Nov 11, 2010
Hui,lamanya tak apdet...
tapi sesekali rindu gak blog ni, ada gak nak post cerita ceriti tapi masa lak takde. ni pun kalau nak ikutkan tak sempat tapi taip jelah apa yg terlintas kat kepala ni.
sebenarnya nak note kat blog ni that I have officially compeleted my nite classes and exams,yahoo! alhamdulillah.... no more nite classes and exams bebeh!hanya thesis memisahkan ku dgn graduation day,chewah! *yes, I'm so eager to stand on the stage receive my scroll,recall my last convocation was suck,huhu,sgt x best konvo mmu dulu,uwek!pesta konvo pun comel kecil-kecilan aje,huhu*
harap2 result exam baru ni pun akan spt diharapkan,kebaboom gitu,hahah,dah last2 ni baru beria2,maklumlah senior katakan,idea lebih gempak :P haruslah result makin baguskan,tak gitu ;P
cerita lain, cerita thesis ler,ape lagi.... w/pun dah abis exam dan cik abg kata bleh gembira kejap tapi ku tak rasa nak bersuka ria knowing that my thesis is still behind schedule,yaks!nasib baiklah dah x de kelas, bleh la fokus satu benda tu je.
lagi?batrisyia dah x sabar nak jadi kakak,haih! letih mak dia nak jawab belum bole lagi... kena tunggu mama habiskan thesis dulu... dah le iklan celcom 5+1 tu asyik tayang je skang nih... asal tgk iklan tu dia pun mula la tanya, "mama,bila kami nak dpt adik baby ni?cepatla mama,nak banyak2,kaler pink2" hadoyai.... biar betul nak, satu pun payah,kamu nak banyak2, igt buat dadih ke nak? bancuh2, lepas tu letak dlm bekas,tunggu sat dah siap? :P
kalau mcm tu mmg tak de hal :P
tu cerita mama dia,cerita anak plak ah!
Haziq dah nak grad,alhamdulillah! next weekend ada graduation day and guess what? haziq dpt anugerah,siap dgn trophy lagi,weihuu!best-best,cayalah anak mama, i'm so proud of you baby.
tu duniawi, hak akhirat jgn lupa ye, ngaji pun progress bagus,alhamdulillah. ustazah kata he's doing well..... iqra' yg dulu iqra' satu pun tak abis kat sekolah lama, sekarang dah iqra' 5,caiyok,kamu hebat anak!*kami x push sgt sbb nak dia hayati dan lakukan dlm hati yg rela,paksa2 tak main, janji belajar dapat,insyaAllah :)
adik?dah cerita tadi,asyik mintak adik baby aje :P
cik abg?my best fren,my shoulder to cry on,my supporter!
*bleh kerap fishing lepas ni sbb bini dia dah nak abis belajo,hehe*
ok tu je nak note sini,tak tau la bila lagi nak hapdet ni :P
Aug 16, 2010
Ramadhan
Alhamdulillah Allah beri peluang bertemu dgn Ramadhan lagi thn ini.
Apa beza Ramadhan kali ini dgn Ramadhan sebelum ini?
Yg paling utama: Haziq dah mula berpuasa, Alhamdulillah. This year Haziq 6 thn jadi kami decide dia patut try puasa sbb ada kawan2 sebaya dia yg dah mula berpuasa as early as 5 yrs old. So, kami dah inform dia awal2, thn ni dia kena belajar puasa so that dia can be mentally ready and physically ready *pyhsical?ready buat mende? senaman? hehehe*mental tu yg penting, nak dia set kat dlm diri dia yg dia kena berpuasa. After all, dia bukan budak yg kaki makan, so no big deal lah kalau tak leh makan. Dia lagi happy mama tak bagi bekal so that later in the evening mama tak soal dia, "Haziq, kenapa tak habiskan bekal?"hehe.
So, what happened during the last 5 days? Alhamdulillah, Haziq berjaya!! *clap clap* :-)
Unbelievable jugak.A day before puasa mama dah pesan kat ustazah dia suruh bagi makan tgh hari since Haziq tak pernah berpuasa sebelum ni. Tak nak lah drastik sgt, takut terkejut.Slow and steady lah kata org kan :-)
Tapi Haziq berjaya since ada insiden yg menyebabkan he missed the time makan tghri 1 Ramadhan tu. Ok jugak ada insiden tu, at least Haziq leh continue puasa tapi hari first tu member mmg lembik lah.lunyai terus. Dah buka puasa pun still lembik lagi,sampai tak ikut abah gi terawih la which he did on the first night.Mana taknya, sahur dengan sebotol susu je,lain2 sume tak nak. Then kitaorg advise dia yg dia patut makan nasi so that he will feel better during the day. Alhamdulillah, mau dgr kata, hari kedua dan seterusnya bersahur dgn nasi, minum susu dan ambil vitamin. Tapi mama kena suapkan lah,manja tak habis lagi... layanz... as long as puasa... :-)
ok tu cerita Haziq, semoga berjaya sepanjang Ramadhan anak ku!
cerita mak bapak dia biasa2 je, cuma let's gandakan amalan kita.
As for me, alhamdulillah thn ni tak byk kelas dah, tinggal 1 kelas je seminggu. tu pun untuk Ramadhan thn ni, 3 hari je berbuka kat *sm,the rest dgn famili.thn depan kalau panjang umur dah tak yah buka posa kat kelas lagi,yahoo!
Ok, tu je nak cerita.
Hopefully masih belum terlewat utk wish dear readers,
"Selamat Berpuasa, semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik utk kita dan moga diberi peluang bertemu LailatulQadr nanti, insyaAllah. Maaf sekiranya ada tersalah kata terkasar bahasa :-)"
Aug 4, 2010
Quick update!
-ni pun gambar exaggerate lebih,baby BF tu tipu!anjen & kucen pun tipu, semua tadak. baby kecik soon,hehe, anjen dgn kucen is a BIG NO NO!ironing dgn jawab tepon tu betul,applicable to me,hehe-
*images:credit to google lah*
Jul 15, 2010
Argh Sejuk Giler....
*image: mr google lah!*
jgn lepas nih seme org kat opis nih ken*u* jadik mcm nih sudah,hahaha.lepas ni nak pi beli set baju cam igloo man ni lah.mesti glam dok dlm opis nih,hahah.
dah la merapu, otak kurang produktif ok sebab sejuk sgt,haruslah merepek kejap!
Jul 14, 2010
Rezeki...
hari ni saya nak jadi ustazah sikit,heheh....
lately saya byk comes across situation yang buat saya terfikir tentang ciptaan tuhan yang maha kaya.
normally sebagai manusia biasa yang lemah dari segala segi, saya selalu membandingkan diri saya dengan orang yang lebih baik pencapaiannya which is necessary untuk sesetengah hal dan tidak perlu dlm hal yang lain pulak.
contohnya, dlm bidang pelajaran,mestilah kita bandingkan dengan kawan kita yang lebih baik kan?takkan nak compare dengan mereka yang kurang,ye tak? dan ini mmg taktik yang berhasil untuk diri sayalah,saya jadi jeles,saya akan cuba buat sehabis baik,setidak-tidaknya at par lah dengan kawan yang saya compare tu. *pat on my back,hehehe*
semester lepas baru ni, mr lecturer assigned each students with specific topic to be lectured,saya ulang, to be lectured ye kawan-kawan. mau berpeluh berpinau jadinya,heheh.yelah, selalu jadi audience mendengar saja,sekali kena bagi lecture dlm kelas daaa...tapi disebabkan saya dah tgk mcm mana kawan-kawan yang lain present, saya semat dlm hati nak buat yang terbaeekkk,and i work hard for it, i put my extra effort and alhamdulillah it turn out marbeles!*ayat syiok sendiri*kasi can lah,ni kan blog saya,hoho*
ok,tu contoh cemburu membawa kebaikan. berbalik pada topik rezeki ni, manusia biasanya membanding kan harta benda duniawi sebagai perbandingan,berapa besar gaji si polan si polan, berapa besar kereta si polan si polan and so on so forth.... byk lah kalau nak senarai kat sini. sedar atau tidak, harta benda kesenangan dunia juga satu ujian drpd Allah utk hambaNya which selalunya menjadi punca tertewasnya sang hamba dengan segala kesenangan dunia.yelah kan dah senang lenang, balik rumah semua tersedia, bibik dah siapkan, di office ada staff yang buatkan semua, cuma arah saja, kan ke senang tu, bole la buat hal sendiri, shopping ke, online shopping ke, browse sana sini ke,ah heaven! ni contoh je.... dan semakin lalailah dlm keindahan dunia yang sementara.....
alangkah baiknya jika gaji yang besar, kereta yang besar diguna ke jln Allah. gaji di infakkan kepada mereka yang memerlukan, kereta di bawa ke majlis-majlis ilmu.tentu berlipat ganda pahala dan rezeki bertambah murah kan,amiin.... :-)
nikmat yang tak boleh dilihat dipegang, ketenangan hati... jiwa yang tenteram,subhanallah.... indah hidup yang sementara,hati sentiasa mengingati mati supaya kita tak leka dgn keindahan dunia *ya Allah, golongkan lah aku dlm golongan yang sentiasa mengingati mati,tsk takutnya, amalan masih ciput*
contoh mudah rezeki yang lain ialah pekerjaan yang tetap, keluarga yang sempurna,anak-anak yang sihat,ah syukur alhamdulillah...Allah beri yang paling baik untuk kita pada masa dan ketika kita melalui sesuatu perkara,cuma mungkin kita belum nampak kenapa sesuatu perkara jadi begitu pada masa itu,wallahhualam.... semoga kita menjadi manusia yang lebih bersyukur,amiin.
sekian :-) peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang membaca entry ini.
Jul 8, 2010
Game Over!
Jul 4, 2010
World Cup & diriku
Jun 18, 2010
Cuti lagi
so, apa nak buat cuti satu hari? erm, since cuti tgh-tgh minggu maybe lepak rumah aje, temankan haziq buat homework,mama dia pun sedar diri masa tu dah start sem baru, thesis kena la belek-belek.
anyway, nak note pasal cuti tu aje,me so happy,got additional 1 day for this year public holiday,good good! bulan 9 nanti ada another 1 day extra.baguslah Malaysia,cuti banyak! yahoo!
Jun 14, 2010
2 minggu tak update!
Jun 3, 2010
Bila bos besar turun padang
TAPI......
dlm masa yang sama ada colleugues anda yang enjoying life coz everybodi else busy meeting the boss.... so... he/she is......
or....JANGAN MARAH :-))
Images: credit to google!
Nota Kaki: kerja kena rajin walaupun bos takde, sebab ada bos lagi besar tgh evaluate kita dari 'atas'.so,bos ade ke takde ke sama je. sekian :-)
Jun 2, 2010
Wondergirls?!!?!!?
May 28, 2010
The best job vacancy advertisement ever!
where:kedai pengantin opposite klinik *run @ **lim
why:please scroll down and see the pic!
who:tokey kedai tu la,buat lawak antarabangsa sungguh,hahaha
how:do i need say anythin'?mmg lawak lah,sampai hari ni bila teringat rasa nak gelak,hahah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
see?lawak kan? sapa kata pon*dan tak laku? laku nyah oiii.... diutamakan lagi dlm kes ni! :-)
mmg tergelak-gelaklah kami masa tgk benda alah ni,sangat menghiburkan hati gue,heheh.
anyway, entry ini tidak berniat memburukkan sesiapa,tidak ada kena mengena sama ada hidup ataupun mati.
sekian. :-D
May 25, 2010
Mmg musim crocs ke sekarang nih?
May 24, 2010
Brape punya lama daaaaa......
------>
----->
Apr 15, 2010
Post wedding and other related issues
Talking about exam, herm... satu apa tak prepare lagi ni... bila pegang notes nak study, mata terus lalok... nak pejam aje. Letih tak habis lagi,huhu...
So, apa cerita kenduri hari tu? ok, alhamdulillah... gempak jugaklah... semua menjadi seperti dirancang... wedding of the year nok! akak jeles nok! ade ke patut kereta pengantin mercedes s class,ceh! macam hebat le pulak!
Oh ye... punya la bz sebab kakak pengantin la katakan,gambar pun tak berapa ambik... byk photographer rasmi yang amik... jadi tak dpt la nak share kat sini... paling terkilan, tak bergambar dengan ina yang datang jauh dengan famili drpd pahang... sorry la na, aku terlupa langsung.... patutnya masa kita makan sama2 tu dah sempat bergambar sama... mmg frust tak de kenangan ko dtg kenduri tu... :-(
tapi gambar pengantin ada kat FP photographer, boleh klik sini utk tgk gambar2 kawin diaorg.... tgk gambar diaorg rasa nak kawin sekali lagi,hahaha!siap kowtim dgn wife photographer nak buat outdoor session nanti... bila tu? eksaited dia nak ambil gambar, nanti la kak... saya bz lagi ni(sedar diri nak menghadap exam dulu kak) :-)
ok peeps, tu je nak jot kat sini for the time being, mari berdebar untuk exam minggu depan, haruslah cari-cari masa belek buku pulak ye!
Mar 30, 2010
Aku terima nikahnya...
Hantaran 2 sajork sebab the grand one minggu depan kita antau, kita buat yg wajib dulu ok!
Kami sekeluarga on that day, wajib tempek sini ok :P
Mar 22, 2010
Harga yang perlu dibayar...
ya,saya kena pakai mata bantuan sekarang... mata dah tak sharp macam dulu... rasa-rasa macam sharp lagi tapi sebenarnya saya force utk nampak apa-apa yang saya nak lihat.... sampailah last week sakit kepala almost 1 week. jumpa doktor, dia advise pegi check mata dan advise supaya reduce kan caffeine intake, to be exact, nescafe dan kopi. fine, saya tak minum kopi/nescafe 2 hari ok (lama tu), tapi sakit tak hilang jugak. kebetulan ke shopping complex malam ahad hari tu, masuk kedai spec, check kejap dan confirmed, "kak kena pakai spec la, dah ada power ni... selalu guna komputer ye?" "ye dik,mmg sentiasa guna...".... "12 jam sehari?" "lebih kurang la... kat office whole day,balik sambung kat rumah""erm,kalau macam tu elok pakai la kak"
That's it! pakai pun pakai la... dah tak tertahan sakit kepala... patut la tak kurang2 sakit ni... mata ni dah mogok asyik kena paksa kerja overtime... lately byk assignment kena buat,baca jurnal, focus... ni la bahananya,huhu
Dalam sengkek2 gaji belum masuk ni, terbang la RM268 utk spec baru ku... gambar kat atas tu spec lama beli dulu2 utk cover mata masa ngadap pc, pakai le kejap sebelum dpt spec baru... esok insyaAllah siap... dan ini le rupaku bila pakai spec, kawan2 kata macam pengetua sekolah menengah ahahah... tak kisah la labu.... janji kerja siap
kena jugak dpt MBA nih, geram dah ni.... sampai ter rabun skit sebab berjaga study dan buat assignments, baru berbaloi ok! huh!Mar 13, 2010
Halimah Jongang
korang suka tak lagu ni? sempoi je kan? sesuai unt santai2... tak de heavy mesej... simple lyrics... i like,bila dengar rasa nak gelak... so people... enjoy!
Halimah Jongang - Eddie Hamid
Berulang kali
Telah ku katakan
Diriku ini
Di waktu ini
Telah dimiliki
Tak usah lagi kau dekati
Tak mungkin aku jatuh cinta padamu
Usahlah engkau memaksa diri
Memuja diriku
Ku takut nanti
Kau gigit jari menangis sendiri
Janganlah engkau berangan-angan
Jadi buah hatiku
Walau dalam mimpi pun ku tidak sudi
Jangan jangan jangan ku digoda
Tengok bayangmu pun ku tak selera
Pergi pergilah cari yang lain
Jadi kekasihmu
Jangan jangan jangan ku dipaksa
Tengok mukamu pun aku tak suka
Jangan jangan jangan kau jadi perigi
Yang mencari timba
Halimah jongang
Halimah jongang
Halimah jongang
Halimah jongang
Ha... ha... Halimah jongang
Jongang jongang jongang
Kau halimah jongang
Jongang jongang jongang
Halimah gigi jongang
p/s: sian halimah kena rejek, tapi last2 halimah jadi cantik you!
Mar 9, 2010
Di antara hela nafas....
Alhamdulillah,semua urusan jenazah berjalan lancar,dear hubby dpt tunaikan tanggungjawab sebagai anak buat kali terakhir utk abahnya.... yang tinggal hanya nama.... dan terputuslah semua hubungan dunia. Yang ada selepas ini adalah hadiah dari sang anak dlm bentuk doa'. Amiin... semoga rohnya ditempatkan bersama org-org yang beriman....
Feb 10, 2010
Mid term exams
malam esok ada satu paper. multiple choice,jadinya kerisauan kureng sebab jawapan dah ada depan mata,pandai-pandailah tembak. tapi takut jugak, so esok cutilah satu hari.... preparation nok!takkan la sampai poyo tak tau konsep pun,caner nak jawabnya,huhu... wish me luck!
next week joli katak pisang kejap sebab mid term break cum CNY,yahoo!kalau cuti bukan main seronok nok!happy tak igt!tapi... tapi... tapi.... lepas cuti ada lagi 2 paper.ceh,potong stim betul!mana nak gumbira lebih-lebih nok kalau tahu kat depan ada bala bencana menunggu... haruslah berhati-hati ketika bergumbira,igt-igt lah hari dukacita yang bakal mendatang,ahaks! jadinya, enjoy so-so sudah ye.... maklumlah, anak pun cuti sekolah seminggu,dpt lah mak bapak relaks skit.... tak yah buat kerahan tenaga mengajar anak secara marathon in order to collect stars, aiyak! sudah mula cerita stars,hahaha.
ok peeps, nak sign off dulu yek. doa-doa esok oklah hendaknya,amiin....
Feb 2, 2010
Post mortem selepas 1 bulan di sekolah baru
Ni beg yang Haziq bawa balik hari jumaat lepas. Siap ada nama tag nama tu.Mmg dedicated khas utk Haziq,saya suka :-D
Dalam beg tu ada buku untuk semua subjek, drpd bahasa melayu sampai la art book dia.Tak lupa buku ejaan dan spelling yang mak dia kecoh sangat,hehe. Dpt la peluang tengok apa yang Haziq dah buat dan senyum gumbira dengan hasil kerja si anak. Kalau dulu kena tunggu satu semester baru leh dpt chance tgk semua,sekarang tidak lagi.
Ok,remember pasal redemption card yang saya cerita hari tu? dan buku khas consists of date and words yang akan ditanya? haaa, ni dia.
Gambar kanan atas: redemption card yang dah siap ada 4 star,yey!
Gambar kanan bawah:ref book and redemption card front page,gambar blur la pulak.
Disebabkan mama dia syok sangat pasal bintang-bintang ni,gambar buku tulis dgn tulisan anak pun mama dia capture. Suka hatilah kan,janji happy.Mak mana tak seronok anak dia berjaya kan?
Gambar atas kiri: buku ejaan dan spelling
Gambar atas tengah:english words.
Gambar atas kanan:english words yang Haziq sangkut,siap dgn corrections.
Gambar bawah kiri:first group of malay words.
Gambar bawah tengah:second group of malay words.
Semoga terus sukses anak ku,doa mama bersama mu.....
Feb 1, 2010
Selamat Hari Lahir Kekasih Hati
Aci tak gambar potret ni consider hadiah bang?tapi rupa you macam tak jadila,kurang encem :P tapi rupa I jadi,heheh
Doa kami(read:mama dan anak-anak) abang/abah dikurniakan umur yang panjang, sihat tubuh badan,mendpt rezeki yang melimpah ruah,berjaya dunia & akhirat dan mencapai semua impian,amiin.
Kami sayang abah!
Happy birthday abah ataupun hepi sebedey abah,bak kata Batrisyia!
Jan 29, 2010
Happy birthday Mak & Happy anniversary! dan cerita sekitar Januari 2010.
Gambar hiasan: pagi Aidiladha baru-baru ni...
Wan macam King of Saudi daa.... hehe
Semoga Allah limpahkan kurnia dan rahmat dalam rahimNya kepada mak dan abah.
Semoga Allah berikan kesihatan yang baik untuk mak dan abah dan moga Allah makbulkan doa-doa mak dan abah,amiin.
Happy 58th Birthday & Happy 31st anniversary!
Seperti biasa, sibuk menjadi alasan blog ni tiada update tapi sesungguhnya mmg bz sangat tahun ni. Jadual kami anak beranak pack sejak Haziq ke sekolah baru. Mama dengan abah pun jadi student balik sebab nak sama-sama beriring dengan Haziq untuk pastikan dia ok dan seronok dengan sekolah baru nya. Alhamdulillah,setakat ini kami berpuas hati.Seperti entry sebelum ini, cerita star yang kecoh maknya dibuatnya... Haziq terus maju, dia dah berjaya collect 4 stars since last week. 2 stars each week. 1 star each for ejaan dan spelling.
This week words are: sawi,timun, terung, lobak merah, kubis & bendi. English: cupboard, computer,chalk,clock,broom, duster,desk & window.
English words minggu ni saya tak harap sangat sebab dia macam tak confident. Abahnya pun ckp"Haziq mcm gayat aja"hehehe, so we thought kalau dia tak dpt star pun tak pe tapi Haziq dpt,unbelievable!hebat la anak mama... selalu saya puji-puji dia,bukan main seronok lagi kawan tu,sengih aje,heheh. Masa on the way ke kelas hari rabu tu, kami calling lepas abah dia pick up to congratulate him sebab berjaya dpt star... dia dgn happy nya jawab, "Kan mama kata Haziq hebat, Haziq mesti dpt star... sebab tu Haziq dapat!" tengok tu, betapa berkesan nya ibubapa kepada anak-anak! dia tak sebut benda tu senang ke susah tapi kata-kata mamanya jadi azimat, Saya hampir menangis kawan-kawan... bahagia.. :-)
Lagi gambar hiasan, dua org budak nakal :-P yang melengkapkan hidup kami :-)
Rasa berbaloi-baloi usaha pindahkan sekolah dan bangun awal setiap pagi utk siapkan bekal. So far berjaya dengan air tangan sendiri,belum lagi pegi kedai bawa tupperware kosong isi nasi lemak beli... chaiyok!tahniah kepada diri sendiri!
Ok babe, kena stop sini..... ni kot last entry utk Jan 2010.... pencapaian blogger yang sangat tidak bagus. takpe, makcik tak kisah... yang ni not in my list of KPI,tak penting..... byk lagi yang nak dicapai... yang ni sekadar nota ringkas kalau-kalau ke depan nanti nak refer sini.... :-P
Jan 18, 2010
Yeay! Haziq dapat star!
Test pulak bukan main cakap aje, you have to write down correctly.Ada satu buku khas utk test ejaan.Satu huruf pun tak bole silap. Kalau silap tak leh dapat star!Star pulak akan dicop diatas satu redemption card! You have to collect all 10 stars to entitle for a prize! Canggih nok! Mak dia freak out ok because of this!Last week dah start dgn spelling english tapi Haziq tak dpt star, Rifat dapat. Frust mak, tapi rileks lah baru 2nd week kan.Last week english words nye: Good morning, good night, good afternoon & good bye! yang good tu confirm lah Haziq ok, tapi rasanya dia sangkut kat night dgn morning kot sebab bye dgn afternoon tu masa revision ok aje. Hujung bulan ni teacher bagi bawa balik buku spelling boleh mama dia check.
Mama rifat bagitau Haziq senyum meleret hari ni sebab berjaya dpt star!Mama dia pon! Now I know the feelings!rasa nak nangis, kecoh mak dia,huhu!
Just to keep a note here: words hari ni ialah pembaris, pemadam, meja, kipas dan papan tulis!
Petang ni kena reward dia dgn something! :-)
Hari rabu spelling: this week nye words: grandfather, grandmother, mother, father, sister & brother! Hurm, chaiyok!chaiyok!
So far, mama dia masih on track. Bangun seawal 5.30 pagi utk masak to ensure Haziq bawa food dari rumah. Harap-harap istiqamah!amiin...
Memang kena usaha lebih compared to parents yang anak diaorg dah senior kat sekolah tu... tapi tak apalah,better late than never kan! I want my Haziq to stand proud when he is std 1 nanti.Kecut perut dgr cerita mak ngah dia (cikgu sekolah rendah) ramai yang tak boleh membaca, mengeja pun merangkak masa std 1. Mula la kena basuh dgn cikgu. Std 1 hari ni bukan macam std 1 zaman kita dulu,baru mengenal A B C. Sekarang, cikgu expect you dah boleh baca, silibus macam kita std 3 dulu kot.
Dear Haziq sayang!mama bangga Haziq dpt star hari ni and you managed to beat your frens yang dah senior kat situ!You go boy!Luv you!
Jan 11, 2010
Tahun baru,azam baru dan rutin baru!
bila kami confirmed tukar dia ke sekolah baru, macam-macam perkara yang harus diteliti demi menjamin semuanya dlm keadaan baik.
komitmen kami bukan sesuatu yang boleh dikompromi. jumlah RM yang bukan sedikit bukanlah topik yang perlu dibincangkan. jika mahu hasil yang baik, pelaburan juga mesti tinggi... dan selepas 5 hari Haziq ke sekolah baru, saya dpt lihat perubahan yang ketara dan saya bersyukur saya buat perubahan ini... :)
last week, saya cuti 2 hari pertama Haziq ke sekolah baru, wan & tok pun tak ketinggalan turut serta pada hari pertama. meriah!kawan yg suggest sekolah baru a.k.a mama rifat pun surprise tengok moral support tak berbelah bahagi tok & wan. kami suspense memikirkan cara Haziq adapt to the new environment. kalau dulu, medium bahasa melayu, kini semuanya english kecuali kelas bahasa melayu.
takut? ya, mmg saya takut... takut sangat... berdebar-debar.... macam manalah anak aku ni, boleh ke dia terima perubahan ni? macam-macam soalan berlegar difikiran.... hari pertama jam 9pagi, Haziq dah mula belajar... best kan? mmg bagus lah diaorg ni... no such thing as main-main ni.... 8.30 sharp dah mula kelas.... hari pertama saya dah dpt calendar a.k.a taqwim sekolah... so parents dah boleh plan family program if any... teratur sungguh, well planned.kagum!
homeworks? everyday ok,without fail... hari ketiga saya dah mula dapat feedback dari cikgu maths haziq. sampai naik tensen saya, tapi saya suka! diaorg betul-betul concern pasal Haziq... diaorg minta saya monitor Haziq dirumah... dalam masa yang sama diaorg berusaha di kindy.
silibus? mantop!bak kata shamsul ghau-ghau... hehehe.... saya dan suami sangat teruja.... hari pertama Haziq balik rumah bawa few books. ada buku tulisan dan siap dgn homework untuk dihabiskan di rumah....
doa saya tahun ini, saya dapat capai apa yang saya rancang:
-habiskan another 1 year of MBA yang mencabar dan grad tahun depan! yey!
-beri tumpuan yang lebih kepada Haziq
-bangun awal setiap pagi dan siapkan bekal untuk Haziq (semoga dgn berkat air tgn mama Haziq lebih mudah terima ilmu,amiin)
panjangnya tulisan saya utk pembukaan 2010 ni... sigh.....
..::Ceriteraku::.. Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon
Template