Aug 5, 2009

Danial Haziq is 5 today!

Hari ni genap usia Danial Haziq 5 thn. cepatnya masa berlalu,rasa macam baru tadi je bertarung sakit melahirkan Haziq.5 tahun lalu waktu ni Haziq dah selamat tiba. sehari sebelum tarikh keramat ni, mama seperti biasa pi visit Dr R,O&G di Hosp Pantai. masa tu Dr kata baby dah ready ni, selaput depan pintu keluar pun dah lembut,anytime ni. kalau sakit atau turun tanda terus datang ye,pesan dr. ok! mama happy sebab waktu utk mama bergelar mama dah semakin hampir. oh ya! petang tu lepas check up mama sempat lagi ronda2 dgn abah kat shopping complex rembat sehelai dua baju baby utk anak mama yg bakal lahir.

malam tu lepas selesai solat makan segala,masa utk tidur. mama komplen kat abah sakit belakang.tgh abah urut2 tu, tetiba mama rasa macam terkencing yg tak boleh nak tahan2 dah.bedebush!mencurah2,water bag dah pecah rupanya. mama punya lah terkejut,sambil jerit"bang,ayaq apa ni,panggil mak cepat bang"bila tok tgk air ketuban yg melimpah ruah tu,tok senyum, "haa... nak beranak dah la tu"sambil tok senyum happy. anyway,mama masa ni happy campur takut,cuak pun ada. :)

lepas dah salin baju yg terkena air ketuban tu, kami pun bersiap ke hospital yg jarak tak sampai 10 minit dari rumah. bermulalah episod malam yg panjang buat mama. sepanjang malam sakit contraction yang amat sangat sampailah dr sampai esok paginya dan check bukaan,masa tu dah buka 9cm tapi dr dok discuss dgn nurse sambil sebut2 kaput!rupanya walaupun dah buka 9cm,kepala anak mama masih jauh diatas,tak muat lorong lah pendek katanya. maka lepas dr berbincang dgn abah dan tok, mama pun terus dibawa ke OT. anak mama tak mau keluar ikut pintu,mau guna tingkap :)

tepat jam 9.03 pagi, khamis 5 ogos 2004 bersamaan 18 Jamadilakhir 1425H lahirlah anak mama yg dikasihi yang diberi nama Muhammad Danial Haziq bin Shahrulnizad. Alhamdulillah,syukur kepada Allah atas kurniaanNya.

Hari ini mama masih berpeluang meraikan hari lahir ke 5 anak mama. petang nanti kita celebrate sama-sama kat rumah ok.lepas opis nanti mama terus pegi pick up kek ben 10 yg haziq pesan tu ok.

Ok sayang, happy 5th birthday. may Allah bless you!semoga anak mama membesar sihat, berjaya dunia dan akhirat. menjadi anak soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapanya,amiin.

love,
Mama.

4 comments:

Unknown said...

Happy birthday Muhammad Danial Haziq...bila nak dtg kl jumpa aunty ni?

Unknown said...

Happy besday Haziq! Meh dtg KL jumpa Kak ija ye. :D

Eh liza, aku tak tau plak hang beranak kot tingkap, yang 2nd pun tingkap gak ker?

Manggapintu said...

aunty ina,
tq for the wish. mmg haziq nak pi KL tapi mama sibuk. nanti haziq pi ye.

Manggapintu said...

ka ija(yelah tu!perasan:P),
tq for the wish jugak!

ha'aa,2-2 ikut tingkap.pelvic bone sempit.aku masih asli you!muahaha :P

pregnancy

..::Ceriteraku::.. Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon Template