May 3, 2009

J-Card Day aftermath

Kan haritu cerita nak pegi J-Card day Queensbay Mall, hasilnya sangat memberangsangkan ye kawan-kawan. :-)

Mujur cuti hari tu. Tu pun rasa masih banyak yg tak sempat tengok. Among 4 floors, hanya floor kids & men dan ladies je yang sempat dijengah. Floor barang-barang rumah i.e bedding items dan supermarket tak sempat pegi.


Kitaorg sampai sebaik saja sebelum Jusco tu buka pintu. Bayangkan betapa semangat nye kitaorg nak bershopping,hehe. Dah tu, dah mmg nak membeli belah kan, pegi la awal-awal. Jalan tak jammed, parking depan pintu Jusco,hehe,org dlm Jusco pun tak sesak.


Seperti yang disenaraikan dlm entry terdahulu,semua misi tercapai.Malahan ada yg terlebih,tehehe. Tak tahan nyah, mak tgk semua murah-murah. Baju budak-budak tu lebih dari sepasang mak rembat. Janji sepasang kan? Dua-dua beradik dpt berlebih-lebih.Kalau lepas ni tak shopping raya pun tak apa. Branded items for kids kebanyakan yg mak rembat 70% discount.Mmg worth beli.(nak justify tindakan ku shopping tu hari :P)


Cuma baju kemeja kerja hubby ku terpaksa ditukar sebab saiz tersilap. Jadi,terpaksalah(terpaksa tu) pegi lagi malam tu,heheh. Tapi misi menukar baju tidak membawa apa-apa kehancuran kepada poket kami sebab kami mmg pegi tukar baju je,kami tak beli additional :-) (tepok tangan semua,heheh)


Utk diri sendiri,semua yg tersenarai telah berjaya dibeli at discounted rate. termasuklah sebiji beg yg tiada dlm senarai,ngehngeh. Sebenarnya, beg tu mmg patut beli pun utk ganti beg lama yg dah terkena penyakit sopak. Yela, beg lama tu aku pun dah tak ingat bila aku beli. Dah melepuh dah kulit beg tu. Beg sandang belakang yg sangat suka ku gunakan utk aktiviti santai dgn famili. Galas je, ok, dah mama ready utk shopping. Beg baru ku itu ku beli @ 70% discount. After discount tak sampai RM50,kira murah le kan.


Tu je nak cerita, duit pun dah habis. Jadi lepas ni sila jgn cerita bab shopping ye kawan-kawan.Saya sudah insap :-(

0 comments:

pregnancy

..::Ceriteraku::.. Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon Template