang

p/s: sian halimah kena rejek, tapi last2 halimah jadi cantik you!

Mar 9, 2010

Di antara hela nafas....

Blog ni sepi sekian lama,minggu lepas menyaksikan kemuncak kesepian blog ni.... sebelum ni,walau tak ada sebaris ayat pun... aku masih menjengah tapi minggu lepas betul-betul sepi.... semua yang menjadi rutin berubah....
Tengok tajuk pun saspens kan?bermula dengan demam selsema 2 hari pertama bln ni, diikuti berita mengejut kepulangan bapa mertua ke rahmatullah, kami sekeluarga merantau sana sini.... lepas dpt berita kematian, terus bergegas ke Perlis,kampung arwah abah. OTW sms sana sini to spread the news, informed parents schoolmates anak(yang selalu tumpangkan Haziq dr sek pagi ke tempat mengaji), babysitter,bos,officemates,etc.....

Arwah abah dgn anak sulung & his fifth(dear hubby) masa raya 2008.

Alhamdulillah,semua urusan jenazah berjalan lancar,dear hubby dpt tunaikan tanggungjawab sebagai anak buat kali terakhir utk abahnya.... yang tinggal hanya nama.... dan terputuslah semua hubungan dunia. Yang ada selepas ini adalah hadiah dari sang anak dlm bentuk doa'. Amiin... semoga rohnya ditempatkan bersama org-org yang beriman....

Sesungguhnya, kematian adalah pasti bagi semua yang bernyawa dan menjadi peringatan yang baik kepada kita yang masih hidup. Semoga kita mendapat iktibar dan membykkan amalan baik kita,InsyaAllah.
Usai urusan pengkebumian, kami berkumpul ptg itu, berbincang bersama untuk uruskan pusaka arwah abah. Selama ni hanya dengar cerita saja, bila sendiri mengalami barulah tau susah senangnya. Nampak macam kalut nak discuss bab harta kan? Tapi sebenarnya tu lah masa terbaik memandangkan semua anak arwah abah berkumpul. Kakak sulung dr Johor ada, yang Sabah pun balik walaupun tak sempat tgk jenazah. See, mmg elok sangat lah nak discuss. Walaupun tak dpt selesaikan semua, part of it dah berjaya diurus,alhamdulillah. Betapa criticalnya urusan pusaka ni, even 10 sen pun tak boleh dibuat mudah, kalau ada 6 anak, kena bahagi 6 lah.ikutlah faraid ke, bahagi sama byk ke...tak sanggup nak menanggung beban termakan hasil pusaka,mintak simpang.
To add to the long story, last week jugaklah mid term test utk 1 lagi paper,the other 2 dah selesai sebelum tu. Konon masa mc nak take opportunity study, tp dah demam tido aje sepanjang hari.Luckily, dpt cover 1 chapter second day mc tu. Balik penang on friday sebab malam tu ada test,hentam sajalah labu. Petang sebelum exam tu, browse gitu-gitu aja buku.

Haziq dgn Batrisyia biasalah, at their age mana lah faham sgt apa yang jadi. Cuma asyik tanya saja,tok abah pi mana mama? tok abah mati? tok abah mati pasal sakit jantung ke mama? tok abah duduk rumah baru ke mama?tok abah lena ka mama? adoi.... penat menjawab dibuatnya.... hai anak, macam tu lah kita semua nak... one day ke situlah kita....
Masa dpt berita tu, diantara maghrib dan isyak hari selasa, Haziq tgh siapkan homework dan practice spelling. Disebabkan ada hal, dia ponteng straight 3 hari and he missed his spelling test.sayang jugak, kalau tak, dah bole collect another star. tak apa lah dah ada hal nak buat macam mana kan.
Hari jumaat tu memandangkan balik sebelum solat jumaat, sempat singgah sekolah dia ambil homework drpd cikgu dia. Mak aiii, bertimbun.letih anak dgn mak bapak sekali,heheh. Moral, jangan ponteng tanpa sebab kukuh. :)
Comes monday this week which is yesterday, kena eja 12 perkataan, macam nak pengsan mak!semua bulan Masihi, drpd Januari sampai Disember. Mak dia dah pasrah dah, dgn tak sempat nak ajar, dengan letih tak habis lagi....tapi pak lang dia kebetulan singgah rumah on the way balik ke rumah mak hari ahad malam tu tolong ajarkan. Thank you pak lang!
And guess what? Haziq dpt star yesterday. dah la tu, bukan 1 tapi 2 nok!yes!yes!alhamdulillah. Teacher dia buat revision and test him on the 6 english words (triangle, rectangle, square, circle, oval & cone) yang dia missed last wed. Mak dia mmg surprise lah,"mama, haziq dpt star 12!" dia mmg bagitau macam tu, dia kira total setiap kali bagitau.Congratulations sayang,luv u!
Itula yang berlaku lebih kurang last week,oh! lupa nak bagitau, last Thursday (4/3/2010) was Batrisyia 3rd birthday.Happy Birthday sayang! Mama dah hampir terlupa nak tulis kat sini... tak de celeb besar-besaran memandangkan tok abah baru meninggal but we had a small feast among our family,beli kek sebiji,budak-budak ni makan dgn cousins diaorg especially anak kakak dr johor. Kita hold sekejap ye sayang,nanti kita buat simple one. Tapi hadiah byk jugak dpt, tok bagi basikal, pak lang dan pak ngah bagi RM, mak ngah bagi baju... erm sakan dah tu :)
Birthday girl on her big day,senyum sampai telinga. Dibelakang: Cik Na,pak long dan abg syamil.(gambar kurang memuaskan drpd E71)

Tu je entry panjang lebar kali ni,yang mana baik kita ambil buat iktibar. Semoga ada manfaat,amiin.
pregnancy

..::Ceriteraku::.. Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon Template