Jan 29, 2010

Happy birthday Mak & Happy anniversary! dan cerita sekitar Januari 2010.

Tengok tajuk kat atas tu? tu maknanya dah nak habis bulan Januari sebab birthday mak hari ni 29th Jan dan kebetulan anniversary mak dgn abah pun hari ni,pandai diaorg pilih tarikh.save bajet celebration!hehehe

Doa kami utk mak/tok/abah/wan:

Gambar hiasan: pagi Aidiladha baru-baru ni...
Wan macam King of Saudi daa.... hehe


Semoga Allah limpahkan kurnia dan rahmat dalam rahimNya kepada mak dan abah.

Semoga Allah berikan kesihatan yang baik untuk mak dan abah dan moga Allah makbulkan doa-doa mak dan abah,amiin.


Happy 58th Birthday & Happy 31st anniversary!


Seperti biasa, sibuk menjadi alasan blog ni tiada update tapi sesungguhnya mmg bz sangat tahun ni. Jadual kami anak beranak pack sejak Haziq ke sekolah baru. Mama dengan abah pun jadi student balik sebab nak sama-sama beriring dengan Haziq untuk pastikan dia ok dan seronok dengan sekolah baru nya. Alhamdulillah,setakat ini kami berpuas hati.Seperti entry sebelum ini, cerita star yang kecoh maknya dibuatnya... Haziq terus maju, dia dah berjaya collect 4 stars since last week. 2 stars each week. 1 star each for ejaan dan spelling.


This week words are: sawi,timun, terung, lobak merah, kubis & bendi. English: cupboard, computer,chalk,clock,broom, duster,desk & window.


English words minggu ni saya tak harap sangat sebab dia macam tak confident. Abahnya pun ckp"Haziq mcm gayat aja"hehehe, so we thought kalau dia tak dpt star pun tak pe tapi Haziq dpt,unbelievable!hebat la anak mama... selalu saya puji-puji dia,bukan main seronok lagi kawan tu,sengih aje,heheh. Masa on the way ke kelas hari rabu tu, kami calling lepas abah dia pick up to congratulate him sebab berjaya dpt star... dia dgn happy nya jawab, "Kan mama kata Haziq hebat, Haziq mesti dpt star... sebab tu Haziq dapat!" tengok tu, betapa berkesan nya ibubapa kepada anak-anak! dia tak sebut benda tu senang ke susah tapi kata-kata mamanya jadi azimat, Saya hampir menangis kawan-kawan... bahagia.. :-)



Lagi gambar hiasan, dua org budak nakal :-P yang melengkapkan hidup kami :-)

Rasa berbaloi-baloi usaha pindahkan sekolah dan bangun awal setiap pagi utk siapkan bekal. So far berjaya dengan air tangan sendiri,belum lagi pegi kedai bawa tupperware kosong isi nasi lemak beli... chaiyok!tahniah kepada diri sendiri!

Ok babe, kena stop sini..... ni kot last entry utk Jan 2010.... pencapaian blogger yang sangat tidak bagus. takpe, makcik tak kisah... yang ni not in my list of KPI,tak penting..... byk lagi yang nak dicapai... yang ni sekadar nota ringkas kalau-kalau ke depan nanti nak refer sini.... :-P

0 comments:

pregnancy

..::Ceriteraku::.. Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon Template