Apr 27, 2009

Langkawi: 25-26 Apr 2009

Alhamdulillah, dah selamat sampai selepas 2D1N holiday di Langkawi.
Interesting!lepas ni kena ajak member-member buat arrangement lagi ke Langkawi dan yang paling penting kena pegi lebih dari satu mlm. Best le! kids especially mmg enjoy sangat. Budak-budak je 20 org lebih.... mmg havoc jadinya. Bila ada yang gaduh berebut mainan,herm... satu ferry dengar bila menangis,hehehe.

Masa yang sikit tu separuh dihabiskan kat pool dan pantai. Mana taknya, kalau dah masuk pool tu dah tak nak naik dah. Sampai kecut kaki tangan pun nak mandi lagi.
Mama tak shopping byk. Beli coklat je. Kagum dgn diri sendiri sebab tak terasa pun nak beli pinggan mangkuk bagai. Maklumla, yang ada pun tak terpakai,hehe. Ada pinggan mangkuk hadiah kawin yang tak pernah guna pun :P
Since pegi sekejap aje, kami cuma sempat pegi Underwater World aje hari sabtu tu. Tapi dpt corporate rate. So, dpt save RM6 per head. Nasib baik pegi reramai :)
Hari Ahad tu diaorg pegi naik cable car tapi kitaorg tak join sebab dah pernah experience thn 2005 dulu. So, kami round island je. Menarik jugak lagipun sepanjang masa round island tu budak 2 org tu tido aje sebab letih mandi pool pagi tu. Lepas tu singgah Idaman Suri dan Hj Ismail utk beli coklat. Ingatkan Hj Ismail murah tapi bila pegi tgk dia punya price beza byk la pulak dgn Idaman Suri. Ish! tak leh jadinya. Terus ajak abah diaorg patah balik ke Idaman Suri. Mujur tak jauh. Beza RM1 tapi kalau dah beli berbungkus-bungkus, boleh save RM10 jugak. After all, minyak keta pun ada lagi, jap lagi nak pulangkan bukan leh amik balik minyak yg dah isi. Jadi kita utilize la minyak dan keta sewa tu kan. :D
Kami famili terakhir yg pulangkan keta. Member lain dah ready tunggu kat Jetty nak balik. Dok calling kami mana la hangpa ni, tak mau balik ka? kami nak beli satu pulau langkawi,hehehe.
Jgn marah na.... :P
Ok, ni gambar yg berjaya diambil. Kamera member lagi byk tapi hari ni ramai yg cuti.Letih holiday tak habis lagi :) Sila tengok.

0 comments:

pregnancy

..::Ceriteraku::.. Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon Template