Jun 16, 2009

Feng Sui?

*Nota: Ini adalah entry suka-suka. Tiada kaitan dengan mana-mana individu walaupun penulis menulis tentang diri sendiri. (paham? tak paham? buat-buat paham la labu,heheh)

Juga dinasihatkan mengambil entry ini sebagai entry sambil lewa sahaja. Jgn serius sangat dan dinasihatkan tak yah lah korang percaya,takut syirik pulak,nauzubillah.

Baiklah, mari kita mulakan ye.

Macam ni, last weekend kitaorg spent kat kampung abah budak-budak ni. Balik kampung lah senang cerita.

Ada 2 objektif utama balik kampung minggu lepas:

1) mmg nak balik visit opah diaorg sebab dah lama tak balik kg:mama dgn abah bz bangat!
2) abah masuk pertandingan memancing kat p*nd*ng.

ok,bukan nak cerita bab memancing ye. Nanti lari tajuk pulak. Penat nak hambat *kejar.

bila abah diaorg pegi fishing, mama boring tak tau nak buat apa. So, mama dah buat plan baik punya dgn mak ngah diaorg (kebetulan pak ngah pun kaki pancing pegi fishing dgn abah diaorg) utk pegi jalan-jalan. So, ke mana kita? Sg P*tan* lah yg dekat yg boleh shopping mopping,hehehe. Eh!nak beli apa lagi? kata bajet dah burst? kebetulan(berapa byk kebetulan daaa) cik na minta tlg mak ngah belikan kain utk baju raya dia dan famili.diaorg nak balik raya kat semenanjung. thn lepas kena raya kat sabah, tekanan perasaan diaorg sebab tak leh enjoy makan macam-macam kat sini,hoho!


so?alasan kukuh ye utk ber'shopping' ahahah.


*bila nak masuk cerita feng sui daaa.....


ok,masa kat kedai kain tu.... apek yg potong kain tu punyalah ramah tamah sebab kami last customer dia hari tu... pintu kedai pun dah tutup masa kitaorg duk sibuk-sibuk tengok kain tu.

tetiba, dia pun start dia punya ceramah feng sui kat kitaorg,hoho.
eh, biar betul org tua ni.
dia kata kat kakak ipar aku aka mak ngah, "lu aaa, selalu kena kerja kuat kalau mau hidup senang,misti kerja kuat,idop lu biasa-biasa saja tapi misti kerja kuat"
"oh! ya ka? mana lu tau?"kami tanya dia balik.
"aku tau la,aku tengok muka aku boleh tau punya. Hang aaa, hang hidup senang.... bukan sekalang saja tau,sampai tua pun hang senang" *hang tu refer kat aku la tu,hehehe.
aku dah start tunjuk aku punya interest.ni bagus ni.... kalau cakap benda bagus mesti la sedap dengor ye dok?hehehe.
aku pun tanya dia,"macam mana you tengok? you mana kenai I?"
dia jawab, "aku mmg tak kenai hang, tapi aku boleh tgk dari muka hang..betoi punya aku tak tipu punya. nanti hang balik rumah, hang pi tgk muka hang kat cermin, ada lain skit" (sambil tangan dia buat isyarat usap kelopak mata) huh! biar betul dia ni.... (tapi ok jugak tu,apa lagi yang best dia nak cakap ni,aku dah teruja,hoho)
"laki hang ni baik ooo,sayang sama hang... dia ni sabaq..."
"tapi, aku bagitau hang aaa(ni dia cakap kat laki aku) bini hang angin banyak lepas tu aaa...(sambil buat isyarat tangan mulut cakap tak berenti)"
hehehe,betul jugak tu... mmg angin banyak pun, cakap pun byk,hehehe.
lupa lak nak bagitau, geng kaki pancing ikut gak kitaorg shopping petang tu lepas diaorg balik dari fishing... tu pasal laki aku pun kena tilik tu,hoho

ada la in between tu dia cakap-cakap dgn kakak ipar aku masa diaorg pegi settle bill kat kaunter.

pastu bila dah nak balik tu, kitaorg dah nak say bye-bye.dia kata,"ni anak hang ka?" aku jawab,"ya la, 2 ni saja,ni abang dgn adik, yang tu anak kakak(sambil muncung tunjuk kak chik diaorg yg tgh tgk-tgk kain)"
then dia kata, "aku tau anak hang dua, tapi ada lagi tau. hang ada lagi anak lepaih ni... 2 lagi"
waaa... ni sempoi punya tilik ni. sampai anak aku berapa pun dia tau.suka jugak aku dengar tapi idak le sampai percaya.

dia pun manusia biasa je.kapir lak tu.... ape-ape hal pun bukan dia yg bagi, Allah Ta'ala yg bagi, ye dak?

oh ya, kat sini aku salim tampal makna feng sui ye utk bacaan korang: credit to wikipedia

Feng shui (English pronunciation: /ˌfʌŋˈʃweɪ/ fung′-shway′,[1] formerly /ˈfʌŋʃuː.i/ fung′-shoo-ee;[2] traditional Chinese: 風水; simplified Chinese: 风水; pinyin: fēng shuǐ) is an ancient Chinese system of aesthetics believed to use the laws of both Heaven (astronomy) and Earth (geography) to help one improve life by receiving positive qi.[3] The original designation for the discipline is Kan Yu (traditional Chinese: 堪輿; simplified Chinese: 堪舆; pinyin: kānyú; literally: Tao of heaven and earth).[4]

The term feng shui literally translates as "wind-water" in English. This is a cultural shorthand taken from the following passage of the Zhangshu (Book of Burial) by Guo Pu of the Jin Dynasty:[5]

lebih kurang sessi feng sui la malam tu walaupun feng sui ni lebih byk digunakan utk bina rumah.ah! aku hentam kata sessi feng sui aje la,hahaha.

lepas selesai sessi tu kitaorg proceed makan. rupanya masa kat kaunter tu, ada jugak dia komen kat kakak ipar aku. "adik hang sayang ooo kat bini dia". best le dpt remarks positif macam ni,hati berbunga hahaha.

kesimpulannya, tak yah la percaya dgn cerita dari sumber tilik menilik ni. sekadar suka-suka utk hiburan boleh la. take it to improve diri sendiri. kalau angin banyak,cuba la kurangkan angin tu.... kalau nak hidup senang, kena la kerja kuat... so on so forth..... bla...bla....

sekian cerita utk hari ni.

0 comments:

pregnancy

..::Ceriteraku::.. Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon Template