Aug 24, 2009

-mid term xm corporate finance esok!
subject yg susah bagi aku,korang macam mana tak taulah.tapi bagi aku ya ampun susahnya!
-in 2 weeks time kena antar conceptual paper untuk research method.fuh!tak sempat buat satu habuk pun lagi.ada 4-5 artikel dah simpan,belum sempat baca.
-in 2.5 weeks time ada another mid term test!advanced stat!
kena hantar asisgnment on the very same day.banyak ok! siap kena hand written plak tu.so far dah siap 60 percent.betul-betullah Dr. J ni nak suruh aku sambil-sambil belajar masa menulis tu!
ya Allah,mudahkanlah!

Aug 21, 2009

Bila anak dah pandai report

huh!bahaya.... danial haziq dah pandai me'report' kat abah dia kalau mama mengata abah dia. baru-baru ni adalah mama cakap something pasal abah dia kat tok. amboi, bila abah dia balik aje...
cepat aje bagitau... "abah... tadi kan mama kata bla bla bla...."
adoi,parah.... habis mama kena lecture dgn abah... "u cakap apa kat mak?"
"tak cakap apa pun"
"dah tu... ni haziq bagitau ni...?"
"ala... biasala bang.... don't worry, mak sayang u, I cakap macam mana pun dia still masuk sebelah u :-p"

bole gitu? nasib baik boleh cover line... mujur mak tak tercakap benda-benda yang tak sepatutnya,kalau tidak haruslah aku melutut kat laki aku mintak ampun... heheh

so, moral of the story utk kawan-kawan kat luar sana yg ada anak hampir 5 thn,5 thn dan ke atas,be careful of what you said hah! don't be caught red handed by dear hubby,hahah!

Aug 19, 2009

Mid semester break

minggu ni rileks skit sebab tak de kelas. mid semester break. tapi kena prepare utk mid term test next week. masih huha huha. tak sempat nak study lagi. last 2 days,bosses from kl came down to penang. operation meeting kat penang lah pulak.

i have few more days b4 test next week.sempat ke nak prepare nih? harap-harap sempatlah. insyaAllah berkat exam masa ramadhan boleh la kot ye.

ok people,just wanna jot something here. too quiet,takut sepi terus.warm up skit.

anyway, wanna take this chance to wish everyone 'selamat berpuasa'. semoga mendapat keberkatan maksima ramadhan kali ini,amiin.

Aug 6, 2009

Birthday Photos

Gambar-gambar seputar birthday ke 5 our Danial Haziq!
30.07.09: Gambar ni dgn kek yg bakal dibawa ke tadika sempena celebration dgn kawan-kawan.
31.07.09:Birthday boys and girls dgn kek masing-masing. Dgr cerita kek sampai 18 biji hari tu.ha!ambik kau!punyalah banyak.sampai boleh take away :)

Haaa...kan dah kata.Banyak sungguh!Pesta makan kek la budak-budak ni hari tu.

Dgn hadiah yg dibeli paklang & tok.Masa ni mama baru balik dr kelas. Hilang penat tgk muka anak2 happy macam ni :)

The real kek ben 10.Yg ni baru cantik kan?Maunya tak,SR cake ler,hehe!

05.08.09:Birthday boy dgn adik yg sama-sama happy on his birthday!

Family photo sebelum potong kek!


Last but not least,gambar 2 org budak nakal yang happy banget! :D

Aug 5, 2009

Danial Haziq is 5 today!

Hari ni genap usia Danial Haziq 5 thn. cepatnya masa berlalu,rasa macam baru tadi je bertarung sakit melahirkan Haziq.5 tahun lalu waktu ni Haziq dah selamat tiba. sehari sebelum tarikh keramat ni, mama seperti biasa pi visit Dr R,O&G di Hosp Pantai. masa tu Dr kata baby dah ready ni, selaput depan pintu keluar pun dah lembut,anytime ni. kalau sakit atau turun tanda terus datang ye,pesan dr. ok! mama happy sebab waktu utk mama bergelar mama dah semakin hampir. oh ya! petang tu lepas check up mama sempat lagi ronda2 dgn abah kat shopping complex rembat sehelai dua baju baby utk anak mama yg bakal lahir.

malam tu lepas selesai solat makan segala,masa utk tidur. mama komplen kat abah sakit belakang.tgh abah urut2 tu, tetiba mama rasa macam terkencing yg tak boleh nak tahan2 dah.bedebush!mencurah2,water bag dah pecah rupanya. mama punya lah terkejut,sambil jerit"bang,ayaq apa ni,panggil mak cepat bang"bila tok tgk air ketuban yg melimpah ruah tu,tok senyum, "haa... nak beranak dah la tu"sambil tok senyum happy. anyway,mama masa ni happy campur takut,cuak pun ada. :)

lepas dah salin baju yg terkena air ketuban tu, kami pun bersiap ke hospital yg jarak tak sampai 10 minit dari rumah. bermulalah episod malam yg panjang buat mama. sepanjang malam sakit contraction yang amat sangat sampailah dr sampai esok paginya dan check bukaan,masa tu dah buka 9cm tapi dr dok discuss dgn nurse sambil sebut2 kaput!rupanya walaupun dah buka 9cm,kepala anak mama masih jauh diatas,tak muat lorong lah pendek katanya. maka lepas dr berbincang dgn abah dan tok, mama pun terus dibawa ke OT. anak mama tak mau keluar ikut pintu,mau guna tingkap :)

tepat jam 9.03 pagi, khamis 5 ogos 2004 bersamaan 18 Jamadilakhir 1425H lahirlah anak mama yg dikasihi yang diberi nama Muhammad Danial Haziq bin Shahrulnizad. Alhamdulillah,syukur kepada Allah atas kurniaanNya.

Hari ini mama masih berpeluang meraikan hari lahir ke 5 anak mama. petang nanti kita celebrate sama-sama kat rumah ok.lepas opis nanti mama terus pegi pick up kek ben 10 yg haziq pesan tu ok.

Ok sayang, happy 5th birthday. may Allah bless you!semoga anak mama membesar sihat, berjaya dunia dan akhirat. menjadi anak soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapanya,amiin.

love,
Mama.

Aug 3, 2009

Busy

dah lama tak update. sibuk sangat gayanya. kelas dah sebulan tapi ada subjek yg aku macam tak paham apa2, nak buat macam mana ni? ada yg ok tapi kerja byk,tiap2 minggu assignments, hand written pulak tu,adoi, mana la masa nak buat. aku dah siap sebahagian, ada lagi yg belum buat. jgn mengeluh! sendiri yg cari! elok-elok tak de masalah, pegi cari,rasakan!

anyway, family sihat. itu paling penting. moga kesihatan semua terpelihara. minta jauh dari malapetaka dan bahaya bencana. kami pilih utk kurangkan aktiviti luar sejak virus H1N1 menular. semoga dipelihara Allah!

haziq celebrate birthday dgn kawan2 kat sekolah last week. combine birthday july & ogos sebab ramadhan nanti tak de celebration. gambar dia dgn kawan2 masih dlm digicam,mama belum sempat download.kek dgn edible image mama order aje,tapi hasilnya kurang memuaskan. rasanya i can do better. even my fren commented that! sebab dia pernah tgk hasil kerja saya. so, nanti boleh la aktif mem'baking' ye :D

celebration dengan famili minggu ni. lusa birthday boy 5thn. dah besar anak mama(dah tua mama,huhu)buat simple-simple aje. hadiah pun dah dapat. pak lang hadiahkan bumble bee from toy'r'us utk birthday boy. dah selamat keluar dr kotak pun. dah buat teman tido,letak sebelah kepala kau,sayang betol! tok dan wan hadiahkan jeans dan sehelai t-shirt,tu pun dah ganyang dah,terus belasah. :) apa2lah nak! asalkan bahagia.
pregnancy

..::Ceriteraku::.. Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon Template