Dec 11, 2009

Haziq & Rifa'at

Remember this post?Yesterday, after a week of telling Haziq that he's gonna have new frens, he finally met one of them, Rifa'at :-)

Lepas pick up diaorg drpd rumah babysitter tetiba ter pop-up idea nak bawa diaorg ronda-ronda... lepas tu better idea came in... rather than makan angin without fixed destination, better mama bawak anak-anak mama pegi tgk school baru abang. Adik biasalah, tanpa melengahkan masa dgn happy nya,
"yey!nak ronda-ronda... pi Jusco ka mama?" <--favourite spot dia,menurun genetic mama...huhu :P
"tak....kita ronda-ronda tgk school baru abang,ok!"
Haziq memula tu reluctant... tapi lepas pujuk kata kita just lalu depan school aje, he agreed....
bila dah sampai depan school tu... tanyalah dia, jom kita masuk dlm jumpa Cikgu Sheena nak?
Tak nak... (sambil muka dah sebek(sedih))
Haih... frust jugak memula tuh... tapi mama cuba rasional... rileks lah,baru first time kan... :) nanti ok la tu... utk tidak buat dia sedih... kitaorg pun berlalu pergi cam tu aje....
Since ada masa lagi.... ajak diaorg pegi sekolah petang pulak....
"ok... jom kita pi kelas iqra' pulak nak?"
"tak mau.... jom la kita balik mama...."
"ok...ok... kita lalu kat situ sat ja... ok?nanti Haziq mesti suka... :)"
....... sepi......
3 minit lepas tu sampaila kitaorg depan sekolah tu...
Kebetulan anak member/ Rifa'at ada!
"Haziq!Rifa'at ada la... jom kita berkenalan dgn Rifa'at nak?"
"tak nak... jom la balik mama"
(aiseh... habis hancur program.... :( tak pa cuba dulu...)
-mama kuatkan diri matikan enjin dan keluar dr kereta...Batrisyia biasala... excited... dia yg lebih-lebih... hehe-
luckily Haziq ikut keluar... :)
Rifa'at being friendly terus terpa ke gate,greet Haziq.... wah!bagusla Rifa'at....
"ok boys.... salam-salam.... Rifa'at, ni la Haziq"
"Hai Haziq.... "(bagus tul la Rifa'at ni... mudahkan kerja auntie Liza... :)
-Haziq jawab slow je.... "Hai.... " macam sedih je,huhu :P
Pastu Rifa'at memainkan peranan dgn sungguh baiknya....
"Haziq,jom!... "ajak main le ape lagi.heheh One of the good way to make frens :P
Elok diaorg main-main tak sampai 5 minit,mama Rifa'at pun sampai.... maka bersembanglah mak-mak ni sampai nak dekat maghrib.... bila sampai time nak balik.... dah budak-budak ni seronok main pulak.... tak nak baliklah pulak....
Ha,sudah!Rifa'at siap nak ikut balik lagi.... "jom la mama pegi rumah Haziq...." hehe,jom-jom... :)
"ok-ok... nanti kita pegi.... hari ni tak boleh"
bila masing-masing dah masuk kereta,siap ada sessi jerit-jerit macam hindustan lagi,hoho!
"Haziq!tunggu...."
"Ok,kami tunggu....." hoho... :P
.......
on the way back home, Haziq senyum riang ria and commented"Bestla mama... Haziq nak sekolah dengan Rifa'at"
Sigh..... lega mama.... harap-harap semuanya baik-baik lah :)
On top of that, Haziq kata " Bleh Haziq main game Ben 10 dgn Rifa'at!mesti best!" hoho... bukan suka-suka aja nak oooiii... belajar kena lebih nak.... :)

Dec 4, 2009

Planning for kids early education

Semalam ada borak-borak dgn customer yang dah jadi member sebab selalu jumpa dan buat kerja yg ada kena mengena dengan dia. Memula mmg sembang pasal kerja, pas tu melalut pasal personal matter, kids especially.
So, kalau dah sembang pasal anak ni,mmg lama lah jadinya.... mula tu lebih kepada sharing is caring tapi lepas tu tu lebih kepada motivational talk lah pulak.
Pada saya yang mmg terpikir-pikir solution terbaik untuk Haziq since next year dia 6 thn, discussion semalam mmg lah eye opening session. Menurut cust aka kawan saya tu, anak dia masa 4 yrs pegi sekolah malay based tapi progress slow. Bila anak dia 5 yrs, dia pindahkan ke kindy yg managed by chinese. Alhamdulillah, anak dia improve gila2, exam untuk budak std 1 dia senang-senang aje boleh buat. Half day session aje, petang terus hantar ke kelas iqra' which yang ni pun menurut dia superb!
So, macam mana dengan my dear Haziq? Alhamdulillah, anak saya berada dilandasan yang betul. A-Z dah kenal, numbers boleh count from 1 till 100. Doa-doa harian dah hafal.Surah-surah lazim yang biasa dibaca waktu solat dah hafal. Rukun-rukun dlm solat pun dah bole baca,alhamdulillah. FYI, Haziq sekolah malay based dgn rangkaian paling besar di seberang perai,penang ni. Kalau sebut aje nama sekolah dia tu, parents yg ada anak umur 3-6 years mesti tau punya lah. Cuma, cuma..... saya mengharapkan yang lebih baik untuk anak sulung saya tu. Yelah kan, anak sulung mesti hebat, kan nak jadi contoh teladan adik-adik nanti.
Jadinya, lepas sembang dgn kawan tu, saya conclude yang saya akan buat sedikit perubahan pada jadual harian Haziq (itupun lepas dpt persetujuan abahnya lah). So, without further delay, saya pun discuss dgn dear hubby tentang next step yang akan kami ambil utk Haziq. Luckily hubby agree cuma dia worry bab angkut mengangkut Haziq dari kindy ke kelas iqra' aje. Yang tu akan diclarify betul-betul dgn kawan tu since dia willingly offer nak angkut sekali masa dia angkut anak dia nanti.
Sebelum ni saya terpikir jugak tentang enroll dia di tadika managed by chinese cuma kengkangan paling dahsyat ialah kerisauan saya tentang makan minum anak semasa di kindy. Tapi kawan saya yakinkan saya tentang hal tu. Katanya anak-anak kita tak akan diberi makan oleh cikgu tadika sebab not included, parents kena sediakan food. Moga Allah pelihara anak saya.
Seriously saya takut sangat ni, betul ke tindakan saya ni? Saya masih berdoa mengharap petunjuk Allah, kalau ini yang terbaik untuk kami, permudahkanlah. Petang ni saya akan ke kindy itu ditemani kawan yang bersungguh-sungguh nak tolong. Kira site survey lah ni,tapi sebenarnya kelmarin petang on the way balik rumah dari office saya dah pegi tgk dah,nampak ok, rumah semi-d 4 unit ditukar jadi kindy.
Let me clarify, so far saya berpuas hati dengan tadika yg Haziq dah attend 2 thn. Saya berterima kasih sgt dekat cikgu-cikgu yang didik anak saya tu.Cuma, saya nak berikan yg lebih baik. Jgn salah faham ye,semua yg saya buat ni demi masa depan Haziq.Saya harap by the time dia masuk std 1, semuanya mudah bagi dia. Saya tak mahu dia merangkak-rangkak sedang kawan-kawan lain dah bergerak pantas. Pada saya, kalau dari awal dia ok,insyaAllah dia akan maintain progress macam tu dengan syarat close monitoring from the parents. After all, cuma sethn ni je dia struggle sebelum std 1.
Bila std 1 nanti, semua sama je.Syllabus,ko-ku lebih kurang aje,InsyaAllah tak susah lagi,amiin...
So frens out there, anak korang macam mana?Dah plan ke? :)

Dec 1, 2009

Hari Raya Haji dan cerita sekitarnya

Sighs... walaupun sekarang ni cuti semester, kerja lain pulak yang berlambak.

Di office, kami dilambakkan dengan wang melampau untuk dihabiskan dlm tempoh sebulan sebelum end of the year. Huh!hebatkan? org sibuk berjimat sana sini, kami punya lebihan wang untuk dihora horey!sampai nak bercuti bersenang lenang pun tak boleh,cis!

Makanya, bermula la episod menyiapkan proposal paper untuk macam-macam aktiviti hujung thn kami. Anyway,masih dlm proses,tidaklah semudah yang disangka ye kawan-kawan,kena justify itu dan ini.... herm... enuff about work!

Family matters, last weekend yang hectic, traveling sana sini. Walaupun hanya raya haji, kami boleh dikategorikan beraya sakan. Berarak ke sana sini bagai.Penat mak, nyah! Anak-anak siap bersampin songkok berbaju kurung bagai tau!dapat duit raya lagi :P

Yang paling penting last week was the engagement of my brother! Alhamdulillah.... :) insyaAllah tambah sorang lagi ahli keluarga,heheh.... nanti tambah budak kecik lagi...hoho :P

Majlis simple aje,after all baru nak letak tanda aje,nak cop le kate org kan... tak yah lah grand benau... kos pun idok le tinggi sangat.... nasib baik adik ipar yang sorang itu kreatif tangannya... menjadi la hantaran yang tidak kurang gempaknye :) dpt kredit berlebihan le dari mak mentuanya :P kakak ipar tangan tidak kreatif tapi mulut boleh tahan,hehehe... I can do the coordination, logistic and accomodation.... bole la tu kan.... :P

So people, ni ade gambar-gambar sekitar majlis utk tatapan.Enjoice!
Barang bukti paling penting pada hari kejadian,cincin tunang!

Dayang-dayang dgn hantarans,:P

Hantaran teruna dan dara bergandingan,hoho :P Scene paling syahdu hari tu,kita sorok dulu wajah bakal pengantin,kasi saspen, nanti dah kawin baru tampal sini,barulah sukses!hehe

Nov 18, 2009

Freedom!


I'm jumping like this bebeh!


Finally!!! Semester yang huru hara siap nangis bagai dah habis!!! Oh! Dunia! Tengok lah aku yg dah bebas ni……ngeeeeeheheheh

Model kecil bergaya dgn gugel baru dan water gun nye :-)


Sangat bahagia ok, rasa macam dah lama sangat tak rasa free macam sekarang, sampai rasa macam eh banyak lak masa aku,nak buat apa nih?ahahah (rasa macam mengada-ngada lak kan,dulu kan main tensen :P)

So, how was the exam?erm,bole la… so-so aje. Cuma aku harap ada yang akan buat aku meloncat gembira especially statistic. Lecturer yg best membuatkan aku rasa sayang kat subject tu…. See how lah nanti,bila dah dpt result hujung bulan depan kita announce okeh.

Right after the last paper last Friday, we headed to TM Resort Tjg Bungah untuk enjoy!bersungguh-sungguh nak enjoy ok….check in sabtu, the next day check out… splashing time for the kids! Suka budak-budak tu…. Let the pictures tell the stories lah yek…. Siap dgn water gun bagai… kebetulan pak ngah and the clan pun join, barulah happening.
Model siap menunjukkan cara menggunakan water gun mereka.

Everybody enjoying the pool

Bakal ratu renang negara tgh prektis dgn wan :-)


Other than splashing time, the parents being the young parents on Saturday night pegi merewang ke Bt Ferringhi… mana bole dah sampai that area tak pegi night market Bt Ferringhi yg glamer tuh kan? So, mama yg dah merdeka sebab dah abis exam telah membeli belah dvd dgn meriah nye… hehehe… Cuma spoilt sebab tak prepare the list of movies yg nak beli…. Jadinya beli mana yang ingat aje la…. Tapikan… tapikan… next month nak pegi stay TM Resort lagi,weihiiiii… so,leh pegi beli dvd lagik…. Best best…. And this time,satu list yg panjang akan disediakan utk must watch movies…. And oh! By the way my genre is romantic and romantic comedy (sungguh seronok berangan-angan dan tak yah tensen atau takut macam tgk cerita thriller ke action ke… :D)

Hasil beli-belah malam itu :P

Seriously rasa lega sangat lepas last paper corporate finance hari jumaat lepas. Sungguh tak tipu….. now I appreciate every single moments I have with family especially dear hubby and kids….. last 2 weeks was a nightmare…. Counting days before the exam and to add to the tension, I have to memorize the formula for both papers. Aiyark! dulu masa degree bab hafal menghafal ni kacang la,sekarang ni? Aiyoh! Dah berusia ni… macam selowwww la sikit.huh! tekanan perasaan okeh! Dan hasilnya, masa paper stat hari tu bole aku tersilap formula,nasib baik satu je,yg lain tu harapnya betullah….

Haih!... ok… saya sungguh addicted to this mba thingy kan? Saya mengaku… I’m so into this….. konon tajuk freedom... tapi cerita asyik-asyik pasal study...hoho!

Ok people…. I’m so happy with my life and enjoying every precious moments with family while still can (before another nightmare next semester) and I want to just jot a note here that I have completed half of the mba journey!! thank you Allah…..
Enjoy the pictures peeps! Tada!

Oct 28, 2009

Happy belated birthday!

Disebabkan sibuk sangat kebelakangan ni, tak sempat nak post apa-apa entry di blog ni.Lagipun mmg dah cakap siang-siang ku akan sibuk amat sampai pertengahan november.



Alkisahnya, last monday was my birthday!I'm now officially with my BIG 3!
Macam tak nak percaya,dah tua!



Alahai, anak baru 2, nak tambah pun belum boleh lagi. Mamanya dah tua, lambat-lambat nanti lagi rasa tak larat,ada byk benda nak settle dulu.
(Gambar hiasan: anak-anak dengan gaya tersendiri,adik baru nak belajar dgn abg buat sign peace masa bergambar! :P)

So,kami hanya makan-makan for close famili only.Nothing much sebab on the very same day mama sibuk di office dan kena hantar 2 assignment.Hari tu kelam kabut dgn assignment aje!

On the other hand, rasa bersyukur Allah beri umur panjang, kesihatan yg baik, suami yg penyayang dan understanding, anak-anak yg comel dan bijak, pekerjaan yg baik, peluang sambung pengajian, keluarga yang sentiasa menyokong dlm semua hal dan byk lagi nikmat yang tak tersenarai disini,Alhamdulillah!

Tak lupa kawan-kawan yang sentiasa ada utk share the happiness and the sorrow,dlm semua keadaan, baik di alam nyata mahupun di alam maya!thanks korang!

To those yang wish happy birthday last monday, terima kasih byk atas ingatan! sorry tak sempat reply sms, note kat facebook,etc sebab bz sangat :-)
(bukan main lagi korang ye, bila dah tiga p*l*h ni bukan main ingat ye!)hehehe

Ok people, have to stop now.To be continued. Next week I'll be seating for my final exam and another paper the following week,pray for me pls. This blog will be left unattended again,sorry!

Till then,bye!

Oct 7, 2009

Blog, maafkan aku!

Blog,aku mau minta ampun sama kamu. Aku bz banget masa ini. Setiap kali aku rasa nak update kau,aku mesti tak sempat nak post apa-apa entry. Jadinya, hanya entry gambar raya aje yg ada tertera diblog ini. Harap yang ini berjaya dipublish!

Aku akan terus bz sampai hujung bulan ini. Bulan ni aku sibuk nak siapkan presentation, assignments, report dan proposal.

Jumaat -2/10: quiz RM
Jumaat -9/10: presentation conceptual paper RM
Jumaat - 9/10: last date for stoktrak online trading
Selasa - 13/10: hantar assignment II corp finance
Jumaat - 16/10: submit proposal RM worth 50%
Selasa - 20/10: submit stoktrak report
Khamis - 22/10:submit assignment II buss stat

Tengokla blog betapa byknya kerja aku blog. Aku pun dah rasa sakit-sakit badan dek risaukan kerja yg banyak ni. Sampai aku nak enjoy open house sana sini pun shushah!

So, blog kau bare je la dengan aku yang bz ni.Aku hanya boleh update beria-ia dan enjoy bersungguh lepas aku bersungguh-sungguh siapkan kerja aku dan jawab final exam aku dengan bagus. Exam bulan depan,macam tak percaya aku dah nak habis semester ni.

Ok,tu aje nak type,nanti cerita lagi.

Sep 28, 2009

Post Raya 2009

Alhamdulillah,dah selamat seminggu lebih berhari raya. Penat belum habis lagi travelling sana sini. Bermula dgn Penang, then ke kampung dear hubby di Kedah, then ke kampung FIL di Perlis dan patah balik ke Penang dan berakhir di Seb Jaya. Phew!hampir habis seluruh utara kami lawati.

Hari ni dah masuk opis semula. No more lepak-lepak, kerja dah menunggu!

Ok, ni ada gambar edisi raya kami utk thn ni.
Family photo dipagi 1 Syawal 1430H
The 4 of us,anak-anak tgh sibuk makan tempeyek masa ni,boleh? tak pedulilah org nak snap gambar ke ape ke,pening maknya,haih ni jela yg termampu nok!
Budak kecik ni tak peduli panas terik tgh rembang ke,kalau dah syiok,sengih aje!

Oh! I like this one very much, Haziq with his cousins. Susunan sgt cantik okeh! :-)

Sep 18, 2009

Salam Aidilfitri

Sempena ramadhan yang bakal berlalu meninggalkan kita dan syawal yang hampir tiba, ku tak mahu ketinggalan buat satu entry raya utk blog ni.





"Mohon maaf atas segala salah silap dan keterlanjuran kata sepanjang perkenalan kita ye kawan-kawan. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju dan bergembira di Aidilfitri."





Jumpa lagi lepas raya nanti, InsyaAllah.

Dengan ingatan tulus ikhlas,
Ramadhan & Syawal 1430H.

Sep 16, 2009

Edisi terlewat : Happy 6th Anniversary to us!

Ini adalah entry yang sepatutnya di'publish' pada 6 September 2009 yg lepas. dush!lambat sampai 10 hari. ada byk reason kenapa lambat.
1)last week ada midterm exam stat
2)kena submit conceptual paper utk research methodology
3)tak berapa sihat last week
4)never ending house chores bila kat rumah so mmg tak sempat langsung nak curi masa update blog
5)busy... busy... busy....
6)raya preparation,etc.....

ok, back to the topic.
6 Sept 2009 marked our 6th year journey in marriage life. alhamdulillah,semoga berkekalan ke akhir hayat.so, apa special hari tu? erm, tak de celebration this year since ramadhan. dear hubby tak setuju dgn cadangan iftar kat luar. dia prefer berbuka di rumah,lebih tenang katanya. lagipun tak kelam kabut nak solat maghrib dan lepas tu continue isyak dan tarawih.so, kami makan-makan di rumah saja. tapi kan, hadiah tak kisah la bulan puasa ke tidak kena la jugak bagi kan?hehehe... so, dpt apa thn ni dari cik abang?
sila scroll down :)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
jeng jeng jeng, apakah? apakah isinya?huh! saspen saspen....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


gelang nyah! besau pulak tuh! haruslah mak sayang amat dekat cik abang sorang :-) sukenyeeee... tq bang,lebiu bang.... haruslah menayang masa raya nanti,ahaks!


mucho gracias,muahs! cantek banget,bling bling sakan ah! :P

Sep 1, 2009

The luxury of working in hometown

last week masa berbuka dgn kawan-kawan sebelum exam, my fren commented that I'm very lucky to have the chance of visiting my mom every alternate week. yelah, yg satu minggu lagi tu berbuka dgn in laws lah kan. sambil tu baca entry di blog ini yang cerita pasal famili gathering dia,maka tercreate lah entry ini :-)




penang bridge during construction yg menghubungkan aku & mak(photo credit to gugel imej)

herm, mmg betul,sangat-sangat beruntung sebab selalu dpt jumpa mak. kalau bukan bulan puasa pun,hari yg ada kelas aku akan menenggek rumah mak lepas office merehatkan badan sekejap sebelum pegi kelas and mak being mak akan siapkan makan bagai untuk anak kesayangan dia nih :-P

one of the reason i requested for transfer once confirmed last 8 years was my family,my mom especially. nak duduk dengan mak lah katakan.lambat naik pangkat pun tak ape. punyalah anak manja mak :-P

famili gathering is a bliss. we can easily organized one anytime we like to.the only different is that we have to wait for our little sister since she is studying outside of penang.tapi tu pun tak de hal, si kecik tu pantang cuti sikit,lari balik penang lah jawabnya. then walla,a small family gathering organized.
Lagi gambar ihsan encik gugel:bahan masak-masak for famili gathering!
All in all, ku mohon Allah beri kesihatan yang baik pada kami sekeluarga dan diberi peluang utk selalu get together. Amiin!

Aug 24, 2009

-mid term xm corporate finance esok!
subject yg susah bagi aku,korang macam mana tak taulah.tapi bagi aku ya ampun susahnya!
-in 2 weeks time kena antar conceptual paper untuk research method.fuh!tak sempat buat satu habuk pun lagi.ada 4-5 artikel dah simpan,belum sempat baca.
-in 2.5 weeks time ada another mid term test!advanced stat!
kena hantar asisgnment on the very same day.banyak ok! siap kena hand written plak tu.so far dah siap 60 percent.betul-betullah Dr. J ni nak suruh aku sambil-sambil belajar masa menulis tu!
ya Allah,mudahkanlah!

Aug 21, 2009

Bila anak dah pandai report

huh!bahaya.... danial haziq dah pandai me'report' kat abah dia kalau mama mengata abah dia. baru-baru ni adalah mama cakap something pasal abah dia kat tok. amboi, bila abah dia balik aje...
cepat aje bagitau... "abah... tadi kan mama kata bla bla bla...."
adoi,parah.... habis mama kena lecture dgn abah... "u cakap apa kat mak?"
"tak cakap apa pun"
"dah tu... ni haziq bagitau ni...?"
"ala... biasala bang.... don't worry, mak sayang u, I cakap macam mana pun dia still masuk sebelah u :-p"

bole gitu? nasib baik boleh cover line... mujur mak tak tercakap benda-benda yang tak sepatutnya,kalau tidak haruslah aku melutut kat laki aku mintak ampun... heheh

so, moral of the story utk kawan-kawan kat luar sana yg ada anak hampir 5 thn,5 thn dan ke atas,be careful of what you said hah! don't be caught red handed by dear hubby,hahah!

Aug 19, 2009

Mid semester break

minggu ni rileks skit sebab tak de kelas. mid semester break. tapi kena prepare utk mid term test next week. masih huha huha. tak sempat nak study lagi. last 2 days,bosses from kl came down to penang. operation meeting kat penang lah pulak.

i have few more days b4 test next week.sempat ke nak prepare nih? harap-harap sempatlah. insyaAllah berkat exam masa ramadhan boleh la kot ye.

ok people,just wanna jot something here. too quiet,takut sepi terus.warm up skit.

anyway, wanna take this chance to wish everyone 'selamat berpuasa'. semoga mendapat keberkatan maksima ramadhan kali ini,amiin.

Aug 6, 2009

Birthday Photos

Gambar-gambar seputar birthday ke 5 our Danial Haziq!
30.07.09: Gambar ni dgn kek yg bakal dibawa ke tadika sempena celebration dgn kawan-kawan.
31.07.09:Birthday boys and girls dgn kek masing-masing. Dgr cerita kek sampai 18 biji hari tu.ha!ambik kau!punyalah banyak.sampai boleh take away :)

Haaa...kan dah kata.Banyak sungguh!Pesta makan kek la budak-budak ni hari tu.

Dgn hadiah yg dibeli paklang & tok.Masa ni mama baru balik dr kelas. Hilang penat tgk muka anak2 happy macam ni :)

The real kek ben 10.Yg ni baru cantik kan?Maunya tak,SR cake ler,hehe!

05.08.09:Birthday boy dgn adik yg sama-sama happy on his birthday!

Family photo sebelum potong kek!


Last but not least,gambar 2 org budak nakal yang happy banget! :D

Aug 5, 2009

Danial Haziq is 5 today!

Hari ni genap usia Danial Haziq 5 thn. cepatnya masa berlalu,rasa macam baru tadi je bertarung sakit melahirkan Haziq.5 tahun lalu waktu ni Haziq dah selamat tiba. sehari sebelum tarikh keramat ni, mama seperti biasa pi visit Dr R,O&G di Hosp Pantai. masa tu Dr kata baby dah ready ni, selaput depan pintu keluar pun dah lembut,anytime ni. kalau sakit atau turun tanda terus datang ye,pesan dr. ok! mama happy sebab waktu utk mama bergelar mama dah semakin hampir. oh ya! petang tu lepas check up mama sempat lagi ronda2 dgn abah kat shopping complex rembat sehelai dua baju baby utk anak mama yg bakal lahir.

malam tu lepas selesai solat makan segala,masa utk tidur. mama komplen kat abah sakit belakang.tgh abah urut2 tu, tetiba mama rasa macam terkencing yg tak boleh nak tahan2 dah.bedebush!mencurah2,water bag dah pecah rupanya. mama punya lah terkejut,sambil jerit"bang,ayaq apa ni,panggil mak cepat bang"bila tok tgk air ketuban yg melimpah ruah tu,tok senyum, "haa... nak beranak dah la tu"sambil tok senyum happy. anyway,mama masa ni happy campur takut,cuak pun ada. :)

lepas dah salin baju yg terkena air ketuban tu, kami pun bersiap ke hospital yg jarak tak sampai 10 minit dari rumah. bermulalah episod malam yg panjang buat mama. sepanjang malam sakit contraction yang amat sangat sampailah dr sampai esok paginya dan check bukaan,masa tu dah buka 9cm tapi dr dok discuss dgn nurse sambil sebut2 kaput!rupanya walaupun dah buka 9cm,kepala anak mama masih jauh diatas,tak muat lorong lah pendek katanya. maka lepas dr berbincang dgn abah dan tok, mama pun terus dibawa ke OT. anak mama tak mau keluar ikut pintu,mau guna tingkap :)

tepat jam 9.03 pagi, khamis 5 ogos 2004 bersamaan 18 Jamadilakhir 1425H lahirlah anak mama yg dikasihi yang diberi nama Muhammad Danial Haziq bin Shahrulnizad. Alhamdulillah,syukur kepada Allah atas kurniaanNya.

Hari ini mama masih berpeluang meraikan hari lahir ke 5 anak mama. petang nanti kita celebrate sama-sama kat rumah ok.lepas opis nanti mama terus pegi pick up kek ben 10 yg haziq pesan tu ok.

Ok sayang, happy 5th birthday. may Allah bless you!semoga anak mama membesar sihat, berjaya dunia dan akhirat. menjadi anak soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapanya,amiin.

love,
Mama.

Aug 3, 2009

Busy

dah lama tak update. sibuk sangat gayanya. kelas dah sebulan tapi ada subjek yg aku macam tak paham apa2, nak buat macam mana ni? ada yg ok tapi kerja byk,tiap2 minggu assignments, hand written pulak tu,adoi, mana la masa nak buat. aku dah siap sebahagian, ada lagi yg belum buat. jgn mengeluh! sendiri yg cari! elok-elok tak de masalah, pegi cari,rasakan!

anyway, family sihat. itu paling penting. moga kesihatan semua terpelihara. minta jauh dari malapetaka dan bahaya bencana. kami pilih utk kurangkan aktiviti luar sejak virus H1N1 menular. semoga dipelihara Allah!

haziq celebrate birthday dgn kawan2 kat sekolah last week. combine birthday july & ogos sebab ramadhan nanti tak de celebration. gambar dia dgn kawan2 masih dlm digicam,mama belum sempat download.kek dgn edible image mama order aje,tapi hasilnya kurang memuaskan. rasanya i can do better. even my fren commented that! sebab dia pernah tgk hasil kerja saya. so, nanti boleh la aktif mem'baking' ye :D

celebration dengan famili minggu ni. lusa birthday boy 5thn. dah besar anak mama(dah tua mama,huhu)buat simple-simple aje. hadiah pun dah dapat. pak lang hadiahkan bumble bee from toy'r'us utk birthday boy. dah selamat keluar dr kotak pun. dah buat teman tido,letak sebelah kepala kau,sayang betol! tok dan wan hadiahkan jeans dan sehelai t-shirt,tu pun dah ganyang dah,terus belasah. :) apa2lah nak! asalkan bahagia.

Jul 15, 2009

Kenapa aku nak abiskan study cepat-cepat?

lately tensen memikirkan perihal mba nih.especially semenjak bukak sem baru nih. sem kali ni berbeza dgn sem-sem sebelum nih sebab aku dgn beraninye amik 3 subjek.selama nih 2 subjek aje. utk part timer macam aku, minimum 1 subjek dan max 3 subjek per sem, which aku tgh try yg paling extreme la ni.

ok,kenapa aku amik 3 subjek kalau dah tahu sukar? ada byk reasons yg memerlukan aku try 3 subjek sem ni.

1. aku dah tak larat ulang alik kelas malam.... kalau aku buat 2 subjek ajer, aku akan drag tempoh pengajian sampai max which is 4 years,means another 3 years to finish. mak aiih, lamanya lagi.... ini bermakna aku kena pegi kelas malam selama 3 thn lagi.sanggup?tak sanggupppppp!!! jadi,tu lah sebab nya aku amik 3 subjek sem ni dgn harapan boleh habiskan semuanya dlm masa 2 thn lagi... 2011 tu... chaiyok!chaiyok!

2. nak bagi perhatian kepada pelajaran anak-anak. haziq akan masuk std 1 by 2011.meaning elok2 aku abis aje(insyaAllah) bolehla aku concentrate kat dia pulak... sekarang ni kalau hari mama ada kelas, abah kena tgk homework dia.rasa ralat skit part tu.... masa dgn anak-anak pun kurang bila dah sibuk dgn kelas.kalau hari ada kelas tu,jumpa pagi masa diaorg celik mata, balik malam diaorg dah tido ataupun nak tido. :( tak sempat nak main-main pun,uhuk sedih mama.

3. reason ni macam malu la nak tulis sini,tapi nak tulis jugak,heheh. kami nak tambah ahli. :D tapi terpaksa KIV sebab tgh belajo. tak sanggup pulak nak go thru kelas malam assignments bagai dgn perut memboyot,hoho! tu kalau perut memboyot,belum cerita bab first trimester aku yg horror,ni pengalaman lalu la ni... mmg jenis muntah pening sampai lembik. dah tu? amacam mau pregnant? mmg tak sesuai kan! so, kena la abiskan cecepat,baru leh proceed,heheh.InsyaAllah kalau ada rezeki,amiin.

4. nak continue hobby baking. dah lama berhenti sebab sibuk sgtlah kononnya dgn study,huhu. mmg dah lama tak bake ape2.oven pun sepi aje,sebab bila ada keinginan nak buat,bahan lak tak cukup,nak beli utk sekali pakai rasa tak worth pulak,nanti belen bahan2 tu berkepuk berkulat pulak. so,kena abis study cecepat supaya boleh baking dgn happynyer,hehehe.

5.ada rezeki nak pindah rumah baru nanti.insyaAllah dalam pembinaan. rumah baru ni jauh drpd US*,so tak sesuai kalau aku masih study nak berulang malam-malam pegi balik. kena la abiskan study dulu kan, baru leh pikir nak masuk rumah and enjoy the new breeze in the new house without having to think of classes and exams!huh! heaven... insyaAllah panjang umur murah rezeki,amiin :)

ha,tu dia,tersenarai sudah sebab musabab kenapa aku gundah gulana sgt pasal study ni.byk benda kena KIV kan sebab MBA nih. betullah MBA ni bak kata org, about how much you are willing to sacrifice for a certificate.tak macam first degree semua nya tersedia. MBA?byk yg perlu dikorbankan,especially a part timer. please Allah,mudahkan.doakan aku ye kawan-kawan :)

Jul 8, 2009

What happened last week?

29th June: Mothers outing day.
mama and the gang bercuti-cuti di penang. sungguh meriah ok. agenda telah siap sedia seminggu sebelum tarikh kejadian. kami(read:mama & kawan2 opis) dah selamat apply cuti awal2 lagi sebab semangat sangat nak outing (macam terperangkap kat mana aje :P)
so, ke mana kita kawan2? okeh, memula kita gather2 dulu, pastu car pool ke pulau ye.jimat kos ye. destinasi pertama, jones road utk breakfast. kenapa jones road? sebab situ dekat dgn gurney plaza,hehehe.lagipun ada roti canai kuah taruh atas letak bawang, pergh! mmg best!yummylicious!

pastu terus ke gurney utk acara ronda2 window shopping dan sedikit acara beli belah(tgk word sedikit tu ye kawan2, tgkla karang sedikit yg macam mana,hahaha)

lepas ronda2,tak de yg berkenan,kedai yg diharap ada pun tadek,ampeh! terpaksa beli jugak sikit2 kat budak2 tu. adik dpt skirt overall jeans,sehelai gaun basahan,sepasang baju tido.abg dpt baju tido pooh!

tgk la pilihan kasut yg byk nih!mana la tak kena panahan,hahaha
mama? yg ni yg kagum nih. tak plan langsung sekali sudah bekenan la pulak. ada satu sandal yg telah menawan kalbuku. macam ada aliran letrik dlm saraf lepas terpandang kasut itu,buzzz gitu,hahaha. aduh!panahan asmara. asyik teringat2,maka terpaksa la beli.huhu.dah la RM100++ sib baik discount 20%.tapi saya sgt berpuas hati, best giler,sedap pakai.comel lak tu. bila pakai rasa muda 10thn,muahahah.

ibu-ibu yg bz shopping!

lepas dah berjaya terbangkan duit few hundreds kat gurney,solat zohor lunch bagai, kami teruskan perjalanan ke little india. hebat gitu,tadi ala2 mat salleh bunyi nya, sekarang bunyi cam hindustan pulak. ni ha, ada org nak cari kain sari cun2 nak buat baju kurung raya. dah habis kain melayu agaknya,kain india pun nak,hehehe. nasib baik tak merewang terus ke china town,baru habis pusing sungguh,hahah.
oh ya, kat little india ni aku baik ye.tak beli apa2,tgk2 je. sebab pening bau keling hehehe.hilang konsentrasi nak shopping.

somewhere near bazaar chowrasta!


next destination, bazaar chowrasta. macam pelancong betul. ada tour gitu,hahaha. okeh, kat sini kami spend sometime makan cucoq udang dgn sirap selasih. pergh,best!menu wajib kalau pi bazaar. nostalgia sungguh!

ni gambar cucoq udang dgn sirap selasih best!


lepas tu round jap.beli t-shirt transformer utk haziq. mama rembat 2 helai tudung utk dimatchkan dgn t-shirt hilyah.pakai hari jumaat ye :) dan sehelai blouse. nampaknya mmg shopping utk mama je,abah tak de langsung.sorry bang,next time ye. :)
sebelum balik petang tu tapau murtabak hameediyah utk dinner. settle!balik boleh belek brg baru beli aje,hehehe.

30th June: tak de ape special,lunch time pi makan kat sja je.

1st July:lunch time makan kat area opis je. petang main badminton dgn member opis. last la nampak gayanya sebab the following week dah start kelas. ada kelas hari rabu lak tu.balik drpd badminton game tu sempat singgah sunway carniv*l utk beli tiket transformers. tak lupa singgah speedy video beli dvd transformers 1. amboi, betul-betul nak enjoy sebelum sem baru ye. berhabisan tuh,setiap hari ada aje agenda. malam tu pulun tgk transformers 1 sebab member cakap better tgk yg 1st sbb ada continuity. huh! mmg best.paling suka part optimus prime transform first time & introduce kawan2 dia kat sam.kagum!

2nd July: tak masuk opis. kerja luar. petang dating dgn kawan baik ku. lepas tu sempat pi cari kawan lama classmate kami dr form 1 sampai form 3 yg dah jadi ustazah. baguih kawan aku,berjenih jugak! hahaha. ustazah cum director tupperware lagi.siap bagi hadiah tupperware lagi kat kawan2. saya suka!! :D

3rd July: malam lepas maghrib ke cinema kita weh. transformers,angkut haziq je. adik kena tinggal dgn babysitter. babysitter leh kowtim punye,tak de hal,bagi green light lagi. siap suruh tinggal tido dgn dia. mama aje yg tak sanggup. kul 12 tgh malam pun aku angkut jugak balik.

weekend spend together2 aje.duit dah byk habis. dok diam2 kat rumah!hehehe.tapi keluar jugak bawa anak2 shopping barang rumah skit kat Jusco. takkan la cuti 2 hari terperap aje ye tak?tak berkembang lak minda,hahaha,alasan nak pegi shopping complex.

So, itu rentetan seminggu. minggu ni saya jadi budak sekolah balik. kelas dah start effective semalam. no more lepak-lepak,shopping2,huha huha.

Ok dude, wish me luck. Saya nak belajar rajin2,nak maintain and improve pointer ;)

Jun 26, 2009

A chat with a friend about a friend

Nota: Sembang ringkas dgn Zeeb di petang jumaat. Uwaaa...mcm semua punya perasaan yang sama. Semoga Allah panjangkan kasih sayang dan persahabatan kami semua,Amiin...

3:54pm
Farah
aku sedih gumbira tgk pshbatan hgpa...terus terang aku pun sedih bila maya kahwin...
aku baru selesai tgk blog hg

3:54pm
Haliza
uwaaa ,jgn la zeeb ,aku mmg dok sedih ni
tak tau pasai apa ,selalu maya yg arrange utk kita semua
aku takut kita makin jauh bila maya pun dah kawin

3:56pm
Farah
itula yg aku risau sbb selama ni dia yg hubungkan kita
dah kahwin memang tak ada masa,sbb kita dah alami...wa...wa...wa

3:58pm
Haliza
kita doa sama2 ,hopefully kita masih macam dulu2 wpun maya dah kawin
maybe kita kena cari masa bila raya utk buat reunion
harap2 lah

4:00pm
Farah
mudah-mudahan Allah mlapangkn masa utk kita...aku tgh sodeh lg ni

4:02pm
Haliza
mmg macam ni kot ekk bila yg last kawin
sebab dah tau tak dak kenduri dah lepas ni
tak dak chance nak jumpa2 dah

4:03pm
Farah
waktu aku susah mghadapi pembedahan anak aku,kesulitan kwangan,dialah yg mjdi agen tengah,sampaikan berita pd hgpa semua...sodehnya....ya la..tggu kenduri anak-anak kita pulak
baru bolh jumpa,tu pun bolh nampak berapa gigi yg tinggal

Haliza
hahah ,jgn la zeeb
takkan nak tunggu lama macam tu kot

4:11pm
Farah
tu la...memory zaman sekolah mmg indah..dah tak bolh patah balik..mcam aku ni nak pi mana pun kena bw ptera+pteri...nak apply mc/cuti pun selalu kena reject

4:13pm
Haliza
nanti kita cuba cari masa yg semua org boleh join,insyaAllah

Jun 24, 2009

My Best Friend's Wedding

King & Queen of the day!
Last saturday mark the end of bachelorhood for my dear fren. Finally she met her prince charming and me and my other frens were very happy for her. I broke down during the 'akad nikah' ceremony coz I really can't bear the feelings of loosing a good friend. A friend who I knew since my first day in form 1, a friend who share the same birth date with me, a friend who stood by me when I needed someone to talk with, a friend who run together with me when we were madly chased KRU during their tour in Penang back in 90's. Ah! so many to write here about a dear fren. But the most important note that I want to share is, my dear fren has finally changed her title from 'cik' to 'puan'. Congrats!
Pengantin selepas majlis nikah
So, what is so special about the event?
The facts:
-the 'nikah' and 'wedding' were held on the same day. The reason because the bride wanted to ensure that all her good frens can attend. Yes,we make it!
-this is the last wedding among our closest frens. the rest has settled down and have kid(s) already. see, how old we are? anak dah berderet, cuma kawan yang ini yang lambat skit jodohnya.
-the hantaran was specially prepared by one of our good fren. the efforts that Nadia puts to prepare the lovely hantarans is countless.what more she's being tag along with 2 sweet daughters. Thanks beb!hantaran tu cantik sgt!
The hantaran,cantik kan?Kalau nak tempah boleh.Nadia,hang jgn lupa bagi aku komisen!
Org penting yg buat all those gubahan hantaran,Nadia and her second baby,Warda
(Pstt,my fren yg ni jodohnya dari oversea,heheh)
-the official photographer is one of our fren's hubby. what a coincidence! maya, your photos must be very beautiful! aku jealous ok! oh my!during my time, this official photographer thingy is yet a phenomenon. mak aiii.... dah lama nye la ye aku kawin,hehehe!
-we managed to unofficially arranged a small reunion!best jumpa kawan lama!some of them,I have never seen since the last day of our school days. urm.... a good 13 years!OMG!luckily dpt jumpa masa tu.
-some of us has been appointed by the bride to become a flower'mum' instead of flower girl.cute isn't it?we were asked to where our 'nikah' attire(nasib baik muat lagi,tu pun dah maksimum-sendat nyah hahaha) and walk together with pengantin towards the pelamin. hah!just becoz the pengantin is maya,else I wouldn't want to do this.imagine, semua org tgk,huh nasib baik we were asked to hold our baby/kid while walking. I was holding Batrisyia,so I'm the most lovely motherly mother that day,hahaha!and this cute little girl is wearing a white gown,hah! wonderful!comel sangat,ngeee.
Us before pengantin lelaki sampai,sempat bergambar anak beranak :)

-the pengantin look lovely in the pink attire. oh ye, pengantin ni spesis kulit cerah ye,so cantik dan berseri-seri dlm tema pink itu.

-the lafaz nikah took 6 times to finally officiate the knot. the groom must be very nervous.sian dia,gabra!heheh.
-last but not least, i'm having gugu gaga times during the wedding not forgetting that I have to sit for my final exam the following monday. bagus tak? ah, kalau susah hati pun takkan mengubah apa-apa. baik la enjoy dulu jumpa kawan-kawan,hahaha!

that's all about the majlis.
I wanted to say this, Maya, just in case you read this blog.....
My dear fren,
I pray that you will be always happy with the man that captured your heart.
I pray that you will quickly add another title in your list that is "mama",hehehe!
I pray that our friendship will remain as it is and your husband understand/support/grant permission whenever we want to meet and organize our reunion(ala,bukan selalu pun)
From, a friend.

the 2 of us in front of the masjid selepas majlis nikah,masa ni aku mmg tak tahan,uwaaa mmg nangis.especially when we hug each other :( but truly,I'm happy for you :)

Jun 23, 2009

L.E.G.A

I'm officially done with my first year term in my MBA journey. Huwaarrgggghhhhh.... what a relief! LEGA,that's the word.

Walaupun semlm turn out to be not so good,tapi boleh la kot. Malas dah nak pk sebenarnya. Yg penting dah selesai and I have 2 weeks plus utk relax dan bermalasan dan enjoy my time with kids. Tayah pikir langsung bab study,best! best!

So, apa plan utk 2 minggu lebih ni?Yg wajib ada dlm senarai mestilah SHOPPING! ahahaha. tak beli apa-apa pun tak pe,kita window je,kan kawan-kawan?

In fact I have fork out my-not-so-last-RM50 just now at Par*s*n for kids baju basahan. Abang dpt baju transformer dan adik dpt baju tido ropol-ropol bunga-bunga comei.Walaupun tujuan asal pegi lunch aje, ku telah melalut. Tak tahan nyah tengok baju budak-budak sales!

Seperti biasa bila abang dapat, adik mesti dapat. Mama akan rasa guilty kalau tak beli utk dua-dua beradik. Since, tgh mengamuk dgn transformers:revenge of the fallen, so mama pun excited bila diaorg jual baju dgn gambar decepticons,optimus prime le bumble bee le ntah apa-apa lagi la. saya terpaksa ambil tahu ok, demi anak. baru lah anak seronok nak share apa-apa hal pun dgn mama dia :)

tu aje la nak jot utk hari ni.

Jun 16, 2009

Stress!

Ni lah keadaan aku minggu ni. Kenapa aku jadi macam ni? sebab minggu depan nak exam!!! Keadaan bertambah kritikal bila byk nye benda nak cover dalam masa beberapa hari. Ada berbelas-belas chapter nak kena baca (mati la aku!)


Aku bukan sengaja nak study last minutes tapi aku mmg tak sempat la.... ok,sila beri alasan-alasan yg lebih munasarawak,huhu!


Dah la, tak nak cerita byk.Nak cuba study mana termampu. Hujung minggu ni nak attend kenduri kawin pulak. Bila la nak study ni.Exam hari isnin.Arggghhhhhhh!!!!


Ya Allah mudahkanlah,Amiin.

Feng Sui?

*Nota: Ini adalah entry suka-suka. Tiada kaitan dengan mana-mana individu walaupun penulis menulis tentang diri sendiri. (paham? tak paham? buat-buat paham la labu,heheh)

Juga dinasihatkan mengambil entry ini sebagai entry sambil lewa sahaja. Jgn serius sangat dan dinasihatkan tak yah lah korang percaya,takut syirik pulak,nauzubillah.

Baiklah, mari kita mulakan ye.

Macam ni, last weekend kitaorg spent kat kampung abah budak-budak ni. Balik kampung lah senang cerita.

Ada 2 objektif utama balik kampung minggu lepas:

1) mmg nak balik visit opah diaorg sebab dah lama tak balik kg:mama dgn abah bz bangat!
2) abah masuk pertandingan memancing kat p*nd*ng.

ok,bukan nak cerita bab memancing ye. Nanti lari tajuk pulak. Penat nak hambat *kejar.

bila abah diaorg pegi fishing, mama boring tak tau nak buat apa. So, mama dah buat plan baik punya dgn mak ngah diaorg (kebetulan pak ngah pun kaki pancing pegi fishing dgn abah diaorg) utk pegi jalan-jalan. So, ke mana kita? Sg P*tan* lah yg dekat yg boleh shopping mopping,hehehe. Eh!nak beli apa lagi? kata bajet dah burst? kebetulan(berapa byk kebetulan daaa) cik na minta tlg mak ngah belikan kain utk baju raya dia dan famili.diaorg nak balik raya kat semenanjung. thn lepas kena raya kat sabah, tekanan perasaan diaorg sebab tak leh enjoy makan macam-macam kat sini,hoho!


so?alasan kukuh ye utk ber'shopping' ahahah.


*bila nak masuk cerita feng sui daaa.....


ok,masa kat kedai kain tu.... apek yg potong kain tu punyalah ramah tamah sebab kami last customer dia hari tu... pintu kedai pun dah tutup masa kitaorg duk sibuk-sibuk tengok kain tu.

tetiba, dia pun start dia punya ceramah feng sui kat kitaorg,hoho.
eh, biar betul org tua ni.
dia kata kat kakak ipar aku aka mak ngah, "lu aaa, selalu kena kerja kuat kalau mau hidup senang,misti kerja kuat,idop lu biasa-biasa saja tapi misti kerja kuat"
"oh! ya ka? mana lu tau?"kami tanya dia balik.
"aku tau la,aku tengok muka aku boleh tau punya. Hang aaa, hang hidup senang.... bukan sekalang saja tau,sampai tua pun hang senang" *hang tu refer kat aku la tu,hehehe.
aku dah start tunjuk aku punya interest.ni bagus ni.... kalau cakap benda bagus mesti la sedap dengor ye dok?hehehe.
aku pun tanya dia,"macam mana you tengok? you mana kenai I?"
dia jawab, "aku mmg tak kenai hang, tapi aku boleh tgk dari muka hang..betoi punya aku tak tipu punya. nanti hang balik rumah, hang pi tgk muka hang kat cermin, ada lain skit" (sambil tangan dia buat isyarat usap kelopak mata) huh! biar betul dia ni.... (tapi ok jugak tu,apa lagi yang best dia nak cakap ni,aku dah teruja,hoho)
"laki hang ni baik ooo,sayang sama hang... dia ni sabaq..."
"tapi, aku bagitau hang aaa(ni dia cakap kat laki aku) bini hang angin banyak lepas tu aaa...(sambil buat isyarat tangan mulut cakap tak berenti)"
hehehe,betul jugak tu... mmg angin banyak pun, cakap pun byk,hehehe.
lupa lak nak bagitau, geng kaki pancing ikut gak kitaorg shopping petang tu lepas diaorg balik dari fishing... tu pasal laki aku pun kena tilik tu,hoho

ada la in between tu dia cakap-cakap dgn kakak ipar aku masa diaorg pegi settle bill kat kaunter.

pastu bila dah nak balik tu, kitaorg dah nak say bye-bye.dia kata,"ni anak hang ka?" aku jawab,"ya la, 2 ni saja,ni abang dgn adik, yang tu anak kakak(sambil muncung tunjuk kak chik diaorg yg tgh tgk-tgk kain)"
then dia kata, "aku tau anak hang dua, tapi ada lagi tau. hang ada lagi anak lepaih ni... 2 lagi"
waaa... ni sempoi punya tilik ni. sampai anak aku berapa pun dia tau.suka jugak aku dengar tapi idak le sampai percaya.

dia pun manusia biasa je.kapir lak tu.... ape-ape hal pun bukan dia yg bagi, Allah Ta'ala yg bagi, ye dak?

oh ya, kat sini aku salim tampal makna feng sui ye utk bacaan korang: credit to wikipedia

Feng shui (English pronunciation: /ˌfʌŋˈʃweɪ/ fung′-shway′,[1] formerly /ˈfʌŋʃuː.i/ fung′-shoo-ee;[2] traditional Chinese: 風水; simplified Chinese: 风水; pinyin: fēng shuǐ) is an ancient Chinese system of aesthetics believed to use the laws of both Heaven (astronomy) and Earth (geography) to help one improve life by receiving positive qi.[3] The original designation for the discipline is Kan Yu (traditional Chinese: 堪輿; simplified Chinese: 堪舆; pinyin: kānyú; literally: Tao of heaven and earth).[4]

The term feng shui literally translates as "wind-water" in English. This is a cultural shorthand taken from the following passage of the Zhangshu (Book of Burial) by Guo Pu of the Jin Dynasty:[5]

lebih kurang sessi feng sui la malam tu walaupun feng sui ni lebih byk digunakan utk bina rumah.ah! aku hentam kata sessi feng sui aje la,hahaha.

lepas selesai sessi tu kitaorg proceed makan. rupanya masa kat kaunter tu, ada jugak dia komen kat kakak ipar aku. "adik hang sayang ooo kat bini dia". best le dpt remarks positif macam ni,hati berbunga hahaha.

kesimpulannya, tak yah la percaya dgn cerita dari sumber tilik menilik ni. sekadar suka-suka utk hiburan boleh la. take it to improve diri sendiri. kalau angin banyak,cuba la kurangkan angin tu.... kalau nak hidup senang, kena la kerja kuat... so on so forth..... bla...bla....

sekian cerita utk hari ni.

Jun 12, 2009

Results dah keluar!



ok,let the picture speak. alhamdulillah,results for 2nd sem shows some improvement. cgpa naik skit.saya happy,alhamdulillah!

thank you Allah.

thank you my beloved hubby for support.

thank you mak abah for the doa'.

thank you anak mama sayang for understanding,for the time u guys lend me for discussion eventhough it should be spent together.

thank you frens both MBA classes and office team for support and motivation.

oh, tak lupa pada penaja saya,kompeni yang sedia membayar yuran pengajian dan peperiksaan saya.
Saya happy hari ni!












12 Jun 1989 - 12 Jun 2009

Alfatihah utk arwah Tok. Hari ni genap 20 thn tok pergi menemui yang maha pencipta. 20thn lalu masa tu aku didarjah 4, tok pergi utk selamanya. tak tahu kenapa, tapi date ni mmg memorable sangat. kehilangan tok paling dirasai sebab aku tak pernah kehilangan org tersayang yang hampir dengan aku sebelum tok.

kepada pembaca, mohon sedekahkan Al-fatihah utk arwah tok ku.

Tok, moga bahagia disana. Nanti kita jumpa,InsyaAllah.

Jun 11, 2009

Dilema

oh,aku rasa terbeban dengan perasaan ini. perasaan ni mmg aku tak suka. hidup jadi tak tentu arah. asyik teringat aje.macam mana ni? haruskah aku putuskan untuk memilikinya supaya aku tidak lagi dlm dilema? macam mana ni?macam manaaaaaa????

sebenarnya kan..... aku teringin nak beli satu suit ni.... wahahahahah.... ini seriyes(nyanyi ala-ala wonderpets ye kawan-kawan, hehehehe)

semalam kan, lepas lunch aku dgn member-member opis ni merewang kat area s*nway s*b j*ya tu dah termasuk ke dlm satu kedai ni... (sebenarnya bukan termasuk pun, mmg nak masuk pun,ngeheheh)
dah tu? aku yang hati suci murni konon nak tengok2 je ni, konon nak teman2 je ni telah terpandang baju itu yg membuatkan aku dlm dilema hingga ke hari ini. cis! ni budak2 bertuah ni punya idea la ni... aku yg terkesima... diaorg elok je gelak2, tak de pulak teringat teringin baju mana2,hampeh!

bajet mmg dah burst ni,dah hangus ni... dah la baru je gaji, asyik ingat hari gaji je ye? mana tak hangus nya, J card day la.... lepas tu pegi sambung shopping kat jakel la.... mmg patut la burst pun. ni ada hati nak beli baju baru lagi? amboi! melampau ni!huhu

ok, mari kita buat justification,pro and con samaada kena beli atau tak baju tu:
(oh! anyway, baju tu kaler hitam semua ye,slimming effect gitu, sesuai dipakai utk majlis-majlis rasmi termasuk majlis rasmi kerajaan(bang, bole le bang beli baju baru, boleh I pakai pi teman you nanti*sambil senyum simpul*)
pro nye ialah: seperti disebut diatas tadi, leh pakai utk majlis-majlis rasmi, meeting dgn customer,high rank nye customer la.... dan boleh jugak dijadikan sepasang baju raya, koleksi baju raya thn ni... dan yang paling penting aku tak teringat2 lagi dah pas ni, ia dah jadi milikku,muahaha. boleh justify tak macam ni? relevan kan alasan ku,hehehe.

contranye ialah: kalau aku beli akan terbang la another RM100++. wuih!byk tu dlm keadaan aku yg mmg sengkek ni,ceh! kalau aku beli jugak, setan2 akan bertepuk gembira sebab dah berjaya hasut aku membazir, kan dah banyak baju lain dlm lemari tu, tak puas pakai pun lagi,nape nak beli lagi?kalau aku beli jugak, anything happen sebelum dpt gaji bulan ni maka aku akan terpkasa korek duit simpanan sebab duit kecemasan pun aku dah guna nyopping,huhu.

So, MACAM MANA NI? tolong!!!!!

Jun 9, 2009

Tahun akademik baru!

Yeay! dah berjaya habiskan satu thn yg mencabar dlm usaha nak dptkan MBA.
(wah,tepok2 kegirangan ye kawan!heheh)
ofiicially belum habis lagi sebab 1 paper short sem ni belum exam. exam end of this month tapi coursework semua dah siap,last night dah present MRP(mktg research project). erm, ok kot sebab group lain pun lebih kurang kitaorg je, 2 kali 5,hahaha.In 2 weeks time, final exam.

Right after exam, bermulalah episod akademik year yg baru. Akak dah jadi senior ye, dah ada junior gitu. huish,rasa cam teror je,ngeheheh.

Online regsitration pun dah start ye, saya telah selamat register tadi. Awal cik kiah daftar sem ni ye,ha'aa tak nak kena macam sem lepas, tunggu last minutes sekali kelas dah penuh daaaa... terpaksa pilih kelas lain. Since dah decide nak amik subjek ape awal2 lagi, maka dengan tidak berlengah saya pun daftar.

Tahun kedua ni akan jadi lebih mencabar sebab saya amik lebih drpd 2 subjek. saya amik 3.nak cepat habis ok! akak dah tak larat pegi kelas malam2. itu la, dulu gediks sangat nak sambung master, rasakan! tanggunglah sendiri,huhu!

walopon amik 3 subjek, ku telah mengaturkan dgn cantiknya. hanya 2 subjek ada final exam. satu lagi tadek! jadi hujung sem nanti hanya ada 2 subjek yg kena pulun study. insyaAllah sem 2 nanti pun sama. 3 subjek, 2 aje ade final exam. Pastu final year, buat thesis dan pegi kelas satu jek! ececece, cerita sampai final year tu. (semangat physcho diri sendiri, kerap sebut final year sebab nak cepat habis,huahua!)

apa2 hal pun, sangat bersyukur sebab husband sangat membantu from day 1 aku sebut nak sambung sampailah sekarang. kalau tak kerana dia, mmg tak leh sambung. imagine dgn anak kecik 2 org. tak byk laki yg willing bini dia pegi sambung belajar. especially yg dependent kat bini, kan? tapi lakiku alhamdulillah. sangat hebat! (huh! puji laki sendiri, ye la, kalau aku tak puji sape nak puji? Korang?tak mungkin.korang puji laki korang ler,heheh)

my husband can cook. bukan masak meggi ye kawan-kawan. lebih dari itu. sambal tumis, gulai segala jenis, rendang bagai ye. so, kalau bini dia pegi discussion weekend pun, by the time aku balik rumah tgh hari, semua dah ready atas meja. bestkan?heaven!

itu saja cerita utk hari ni. dah,dah, pegi sambung keja.

Jun 5, 2009

Blues hari jemahat

seperti biasa hari jumaat hari yang ditunggu-tunggu. sebab esok CUTI!yeaaaa!
tapi hari jumaat jugak menjadikan aku malas sebab ingat nak cuti aje,hehehe.

kebetulan minggu ni cuti sekolah,opis pun sunyi je. ramai yg cuti spend masa dgn famili.

hero kecil kat rumah pun cuti jugak. 2 minggu tak pegi sekolah cum nursery. kasi can dia enjoy. belum pun 5 thn, aku rasa tak fair pulak nak treat dia macam budak sekolah yg dah umur 7-8 thn. tak yah pressure bak kata abahnya, nanti dia ok. insyaAllah. lagipun budak lelaki kan, dia minat nak main je. ben 10 ke, upin dan ipin ke, transformers ke.... buku? yilek! tak dak dlm senarai,hehehe.

so, kitaorg dah pos dia balik duduk rumah tok. hari ni insyaAllah balik.... bukan main seronok lagi dok dgn tok dan wan,sampai tak ingat mama. mana taknya, dgn tok dan wan hari-hari bawa pi jalan-jalan,shopping complex la.... breakfast kat luar la... macam-macam la....

on the other note: adik pun tak kesah abang tak de. bila tanya,"abang mana?" adik dgn selambanya jawab,"abg tak dak, abg pi rumah tok" rileks je ok,tak de perasaan,hehehe.
tapi last 2 nights masa kitaorg bawa si kecik tu keluar, dia tanya jugak "kita pi rumah tok ka mama?" hermmm,ingat jugakla kat abang tu.... :)

anyway,bab study. 1 case study dan 1 project paper dah siap hantar. cuma presentation utk project paper je belum lepas,minggu depan insyaAllah. lepas tu, kena pk bab final exam je.... tapi best la short sem ni. semua rasa kejap.... bulan depan dah masuk academic year baru.... wah,tepuk bahu diri sendiri ye,hehehe. macam tak percaya dah habis sethn....

so, frens.... happy holiday.have a nice weekend.

p/s: minggu depan gua pulak cuti ye, lu jaga pejabat :P

Jun 2, 2009

J-Card Day Aftermath

Ok, dah berjaya download gambar yg diambil selepas sessi shopping hari jumaat lepas. Best sangat. Lupa semua masalah kejap,hahah.
Gambar ni adalah hasil selepas selesai pusingan pertama.Stop sebab cik abg kena balik sembahyang jumaat dan kena kerja petang tu. Ni pun dah terbang few hundreds!

Ni pulak hasil selepas semua selesai petang tu.Hoho,banyaknya.... mujur la J-Card ni sethn sekali je,kalau sebulan sekali,pengsan mak nyah!

Ni lah dia antara hasil rembatan kencang hari tu. Ada hadiah kawin,ada baju raya anak-anak, baju raya anak sedara pun dah siap beli. Nanti nak raya tak yah kelam kabut. Voucher pun dpt byk,hoho!


May 28, 2009

J Card Day Lagi???

Ello kawan-kawan, another round of shopping spree! yehaaaaa.....

Jom ngabiskan duit kita sama-sama,muahahaha. Ok, walaupun kerja saya byk tapi saya tetap ada masa utk shopping mopping okeh. Ini adalah salah satu cara utk release tension ye kawan-kawan. Shopping akan merembeskan hormon yg membuatkan saya rasa happy,gumbira :-)

oh ye, utk trip kali ni saya dah siapkan list barang2 yg saya nak rembat. Antaranya:
1) hadiah kawin kawan baik saya. Nak belikan juice maker utk dia.
2) gaun putih utk Batrisyia sebab dia akan jadi flower girl auntie maya dia. kopak duit mama dia sebab auntie maya demand nak gaun putih jugak.
3) kasut kerja utk cik abang. dah teruk sgt. mmg patut beli yang baru pun. maklum la kan, lelaki kan pakai kasut sama je hari2,mmg la dah dhaif sgt, tak macam kita pompuan,kasut sampai ada yg tak terpakai,ngehehehe.
4) barang2 rumah.

nampak tak daku dah tak list kan barang2 utk diri sendiri i.e kain baju. baikkan? tak pe,takpe nanti kita tgk la hasilnya. muahahah!

chow!

Graduan Kecil Sports Day

Salam,

Bz sgt minggu ni. Dgn preparation for by election Penan*i dan study ku yg sgt kelam kabut. Kelam kabut sbb case study dan project kena hantar hampir waktu yg sama. Mana tangan nak buat semua kerja serentak cik.

Ok, tak leh lelama. kerja byk ni. Nak post gambar Hero kecilku bersukan last weekend aje. Tgk la ye kat atas tu :-)



pregnancy

..::Ceriteraku::.. Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon Template