Apr 28, 2009

J-Card Day Queensbay Mall

30/4/09 ni J-Card day kat Queensbay Mall. Ku dah mintak cuti awal-awal lagi demi misi suci ku ini,muahahaha.

kawan-kawan, nanti kita jumpa kat sana ye. Jgn lupa bawak duit berbakul-bakul utk dihabiskan nanti,hehehe.

thn lepas boleh aku termiss event penting ni.cis, sungguh aku tak puas hati. macam mana aku boleh tak tahu ni?tu la sebabnya thn ni aku beria sgt nak pergi.

items yg nak dibeli nanti:

baju raya anak-anak (at least sorang sepasang: branded one yg discount at least 50%, bole gitu?)
kemeja kerja abang
baju kecil dan seluar kecil (kuikui) -yg ni pun nak tunggu J-Card day baru nak beli,hehehe
slack mama utk kerja
jeans utk jalan-jalan

lain-lain(yg ni paling bahaya ye kawan-kawan, ya Allah jgnla aku terbabas beli benda tak sepatutnya,amiin)

ok, tu je nak cerita hari ni.

tima kasih.

Apr 27, 2009

Langkawi: 25-26 Apr 2009

Alhamdulillah, dah selamat sampai selepas 2D1N holiday di Langkawi.
Interesting!lepas ni kena ajak member-member buat arrangement lagi ke Langkawi dan yang paling penting kena pegi lebih dari satu mlm. Best le! kids especially mmg enjoy sangat. Budak-budak je 20 org lebih.... mmg havoc jadinya. Bila ada yang gaduh berebut mainan,herm... satu ferry dengar bila menangis,hehehe.

Masa yang sikit tu separuh dihabiskan kat pool dan pantai. Mana taknya, kalau dah masuk pool tu dah tak nak naik dah. Sampai kecut kaki tangan pun nak mandi lagi.
Mama tak shopping byk. Beli coklat je. Kagum dgn diri sendiri sebab tak terasa pun nak beli pinggan mangkuk bagai. Maklumla, yang ada pun tak terpakai,hehe. Ada pinggan mangkuk hadiah kawin yang tak pernah guna pun :P
Since pegi sekejap aje, kami cuma sempat pegi Underwater World aje hari sabtu tu. Tapi dpt corporate rate. So, dpt save RM6 per head. Nasib baik pegi reramai :)
Hari Ahad tu diaorg pegi naik cable car tapi kitaorg tak join sebab dah pernah experience thn 2005 dulu. So, kami round island je. Menarik jugak lagipun sepanjang masa round island tu budak 2 org tu tido aje sebab letih mandi pool pagi tu. Lepas tu singgah Idaman Suri dan Hj Ismail utk beli coklat. Ingatkan Hj Ismail murah tapi bila pegi tgk dia punya price beza byk la pulak dgn Idaman Suri. Ish! tak leh jadinya. Terus ajak abah diaorg patah balik ke Idaman Suri. Mujur tak jauh. Beza RM1 tapi kalau dah beli berbungkus-bungkus, boleh save RM10 jugak. After all, minyak keta pun ada lagi, jap lagi nak pulangkan bukan leh amik balik minyak yg dah isi. Jadi kita utilize la minyak dan keta sewa tu kan. :D
Kami famili terakhir yg pulangkan keta. Member lain dah ready tunggu kat Jetty nak balik. Dok calling kami mana la hangpa ni, tak mau balik ka? kami nak beli satu pulau langkawi,hehehe.
Jgn marah na.... :P
Ok, ni gambar yg berjaya diambil. Kamera member lagi byk tapi hari ni ramai yg cuti.Letih holiday tak habis lagi :) Sila tengok.

Apr 24, 2009

Cubaan utk post satu entry baik punyer

medey...medey....

keadaan sangat sesuai utk testing power celcom broadband ni ye hari ini...selalu nye lembab macam cipan. :p

ini adalah entry pertama yg cuba dipost melalui desktop dibilikku ini... herm,not bad.... laju jugak... :)

kids dah tido,mama dia teringin hapdet blog pulak... ada satu web ni sebenarnya nak cek tapi ya ampun tak leh bukak pulak. dah tu melalut la jadinya,kan dah start blogging.... :D

siang nanti nak ke perlis,trip ke langkawi dgn officemate hari sabtu.kitaorg nak bermlm dirumah kakak iparku,so pagi sabtu tu tak kelam kabut. tapi satu hape pun belum kemas lagi ni. tadi lepas dinner clearkan laundry dulu.semua dah ready bergantung kat ampaian. yg nak lipat pun dah siap,cuma yg nak bawak je belum ready. takpe la sempat lagi.lagipun bukannya jauh pun.paling lama 3 jam...

ok,dah rasa ngantuk.nak tido le beb. lagipun takut tak terpublish lak entry keramat ni,maklumla live dr rumah ni,muehehe. skit sudah le,ye dak... kang bosan lak....

night everyone,sweet dreams.... tada......

Apr 23, 2009

Satu lagi entry please

mementang la baru bukak blog,byk la pulak benda nak taip ye. :P

ha'a, ada la org nak cerita ni.
ok, esok jumaat. saya cuti. nak pi holiday, bawa anak-anak jln-jln kat langkawi. kelab kat opis ni organize,bagus la diaorg ni.... aku join je.... kena bayo le dik, takkan free pulak. tapi tak yah pening kepala sebab semua diaorg arranged... baguskan... :P

anak-anak pun excited nak pegi holiday sebab dah lama tak jalan-jalan. nak naik ferry kata diaorg... :)

last pegi langkawi masa haziq umur 8 bulan,thn 2005. so, kira trip ni, look fwd jugaklah sebab dah lama tak pegi. member-member pun kata dah byk new things kat langkawi.

hopefully semua dirancang menjadi,amiin. semoga selamat pegi dan kembali.

ok, nak letak gambar masa di langkawi thn 2005. akak kurus masa tu okeh,sekarang dah gemuks,cis!




-Cable car station,Gunung Mat Cincang,Langkawi-

Entry pertama di blog baru

salam semua!
wah! akak dah bukak blog baru nampaknya ye kawan-kawan.... :))
kemana menghilang selama ni? ada, tak pegi mana-mana cuma sikit bz dgn jadual harian,ahaks!
satu lagi sebab kenapa akak menyepi ialah kerana akak bosan dgn layout lama di blog lama ku itu. nak makeup pun tak boleh sebab blog tu di'create' sebelum adanya features yg sempoi di blogspot ni... namun begitu(chewah!) akak sgt sayang blog lama itu kerana byk sejarah hidupku disitu... cerita kanak-kanak ribena ku pun byk kat situ :)
kira arkib yang zaman dahulu kala tu kena pegi baca kat blog lama la ye kawan-kawan,hehehe url nya ialah: http://www.manggapintubesi.blogspot.com/
ok, macam mana wajah baru ku ini? santek tak? santek kan? better la kan drpd yg lama tu.... ada la warna-warni gitu :P
cukup dulu utk entry pertama. akan ku pastikan blog ini tidak bersawang spt blog lama (ye la tu)
jgn marah ye.... tada....

..::Ceriteraku::.. Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon Template