Apr 15, 2010

Post wedding and other related issues

Kenduri kendara dah selesai weekend baru ni. Hari sabtu rumah sebelah perempuan dan hari ahad sebelah kami di Kompleks Tbg Haji. Walaupun dah 4 hari majlis selesai, penat menguruskan majlis masih terasa.... dah la cuti 1 hari je lepas majlis. Tak sampai hati nak cuti lebih-lebih sebab next week nak cuti whole week sebab exam... kenala consider team member kan, kasi chance diaorg cuti dulu... :-)

Talking about exam, herm... satu apa tak prepare lagi ni... bila pegang notes nak study, mata terus lalok... nak pejam aje. Letih tak habis lagi,huhu...

So, apa cerita kenduri hari tu? ok, alhamdulillah... gempak jugaklah... semua menjadi seperti dirancang... wedding of the year nok! akak jeles nok! ade ke patut kereta pengantin mercedes s class,ceh! macam hebat le pulak!

Oh ye... punya la bz sebab kakak pengantin la katakan,gambar pun tak berapa ambik... byk photographer rasmi yang amik... jadi tak dpt la nak share kat sini... paling terkilan, tak bergambar dengan ina yang datang jauh dengan famili drpd pahang... sorry la na, aku terlupa langsung.... patutnya masa kita makan sama2 tu dah sempat bergambar sama... mmg frust tak de kenangan ko dtg kenduri tu... :-(

tapi gambar pengantin ada kat FP photographer, boleh klik sini utk tgk gambar2 kawin diaorg.... tgk gambar diaorg rasa nak kawin sekali lagi,hahaha!siap kowtim dgn wife photographer nak buat outdoor session nanti... bila tu? eksaited dia nak ambil gambar, nanti la kak... saya bz lagi ni(sedar diri nak menghadap exam dulu kak) :-)

ok peeps, tu je nak jot kat sini for the time being, mari berdebar untuk exam minggu depan, haruslah cari-cari masa belek buku pulak ye!

..::Ceriteraku::.. Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon Template