Jan 29, 2010

Happy birthday Mak & Happy anniversary! dan cerita sekitar Januari 2010.

Tengok tajuk kat atas tu? tu maknanya dah nak habis bulan Januari sebab birthday mak hari ni 29th Jan dan kebetulan anniversary mak dgn abah pun hari ni,pandai diaorg pilih tarikh.save bajet celebration!hehehe

Doa kami utk mak/tok/abah/wan:

Gambar hiasan: pagi Aidiladha baru-baru ni...
Wan macam King of Saudi daa.... hehe


Semoga Allah limpahkan kurnia dan rahmat dalam rahimNya kepada mak dan abah.

Semoga Allah berikan kesihatan yang baik untuk mak dan abah dan moga Allah makbulkan doa-doa mak dan abah,amiin.


Happy 58th Birthday & Happy 31st anniversary!


Seperti biasa, sibuk menjadi alasan blog ni tiada update tapi sesungguhnya mmg bz sangat tahun ni. Jadual kami anak beranak pack sejak Haziq ke sekolah baru. Mama dengan abah pun jadi student balik sebab nak sama-sama beriring dengan Haziq untuk pastikan dia ok dan seronok dengan sekolah baru nya. Alhamdulillah,setakat ini kami berpuas hati.Seperti entry sebelum ini, cerita star yang kecoh maknya dibuatnya... Haziq terus maju, dia dah berjaya collect 4 stars since last week. 2 stars each week. 1 star each for ejaan dan spelling.


This week words are: sawi,timun, terung, lobak merah, kubis & bendi. English: cupboard, computer,chalk,clock,broom, duster,desk & window.


English words minggu ni saya tak harap sangat sebab dia macam tak confident. Abahnya pun ckp"Haziq mcm gayat aja"hehehe, so we thought kalau dia tak dpt star pun tak pe tapi Haziq dpt,unbelievable!hebat la anak mama... selalu saya puji-puji dia,bukan main seronok lagi kawan tu,sengih aje,heheh. Masa on the way ke kelas hari rabu tu, kami calling lepas abah dia pick up to congratulate him sebab berjaya dpt star... dia dgn happy nya jawab, "Kan mama kata Haziq hebat, Haziq mesti dpt star... sebab tu Haziq dapat!" tengok tu, betapa berkesan nya ibubapa kepada anak-anak! dia tak sebut benda tu senang ke susah tapi kata-kata mamanya jadi azimat, Saya hampir menangis kawan-kawan... bahagia.. :-)



Lagi gambar hiasan, dua org budak nakal :-P yang melengkapkan hidup kami :-)

Rasa berbaloi-baloi usaha pindahkan sekolah dan bangun awal setiap pagi utk siapkan bekal. So far berjaya dengan air tangan sendiri,belum lagi pegi kedai bawa tupperware kosong isi nasi lemak beli... chaiyok!tahniah kepada diri sendiri!

Ok babe, kena stop sini..... ni kot last entry utk Jan 2010.... pencapaian blogger yang sangat tidak bagus. takpe, makcik tak kisah... yang ni not in my list of KPI,tak penting..... byk lagi yang nak dicapai... yang ni sekadar nota ringkas kalau-kalau ke depan nanti nak refer sini.... :-P

Jan 18, 2010

Yeay! Haziq dapat star!

Minggu ni 3rd week Haziq ke sekolah dan satu waktu hari ni di sekolah ialah ejaan. Yes,they have special time slot just to test whether kids bole eja ke tak words yang diaorg dah belajar last week. Out of many words, hanya beberapa yang terpilih untuk di test oleh cikgu. Words ni pulak mmg teacher dah print siap-siap dlm satu buku kecil complete dgn date bila kids akan di test.

Test pulak bukan main cakap aje, you have to write down correctly.Ada satu buku khas utk test ejaan.Satu huruf pun tak bole silap. Kalau silap tak leh dapat star!Star pulak akan dicop diatas satu redemption card! You have to collect all 10 stars to entitle for a prize! Canggih nok! Mak dia freak out ok because of this!Last week dah start dgn spelling english tapi Haziq tak dpt star, Rifat dapat. Frust mak, tapi rileks lah baru 2nd week kan.Last week english words nye: Good morning, good night, good afternoon & good bye! yang good tu confirm lah Haziq ok, tapi rasanya dia sangkut kat night dgn morning kot sebab bye dgn afternoon tu masa revision ok aje. Hujung bulan ni teacher bagi bawa balik buku spelling boleh mama dia check.

Mama rifat bagitau Haziq senyum meleret hari ni sebab berjaya dpt star!Mama dia pon! Now I know the feelings!rasa nak nangis, kecoh mak dia,huhu!
Just to keep a note here: words hari ni ialah pembaris, pemadam, meja, kipas dan papan tulis!
Petang ni kena reward dia dgn something! :-)

Hari rabu spelling: this week nye words: grandfather, grandmother, mother, father, sister & brother! Hurm, chaiyok!chaiyok!

So far, mama dia masih on track. Bangun seawal 5.30 pagi utk masak to ensure Haziq bawa food dari rumah. Harap-harap istiqamah!amiin...

Memang kena usaha lebih compared to parents yang anak diaorg dah senior kat sekolah tu... tapi tak apalah,better late than never kan! I want my Haziq to stand proud when he is std 1 nanti.Kecut perut dgr cerita mak ngah dia (cikgu sekolah rendah) ramai yang tak boleh membaca, mengeja pun merangkak masa std 1. Mula la kena basuh dgn cikgu. Std 1 hari ni bukan macam std 1 zaman kita dulu,baru mengenal A B C. Sekarang, cikgu expect you dah boleh baca, silibus macam kita std 3 dulu kot.

Dear Haziq sayang!mama bangga Haziq dpt star hari ni and you managed to beat your frens yang dah senior kat situ!You go boy!Luv you!

Jan 11, 2010

Tahun baru,azam baru dan rutin baru!

tahun lepas entry terakhir adalah mengenai haziq dan kawan barunya rifat. dan cerita tahun baru untuk 2010 berkisar kisah rutin baru anak sulungku.
bila kami confirmed tukar dia ke sekolah baru, macam-macam perkara yang harus diteliti demi menjamin semuanya dlm keadaan baik.

komitmen kami bukan sesuatu yang boleh dikompromi. jumlah RM yang bukan sedikit bukanlah topik yang perlu dibincangkan. jika mahu hasil yang baik, pelaburan juga mesti tinggi... dan selepas 5 hari Haziq ke sekolah baru, saya dpt lihat perubahan yang ketara dan saya bersyukur saya buat perubahan ini... :)

last week, saya cuti 2 hari pertama Haziq ke sekolah baru, wan & tok pun tak ketinggalan turut serta pada hari pertama. meriah!kawan yg suggest sekolah baru a.k.a mama rifat pun surprise tengok moral support tak berbelah bahagi tok & wan. kami suspense memikirkan cara Haziq adapt to the new environment. kalau dulu, medium bahasa melayu, kini semuanya english kecuali kelas bahasa melayu.

takut? ya, mmg saya takut... takut sangat... berdebar-debar.... macam manalah anak aku ni, boleh ke dia terima perubahan ni? macam-macam soalan berlegar difikiran.... hari pertama jam 9pagi, Haziq dah mula belajar... best kan? mmg bagus lah diaorg ni... no such thing as main-main ni.... 8.30 sharp dah mula kelas.... hari pertama saya dah dpt calendar a.k.a taqwim sekolah... so parents dah boleh plan family program if any... teratur sungguh, well planned.kagum!

homeworks? everyday ok,without fail... hari ketiga saya dah mula dapat feedback dari cikgu maths haziq. sampai naik tensen saya, tapi saya suka! diaorg betul-betul concern pasal Haziq... diaorg minta saya monitor Haziq dirumah... dalam masa yang sama diaorg berusaha di kindy.

silibus? mantop!bak kata shamsul ghau-ghau... hehehe.... saya dan suami sangat teruja.... hari pertama Haziq balik rumah bawa few books. ada buku tulisan dan siap dgn homework untuk dihabiskan di rumah....

doa saya tahun ini, saya dapat capai apa yang saya rancang:
-habiskan another 1 year of MBA yang mencabar dan grad tahun depan! yey!
-beri tumpuan yang lebih kepada Haziq
-bangun awal setiap pagi dan siapkan bekal untuk Haziq (semoga dgn berkat air tgn mama Haziq lebih mudah terima ilmu,amiin)

panjangnya tulisan saya utk pembukaan 2010 ni... sigh.....

Dec 11, 2009

Haziq & Rifa'at

Remember this post?Yesterday, after a week of telling Haziq that he's gonna have new frens, he finally met one of them, Rifa'at :-)

Lepas pick up diaorg drpd rumah babysitter tetiba ter pop-up idea nak bawa diaorg ronda-ronda... lepas tu better idea came in... rather than makan angin without fixed destination, better mama bawak anak-anak mama pegi tgk school baru abang. Adik biasalah, tanpa melengahkan masa dgn happy nya,
"yey!nak ronda-ronda... pi Jusco ka mama?" <--favourite spot dia,menurun genetic mama...huhu :P
"tak....kita ronda-ronda tgk school baru abang,ok!"
Haziq memula tu reluctant... tapi lepas pujuk kata kita just lalu depan school aje, he agreed....
bila dah sampai depan school tu... tanyalah dia, jom kita masuk dlm jumpa Cikgu Sheena nak?
Tak nak... (sambil muka dah sebek(sedih))
Haih... frust jugak memula tuh... tapi mama cuba rasional... rileks lah,baru first time kan... :) nanti ok la tu... utk tidak buat dia sedih... kitaorg pun berlalu pergi cam tu aje....
Since ada masa lagi.... ajak diaorg pegi sekolah petang pulak....
"ok... jom kita pi kelas iqra' pulak nak?"
"tak mau.... jom la kita balik mama...."
"ok...ok... kita lalu kat situ sat ja... ok?nanti Haziq mesti suka... :)"
....... sepi......
3 minit lepas tu sampaila kitaorg depan sekolah tu...
Kebetulan anak member/ Rifa'at ada!
"Haziq!Rifa'at ada la... jom kita berkenalan dgn Rifa'at nak?"
"tak nak... jom la balik mama"
(aiseh... habis hancur program.... :( tak pa cuba dulu...)
-mama kuatkan diri matikan enjin dan keluar dr kereta...Batrisyia biasala... excited... dia yg lebih-lebih... hehe-
luckily Haziq ikut keluar... :)
Rifa'at being friendly terus terpa ke gate,greet Haziq.... wah!bagusla Rifa'at....
"ok boys.... salam-salam.... Rifa'at, ni la Haziq"
"Hai Haziq.... "(bagus tul la Rifa'at ni... mudahkan kerja auntie Liza... :)
-Haziq jawab slow je.... "Hai.... " macam sedih je,huhu :P
Pastu Rifa'at memainkan peranan dgn sungguh baiknya....
"Haziq,jom!... "ajak main le ape lagi.heheh One of the good way to make frens :P
Elok diaorg main-main tak sampai 5 minit,mama Rifa'at pun sampai.... maka bersembanglah mak-mak ni sampai nak dekat maghrib.... bila sampai time nak balik.... dah budak-budak ni seronok main pulak.... tak nak baliklah pulak....
Ha,sudah!Rifa'at siap nak ikut balik lagi.... "jom la mama pegi rumah Haziq...." hehe,jom-jom... :)
"ok-ok... nanti kita pegi.... hari ni tak boleh"
bila masing-masing dah masuk kereta,siap ada sessi jerit-jerit macam hindustan lagi,hoho!
"Haziq!tunggu...."
"Ok,kami tunggu....." hoho... :P
.......
on the way back home, Haziq senyum riang ria and commented"Bestla mama... Haziq nak sekolah dengan Rifa'at"
Sigh..... lega mama.... harap-harap semuanya baik-baik lah :)
On top of that, Haziq kata " Bleh Haziq main game Ben 10 dgn Rifa'at!mesti best!" hoho... bukan suka-suka aja nak oooiii... belajar kena lebih nak.... :)

Dec 4, 2009

Planning for kids early education

Semalam ada borak-borak dgn customer yang dah jadi member sebab selalu jumpa dan buat kerja yg ada kena mengena dengan dia. Memula mmg sembang pasal kerja, pas tu melalut pasal personal matter, kids especially.
So, kalau dah sembang pasal anak ni,mmg lama lah jadinya.... mula tu lebih kepada sharing is caring tapi lepas tu tu lebih kepada motivational talk lah pulak.
Pada saya yang mmg terpikir-pikir solution terbaik untuk Haziq since next year dia 6 thn, discussion semalam mmg lah eye opening session. Menurut cust aka kawan saya tu, anak dia masa 4 yrs pegi sekolah malay based tapi progress slow. Bila anak dia 5 yrs, dia pindahkan ke kindy yg managed by chinese. Alhamdulillah, anak dia improve gila2, exam untuk budak std 1 dia senang-senang aje boleh buat. Half day session aje, petang terus hantar ke kelas iqra' which yang ni pun menurut dia superb!
So, macam mana dengan my dear Haziq? Alhamdulillah, anak saya berada dilandasan yang betul. A-Z dah kenal, numbers boleh count from 1 till 100. Doa-doa harian dah hafal.Surah-surah lazim yang biasa dibaca waktu solat dah hafal. Rukun-rukun dlm solat pun dah bole baca,alhamdulillah. FYI, Haziq sekolah malay based dgn rangkaian paling besar di seberang perai,penang ni. Kalau sebut aje nama sekolah dia tu, parents yg ada anak umur 3-6 years mesti tau punya lah. Cuma, cuma..... saya mengharapkan yang lebih baik untuk anak sulung saya tu. Yelah kan, anak sulung mesti hebat, kan nak jadi contoh teladan adik-adik nanti.
Jadinya, lepas sembang dgn kawan tu, saya conclude yang saya akan buat sedikit perubahan pada jadual harian Haziq (itupun lepas dpt persetujuan abahnya lah). So, without further delay, saya pun discuss dgn dear hubby tentang next step yang akan kami ambil utk Haziq. Luckily hubby agree cuma dia worry bab angkut mengangkut Haziq dari kindy ke kelas iqra' aje. Yang tu akan diclarify betul-betul dgn kawan tu since dia willingly offer nak angkut sekali masa dia angkut anak dia nanti.
Sebelum ni saya terpikir jugak tentang enroll dia di tadika managed by chinese cuma kengkangan paling dahsyat ialah kerisauan saya tentang makan minum anak semasa di kindy. Tapi kawan saya yakinkan saya tentang hal tu. Katanya anak-anak kita tak akan diberi makan oleh cikgu tadika sebab not included, parents kena sediakan food. Moga Allah pelihara anak saya.
Seriously saya takut sangat ni, betul ke tindakan saya ni? Saya masih berdoa mengharap petunjuk Allah, kalau ini yang terbaik untuk kami, permudahkanlah. Petang ni saya akan ke kindy itu ditemani kawan yang bersungguh-sungguh nak tolong. Kira site survey lah ni,tapi sebenarnya kelmarin petang on the way balik rumah dari office saya dah pegi tgk dah,nampak ok, rumah semi-d 4 unit ditukar jadi kindy.
Let me clarify, so far saya berpuas hati dengan tadika yg Haziq dah attend 2 thn. Saya berterima kasih sgt dekat cikgu-cikgu yang didik anak saya tu.Cuma, saya nak berikan yg lebih baik. Jgn salah faham ye,semua yg saya buat ni demi masa depan Haziq.Saya harap by the time dia masuk std 1, semuanya mudah bagi dia. Saya tak mahu dia merangkak-rangkak sedang kawan-kawan lain dah bergerak pantas. Pada saya, kalau dari awal dia ok,insyaAllah dia akan maintain progress macam tu dengan syarat close monitoring from the parents. After all, cuma sethn ni je dia struggle sebelum std 1.
Bila std 1 nanti, semua sama je.Syllabus,ko-ku lebih kurang aje,InsyaAllah tak susah lagi,amiin...
So frens out there, anak korang macam mana?Dah plan ke? :)

Dec 1, 2009

Hari Raya Haji dan cerita sekitarnya

Sighs... walaupun sekarang ni cuti semester, kerja lain pulak yang berlambak.

Di office, kami dilambakkan dengan wang melampau untuk dihabiskan dlm tempoh sebulan sebelum end of the year. Huh!hebatkan? org sibuk berjimat sana sini, kami punya lebihan wang untuk dihora horey!sampai nak bercuti bersenang lenang pun tak boleh,cis!

Makanya, bermula la episod menyiapkan proposal paper untuk macam-macam aktiviti hujung thn kami. Anyway,masih dlm proses,tidaklah semudah yang disangka ye kawan-kawan,kena justify itu dan ini.... herm... enuff about work!

Family matters, last weekend yang hectic, traveling sana sini. Walaupun hanya raya haji, kami boleh dikategorikan beraya sakan. Berarak ke sana sini bagai.Penat mak, nyah! Anak-anak siap bersampin songkok berbaju kurung bagai tau!dapat duit raya lagi :P

Yang paling penting last week was the engagement of my brother! Alhamdulillah.... :) insyaAllah tambah sorang lagi ahli keluarga,heheh.... nanti tambah budak kecik lagi...hoho :P

Majlis simple aje,after all baru nak letak tanda aje,nak cop le kate org kan... tak yah lah grand benau... kos pun idok le tinggi sangat.... nasib baik adik ipar yang sorang itu kreatif tangannya... menjadi la hantaran yang tidak kurang gempaknye :) dpt kredit berlebihan le dari mak mentuanya :P kakak ipar tangan tidak kreatif tapi mulut boleh tahan,hehehe... I can do the coordination, logistic and accomodation.... bole la tu kan.... :P

So people, ni ade gambar-gambar sekitar majlis utk tatapan.Enjoice!
Barang bukti paling penting pada hari kejadian,cincin tunang!

Dayang-dayang dgn hantarans,:P

Hantaran teruna dan dara bergandingan,hoho :P Scene paling syahdu hari tu,kita sorok dulu wajah bakal pengantin,kasi saspen, nanti dah kawin baru tampal sini,barulah sukses!hehe

Nov 18, 2009

Freedom!


I'm jumping like this bebeh!


Finally!!! Semester yang huru hara siap nangis bagai dah habis!!! Oh! Dunia! Tengok lah aku yg dah bebas ni……ngeeeeeheheheh

Model kecil bergaya dgn gugel baru dan water gun nye :-)


Sangat bahagia ok, rasa macam dah lama sangat tak rasa free macam sekarang, sampai rasa macam eh banyak lak masa aku,nak buat apa nih?ahahah (rasa macam mengada-ngada lak kan,dulu kan main tensen :P)

So, how was the exam?erm,bole la… so-so aje. Cuma aku harap ada yang akan buat aku meloncat gembira especially statistic. Lecturer yg best membuatkan aku rasa sayang kat subject tu…. See how lah nanti,bila dah dpt result hujung bulan depan kita announce okeh.

Right after the last paper last Friday, we headed to TM Resort Tjg Bungah untuk enjoy!bersungguh-sungguh nak enjoy ok….check in sabtu, the next day check out… splashing time for the kids! Suka budak-budak tu…. Let the pictures tell the stories lah yek…. Siap dgn water gun bagai… kebetulan pak ngah and the clan pun join, barulah happening.
Model siap menunjukkan cara menggunakan water gun mereka.

Everybody enjoying the pool

Bakal ratu renang negara tgh prektis dgn wan :-)


Other than splashing time, the parents being the young parents on Saturday night pegi merewang ke Bt Ferringhi… mana bole dah sampai that area tak pegi night market Bt Ferringhi yg glamer tuh kan? So, mama yg dah merdeka sebab dah abis exam telah membeli belah dvd dgn meriah nye… hehehe… Cuma spoilt sebab tak prepare the list of movies yg nak beli…. Jadinya beli mana yang ingat aje la…. Tapikan… tapikan… next month nak pegi stay TM Resort lagi,weihiiiii… so,leh pegi beli dvd lagik…. Best best…. And this time,satu list yg panjang akan disediakan utk must watch movies…. And oh! By the way my genre is romantic and romantic comedy (sungguh seronok berangan-angan dan tak yah tensen atau takut macam tgk cerita thriller ke action ke… :D)

Hasil beli-belah malam itu :P

Seriously rasa lega sangat lepas last paper corporate finance hari jumaat lepas. Sungguh tak tipu….. now I appreciate every single moments I have with family especially dear hubby and kids….. last 2 weeks was a nightmare…. Counting days before the exam and to add to the tension, I have to memorize the formula for both papers. Aiyark! dulu masa degree bab hafal menghafal ni kacang la,sekarang ni? Aiyoh! Dah berusia ni… macam selowwww la sikit.huh! tekanan perasaan okeh! Dan hasilnya, masa paper stat hari tu bole aku tersilap formula,nasib baik satu je,yg lain tu harapnya betullah….

Haih!... ok… saya sungguh addicted to this mba thingy kan? Saya mengaku… I’m so into this….. konon tajuk freedom... tapi cerita asyik-asyik pasal study...hoho!

Ok people…. I’m so happy with my life and enjoying every precious moments with family while still can (before another nightmare next semester) and I want to just jot a note here that I have completed half of the mba journey!! thank you Allah…..
Enjoy the pictures peeps! Tada!
pregnancy

..::Ceriteraku::.. Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Ipietoon Template