Jul 15, 2010

Argh Sejuk Giler....

kat office ni,bleh tak diaorg ni set tempeture 17'c aircond dlm office nih?adui, kulit hapa diaorg ni aa?tenggiling?tak rasa sejuk ke? aku dah mcam nak beku ni,gegegegege... jadi tak produktif ok,pakai jaket,pakai kot berlapis-lapis pun tak jadi hapa.... aduh,tensen!

*image: mr google lah!*

jgn lepas nih seme org kat opis nih ken*u* jadik mcm nih sudah,hahaha.lepas ni nak pi beli set baju cam igloo man ni lah.mesti glam dok dlm opis nih,hahah.

dah la merapu, otak kurang produktif ok sebab sejuk sgt,haruslah merepek kejap!

Jul 14, 2010

Rezeki...

datang dlm berbagai bentuk, yang bole dilihat dipegang malah ada yang tidak boleh dilihat dipegang tapi bole dirasai kewujudannya.

hari ni saya nak jadi ustazah sikit,heheh....
lately saya byk comes across situation yang buat saya terfikir tentang ciptaan tuhan yang maha kaya.

normally sebagai manusia biasa yang lemah dari segala segi, saya selalu membandingkan diri saya dengan orang yang lebih baik pencapaiannya which is necessary untuk sesetengah hal dan tidak perlu dlm hal yang lain pulak.

contohnya, dlm bidang pelajaran,mestilah kita bandingkan dengan kawan kita yang lebih baik kan?takkan nak compare dengan mereka yang kurang,ye tak? dan ini mmg taktik yang berhasil untuk diri sayalah,saya jadi jeles,saya akan cuba buat sehabis baik,setidak-tidaknya at par lah dengan kawan yang saya compare tu. *pat on my back,hehehe*

semester lepas baru ni, mr lecturer assigned each students with specific topic to be lectured,saya ulang, to be lectured ye kawan-kawan. mau berpeluh berpinau jadinya,heheh.yelah, selalu jadi audience mendengar saja,sekali kena bagi lecture dlm kelas daaa...tapi disebabkan saya dah tgk mcm mana kawan-kawan yang lain present, saya semat dlm hati nak buat yang terbaeekkk,and i work hard for it, i put my extra effort and alhamdulillah it turn out marbeles!*ayat syiok sendiri*kasi can lah,ni kan blog saya,hoho*

ok,tu contoh cemburu membawa kebaikan. berbalik pada topik rezeki ni, manusia biasanya membanding kan harta benda duniawi sebagai perbandingan,berapa besar gaji si polan si polan, berapa besar kereta si polan si polan and so on so forth.... byk lah kalau nak senarai kat sini. sedar atau tidak, harta benda kesenangan dunia juga satu ujian drpd Allah utk hambaNya which selalunya menjadi punca tertewasnya sang hamba dengan segala kesenangan dunia.yelah kan dah senang lenang, balik rumah semua tersedia, bibik dah siapkan, di office ada staff yang buatkan semua, cuma arah saja, kan ke senang tu, bole la buat hal sendiri, shopping ke, online shopping ke, browse sana sini ke,ah heaven! ni contoh je.... dan semakin lalailah dlm keindahan dunia yang sementara.....

alangkah baiknya jika gaji yang besar, kereta yang besar diguna ke jln Allah. gaji di infakkan kepada mereka yang memerlukan, kereta di bawa ke majlis-majlis ilmu.tentu berlipat ganda pahala dan rezeki bertambah murah kan,amiin.... :-)

nikmat yang tak boleh dilihat dipegang, ketenangan hati... jiwa yang tenteram,subhanallah.... indah hidup yang sementara,hati sentiasa mengingati mati supaya kita tak leka dgn keindahan dunia *ya Allah, golongkan lah aku dlm golongan yang sentiasa mengingati mati,tsk takutnya, amalan masih ciput*

contoh mudah rezeki yang lain ialah pekerjaan yang tetap, keluarga yang sempurna,anak-anak yang sihat,ah syukur alhamdulillah...Allah beri yang paling baik untuk kita pada masa dan ketika kita melalui sesuatu perkara,cuma mungkin kita belum nampak kenapa sesuatu perkara jadi begitu pada masa itu,wallahhualam.... semoga kita menjadi manusia yang lebih bersyukur,amiin.

sekian :-) peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang membaca entry ini.

Jul 8, 2010

Game Over!

for Germany and for me too!*tsk tsk*
i'm having a tough morning today to face the world that germany has lost to spain,cewah!
macam aku ni klose atau podolski je gaya sedihnya,hehe.

tapi.... saya mmg bebetul sedih ni.refer entry sebelum ni betapa konfidennya germany akan ke final and finally hug the world cup,sob sob.got to wait another 4 yrs in brasil!lama tuh!

to add to the sorrow, i will not have the chance to watch muller playing for germany again.haih,nasib tak baik betullah.agaknya, paul the octopus tu mmg betul-betul psikik ek,dia ramal betullah pulak!kebetulan yang memang kejadian*tsk* aku goreng ko paul baru ko tau!
hei paul the sotong, naper ko tak ramal germany menang wei? sia-sia aku bangun pagi tadi tgk match tu,sangat tak puas hati ok!

sayang lah pulak jersey germany dua beranak tu,kalau nak pakai kena tunggu WC fever ni off dulu lah kot, nak pakai sehari dua ni tak sesuai wei! *tsk*semalam beria la hero kecik saya menggayakan t-shirt germany dan cap germany abahnya sebagai tanda sokongan tak berbelah bahagi kepada germany :P tgk je lah gambar ni.
dear,our germany dah kalah la,tapi anak mama tetap hensem with the jersey and the cap!my boy is wearing number 3 which is belongs to Friedrich anyway.

whatever lah!tak yah la sedih sangat kan,tadak rezeki,buatlah macam mana pun mmg tak jadi. rasanya final nanti akan memihak spain kot.rasanyalah.cuba tanya paul the sotong,maybe dia leh bagi jawapan,ceh!

saya so-so je spain ni, earlier sebab diaorg dah beat portugal kan.kan dah kata, saya tgk pemain,bukan tgk bola,hahaha!bukanlah tak ada yang hensem, ada,xavi?villa?alonso?torres?.... cuma not to my liking!ekekek, yo-yo orr aje.muka ala-ala pakai skII gitu, tulus mulus,kurang macho lah pada mata saya :P
*pst intan,aku kuciwa germany kalah, aku cerita sekali harung dlm ni je lah bab lelaki hensem tuh!kalau tadi pagi germany menang kan,mmg aku dah set nak buat entry baik punya bab hensem tu,tapi melihat kekuciwaan muller,habih hilang mood aku,hehe,bole gitu?*

lawan diaorg si oren tu pulak, byk van van lah pulak,mmg holland suka nama van van ekkk! tak berapa jugak sebab diaorg beat brazil kan,sian la pulak kat brazil.*peminat wanita mmg emosi ok*

overall,rasanya spain lah kot paling layak to be crowned as the winner,we'll see lah nanti.

on the other note, my dear hubby beli 2 buah buku or kitab i would say yang sangat bagus early this week.dah lama dia cari especially the one written by ust ismail kamus as our family guideline kalau nak check it out apa-apa yang mustahil. bagus sebab kitab tu cover almost everything in our daily life,drpd beranak sampai mati, bersuci,ibadah,sunat wajib semua ada.highly recommended. yang satu lagi a complete version of riwayat hidup rasullullah SAW,tebalnya mak ai,taktau lah bila leh habis baca. gambar kitab-kitab kat bawah ni, dipegang oleh model kecil kami yang dah bole baca sikit-sikit :-)

Jul 4, 2010

World Cup & diriku

mmg tak bleh dinafikan lagi,mula follow sejak edisi thn 1994 lagi,time tu dah paham la selok belok semua ni,sebelum tu tak reti lagi.... thn 1994 tu bersungguh sokong itali sbb ada roberto baggio tapi bole dia amik penalti terlepas palang!dush!kuciwaaa,huwaaaa.....

thn 98 kat melaka tgh buat degree tak berapa follow sebab tak de tv, dgr jiran bebudak lelaki setaman menjerit je bila gol!hampeh!ikut gitu2 je,france juara masa tu.

thn 2002, dah kerja. masa tu kat kl. kebetulan korea/jepun tuan rumah so bole la tgk,time lebih kurang kita... menarik gak aaaa... sampai ada housemate yg pi dating tgk world cup kat screen besar di bangsar masa tuh,hehehe,tgh asyik masyuk bercinta la katakan,muahahaa.brazil juara kalahkan germany walaupun kesian gila kat ballack,hahaha.*tgk bola ke tgk pemain?muehehe*

thn 2006 pun so-so saja sebab team best kalah awal,ending penalties mmg hampeh!dapat kat itali masa tu.lagi sekali wa kesian sama itu ballack sebab last WC for him kan,sob sob.

TAPI TAPI......
cari gambar full team this year tarak, yag ni pun bole lah! *credit to google*
thn 2010 ni,dengan rasminya aku menyokong penuh germany!cuba tgk team lain,ada yg main bagus macam germany???? tadak,yillek!padanlah dgn brazil kena lenyek dgn belanda,adui,kalah kat belanda?!?!WTF???at least kalah la kat semi ke, final ke, ni quarter dah kena antar balik?apa kes? that's it!habis hilang seri WC,mmg tak berapa bekenan pun team brazil kali ni,tak de la best sgt....

next, argentina,sangat kesian kat messi.apalah nasib ko messi, sebiji pun tak bleh gol.... tapi masa group match dgn round of 16 mmg best la ARG main.... higuain pun kena tima kasih kat messi la, byk bola muntah messi yg dia dpt gol tuh.

TAPIIII.....

kalah kat Germany?they deserve that kekalahan ok.... dan germany deserve that kemenangan,rite?main macam ta*k,ada hati nak pegang WC,forget it!Argentina lagi teruk dr england ok, england ada gak sebiji masa round of 16(4-1), depa sebiji pun tarak.kesian... kesian... nasib la labu.... hahaha... don't cry for me Argentina!!!!!!!

hopefully kali ni Germany juara la.... antara sebab aku sokong sgt ialah, haziq dgn abah dia dah beli jersi germany mahal, jadi kena la germany menang,kalau idak rugi la beli jersi mahal,muahaha.bole reason mcm tu?lagipun mmg team diaorg bagus la,tak selfish tak macam team lain,beria nak gelecek sendiri,kedekut tanak pass kat member yg free,last2 padan muka,kalah!betullah kata wonderpets,"apa yang penting!kerjasama!"

lagi satu kan, budak muller tu hensem lah!hahaha. nak sokong cristiano ronaldo,dah out! eh tapi kan, haziq kenal ronaldo... menurun genetik mak dia, yang hensem aje kenal,hahaha,dia igt gol ronaldo masa kalahkan korea utara tu,cayalah anak mama :P

dah la cerita bab hensem,nanti kena tukar tajuk plak, lelaki hensem dlm world cup dan diriku,hahaha!

..::Ceriteraku::.. Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon Template