Dec 11, 2009

Haziq & Rifa'at

Remember this post?Yesterday, after a week of telling Haziq that he's gonna have new frens, he finally met one of them, Rifa'at :-)

Lepas pick up diaorg drpd rumah babysitter tetiba ter pop-up idea nak bawa diaorg ronda-ronda... lepas tu better idea came in... rather than makan angin without fixed destination, better mama bawak anak-anak mama pegi tgk school baru abang. Adik biasalah, tanpa melengahkan masa dgn happy nya,
"yey!nak ronda-ronda... pi Jusco ka mama?" <--favourite spot dia,menurun genetic mama...huhu :P
"tak....kita ronda-ronda tgk school baru abang,ok!"
Haziq memula tu reluctant... tapi lepas pujuk kata kita just lalu depan school aje, he agreed....
bila dah sampai depan school tu... tanyalah dia, jom kita masuk dlm jumpa Cikgu Sheena nak?
Tak nak... (sambil muka dah sebek(sedih))
Haih... frust jugak memula tuh... tapi mama cuba rasional... rileks lah,baru first time kan... :) nanti ok la tu... utk tidak buat dia sedih... kitaorg pun berlalu pergi cam tu aje....
Since ada masa lagi.... ajak diaorg pegi sekolah petang pulak....
"ok... jom kita pi kelas iqra' pulak nak?"
"tak mau.... jom la kita balik mama...."
"ok...ok... kita lalu kat situ sat ja... ok?nanti Haziq mesti suka... :)"
....... sepi......
3 minit lepas tu sampaila kitaorg depan sekolah tu...
Kebetulan anak member/ Rifa'at ada!
"Haziq!Rifa'at ada la... jom kita berkenalan dgn Rifa'at nak?"
"tak nak... jom la balik mama"
(aiseh... habis hancur program.... :( tak pa cuba dulu...)
-mama kuatkan diri matikan enjin dan keluar dr kereta...Batrisyia biasala... excited... dia yg lebih-lebih... hehe-
luckily Haziq ikut keluar... :)
Rifa'at being friendly terus terpa ke gate,greet Haziq.... wah!bagusla Rifa'at....
"ok boys.... salam-salam.... Rifa'at, ni la Haziq"
"Hai Haziq.... "(bagus tul la Rifa'at ni... mudahkan kerja auntie Liza... :)
-Haziq jawab slow je.... "Hai.... " macam sedih je,huhu :P
Pastu Rifa'at memainkan peranan dgn sungguh baiknya....
"Haziq,jom!... "ajak main le ape lagi.heheh One of the good way to make frens :P
Elok diaorg main-main tak sampai 5 minit,mama Rifa'at pun sampai.... maka bersembanglah mak-mak ni sampai nak dekat maghrib.... bila sampai time nak balik.... dah budak-budak ni seronok main pulak.... tak nak baliklah pulak....
Ha,sudah!Rifa'at siap nak ikut balik lagi.... "jom la mama pegi rumah Haziq...." hehe,jom-jom... :)
"ok-ok... nanti kita pegi.... hari ni tak boleh"
bila masing-masing dah masuk kereta,siap ada sessi jerit-jerit macam hindustan lagi,hoho!
"Haziq!tunggu...."
"Ok,kami tunggu....." hoho... :P
.......
on the way back home, Haziq senyum riang ria and commented"Bestla mama... Haziq nak sekolah dengan Rifa'at"
Sigh..... lega mama.... harap-harap semuanya baik-baik lah :)
On top of that, Haziq kata " Bleh Haziq main game Ben 10 dgn Rifa'at!mesti best!" hoho... bukan suka-suka aja nak oooiii... belajar kena lebih nak.... :)

Dec 4, 2009

Planning for kids early education

Semalam ada borak-borak dgn customer yang dah jadi member sebab selalu jumpa dan buat kerja yg ada kena mengena dengan dia. Memula mmg sembang pasal kerja, pas tu melalut pasal personal matter, kids especially.
So, kalau dah sembang pasal anak ni,mmg lama lah jadinya.... mula tu lebih kepada sharing is caring tapi lepas tu tu lebih kepada motivational talk lah pulak.
Pada saya yang mmg terpikir-pikir solution terbaik untuk Haziq since next year dia 6 thn, discussion semalam mmg lah eye opening session. Menurut cust aka kawan saya tu, anak dia masa 4 yrs pegi sekolah malay based tapi progress slow. Bila anak dia 5 yrs, dia pindahkan ke kindy yg managed by chinese. Alhamdulillah, anak dia improve gila2, exam untuk budak std 1 dia senang-senang aje boleh buat. Half day session aje, petang terus hantar ke kelas iqra' which yang ni pun menurut dia superb!
So, macam mana dengan my dear Haziq? Alhamdulillah, anak saya berada dilandasan yang betul. A-Z dah kenal, numbers boleh count from 1 till 100. Doa-doa harian dah hafal.Surah-surah lazim yang biasa dibaca waktu solat dah hafal. Rukun-rukun dlm solat pun dah bole baca,alhamdulillah. FYI, Haziq sekolah malay based dgn rangkaian paling besar di seberang perai,penang ni. Kalau sebut aje nama sekolah dia tu, parents yg ada anak umur 3-6 years mesti tau punya lah. Cuma, cuma..... saya mengharapkan yang lebih baik untuk anak sulung saya tu. Yelah kan, anak sulung mesti hebat, kan nak jadi contoh teladan adik-adik nanti.
Jadinya, lepas sembang dgn kawan tu, saya conclude yang saya akan buat sedikit perubahan pada jadual harian Haziq (itupun lepas dpt persetujuan abahnya lah). So, without further delay, saya pun discuss dgn dear hubby tentang next step yang akan kami ambil utk Haziq. Luckily hubby agree cuma dia worry bab angkut mengangkut Haziq dari kindy ke kelas iqra' aje. Yang tu akan diclarify betul-betul dgn kawan tu since dia willingly offer nak angkut sekali masa dia angkut anak dia nanti.
Sebelum ni saya terpikir jugak tentang enroll dia di tadika managed by chinese cuma kengkangan paling dahsyat ialah kerisauan saya tentang makan minum anak semasa di kindy. Tapi kawan saya yakinkan saya tentang hal tu. Katanya anak-anak kita tak akan diberi makan oleh cikgu tadika sebab not included, parents kena sediakan food. Moga Allah pelihara anak saya.
Seriously saya takut sangat ni, betul ke tindakan saya ni? Saya masih berdoa mengharap petunjuk Allah, kalau ini yang terbaik untuk kami, permudahkanlah. Petang ni saya akan ke kindy itu ditemani kawan yang bersungguh-sungguh nak tolong. Kira site survey lah ni,tapi sebenarnya kelmarin petang on the way balik rumah dari office saya dah pegi tgk dah,nampak ok, rumah semi-d 4 unit ditukar jadi kindy.
Let me clarify, so far saya berpuas hati dengan tadika yg Haziq dah attend 2 thn. Saya berterima kasih sgt dekat cikgu-cikgu yang didik anak saya tu.Cuma, saya nak berikan yg lebih baik. Jgn salah faham ye,semua yg saya buat ni demi masa depan Haziq.Saya harap by the time dia masuk std 1, semuanya mudah bagi dia. Saya tak mahu dia merangkak-rangkak sedang kawan-kawan lain dah bergerak pantas. Pada saya, kalau dari awal dia ok,insyaAllah dia akan maintain progress macam tu dengan syarat close monitoring from the parents. After all, cuma sethn ni je dia struggle sebelum std 1.
Bila std 1 nanti, semua sama je.Syllabus,ko-ku lebih kurang aje,InsyaAllah tak susah lagi,amiin...
So frens out there, anak korang macam mana?Dah plan ke? :)

Dec 1, 2009

Hari Raya Haji dan cerita sekitarnya

Sighs... walaupun sekarang ni cuti semester, kerja lain pulak yang berlambak.

Di office, kami dilambakkan dengan wang melampau untuk dihabiskan dlm tempoh sebulan sebelum end of the year. Huh!hebatkan? org sibuk berjimat sana sini, kami punya lebihan wang untuk dihora horey!sampai nak bercuti bersenang lenang pun tak boleh,cis!

Makanya, bermula la episod menyiapkan proposal paper untuk macam-macam aktiviti hujung thn kami. Anyway,masih dlm proses,tidaklah semudah yang disangka ye kawan-kawan,kena justify itu dan ini.... herm... enuff about work!

Family matters, last weekend yang hectic, traveling sana sini. Walaupun hanya raya haji, kami boleh dikategorikan beraya sakan. Berarak ke sana sini bagai.Penat mak, nyah! Anak-anak siap bersampin songkok berbaju kurung bagai tau!dapat duit raya lagi :P

Yang paling penting last week was the engagement of my brother! Alhamdulillah.... :) insyaAllah tambah sorang lagi ahli keluarga,heheh.... nanti tambah budak kecik lagi...hoho :P

Majlis simple aje,after all baru nak letak tanda aje,nak cop le kate org kan... tak yah lah grand benau... kos pun idok le tinggi sangat.... nasib baik adik ipar yang sorang itu kreatif tangannya... menjadi la hantaran yang tidak kurang gempaknye :) dpt kredit berlebihan le dari mak mentuanya :P kakak ipar tangan tidak kreatif tapi mulut boleh tahan,hehehe... I can do the coordination, logistic and accomodation.... bole la tu kan.... :P

So people, ni ade gambar-gambar sekitar majlis utk tatapan.Enjoice!
Barang bukti paling penting pada hari kejadian,cincin tunang!

Dayang-dayang dgn hantarans,:P

Hantaran teruna dan dara bergandingan,hoho :P Scene paling syahdu hari tu,kita sorok dulu wajah bakal pengantin,kasi saspen, nanti dah kawin baru tampal sini,barulah sukses!hehe
pregnancy

..::Ceriteraku::.. Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon Template